Nuri Sahin Dipuji Ramai Selepas Melindungi Pengadil Dari Diserang Pemainnya Sendiri

Nuri Sahin yang merupakan bekas pemain tengah Liverpool dan Real Madrid telah mendapat pujian ramai selepas tindakannya melindungi pengadil dari diserang oleh pemain pasukan kendaliannya sendiri.

Kini berusia 34, Nuri Sahin merupakan pengurus pasukan yang beraksi di liga teratas Turki, Antalyaspor yang telah mengalami kekalahan 2-1 kepada Fenerbahche.

Haji Wright memberikan pendahuluan kepada Antalyaspor pada awal separuh masa pertama tetapi dua gol dalam masa tujuh minit daripada Michy Batshuayi, yang kedua adalah penalti, telah merubah keputusan permainan dan memastikan tiga mata untuk pasukan pelawat.

Pemain Antalyaspor berlari untuk berdepan dengan pengadil perlawanan Kadir Saglam selepas permainan ditamatkan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang telah dibuat oleh Kadir Saglam.

Laporan itu mendakwa pemain terkilan dan tidak berpuas hati kerana merasakan mereka telah menjadi mangsa ketidakadilan dan dinafikan sekurang-kurang beroleh keputusan seri kerana mutu pengadil yang telah ditunjukkan oleh Saglam sepanjang 90 minit.

Khuatir keadaan berada dalam bahaya dan boleh bertukar menjadi di luar kawalan, Nuri Sahin meluru ke arah pengadil dan pembantunya untuk melindungi mereka daripada pemainnya sendiri.

Sebelum para pemainnya sampai kepada pengadil, Nuri Sahin terlebih dahulu tiba dengan tangan didepakan dan Saglam berdiri di belakangnya, Sahin dengan tegas menyuruh pemainnya berundur.

Satu tindakan bijak dari Nuri Sahin kerana sudah pastinya dia tidak akan mampu menyekat atau menarik kesebelasan pemain berserta pemain simpannya dari melakukan sesuatu diluar jangkaan.

Ternyata keputusan Nuri Sahin itu tepat kerana para pemainnya masih tidak hilang akal dan mengenali dirinya lalu tidak mengambil tindakan bodoh menyerang pengurus sendiri.

Dalam kekecohan dan keagresifan pemain itu, Kadir Saglam dengan selambanya sempat lagi melayangkan kad merah kepada pemain simpanan Antalyaspor. Macam Setan.

Kekecohan itu berjaya dikawal dan ketegangan berjaya diredakan dan tindakan Nuri Sahin itu sangat jarang dapat dilihat dalam bola sepak dan boleh dikategorikan sebagai barang rare.

Rasa tidak puas hati pemain bimbingan Nuri Sahin kepada Kadir Saglam itu tidak terus berakhir di padang dan keadilan terus dituntut walaupun masing-masing sudah pulang ke rumah.

Antalyaspor telah membuat permohonan meminta log dialog rakamana percakapan antara pegawai perlawanan di padang dengan pegawai yang berada di bilik Video Assistant Referee (VAR) untuk membuktikan mereka dilayan dengan tidak adil.

Kenyataan yang dikeluarkan adalaha sangat keras dan berbentuk kecaman dengan Kadir Saglam telah dilabel sebagai ‘kegelapan malam’ ‘orang baru’ menggambarkan kejahatan Kadir Saglam membawa kegelapan ke Antalyaspor.

“Kami mengenali Kadir Saglam sebelum ini. Mari kita ingat: Dalam perlawanan Kasımpaşa kami bermain pada minggu ke-5 musim ini, pengadil malam ini Kadir Saglam juga yang tidak memberikan kad merah kepada Larsson dalam perlawanan menentang Kasimpasa, tetapi siapa memberi sepakan penalti dan siapa yang digantung selama 4 minggu selepas perlawanan ini?”

“Kami berkata kami tidak mahu pengadil baru. Pada perlawanan hari ini, pengadil yang sama yang membantu gol pertama Fenerbahce, mendapatkan penalti dan melakukan ofsaid, walaupun dihalang oleh kekasaran semasa menyerang dengan Bunyamin ketika dia di depan 1-0.”

“Kami tertanya-tanya sama ada terdapat sebarang perbincangan ofsaid dalam rakaman VAR. Kami menuntut penjelasan, kami percaya bahawa pemahaman TFF tentang ketelusan memerlukannya.

Ini bukan kali pertama Antalyaspor menjadi mangsa Kadir Saglam yang dirasakan sentiasa memihak pihak lawan dan berterusan memberikan penalti kepada lawan tanpa melayangkan kad merah kepada lawan.

Baca Juga

Baca Juga