Odion Ighalo Menerima Ganjaran Dalam Setiap Aksinya Di Premier League

Odion Ighalo merupakan penyerang baru yang dipinjamkan ke Manchester United pada jendela perpindahan Januari lalu.

Beliau telah mempamerkan aksi mantap bersama United dengan menjadi penyerang berbisa yang mampu merobek gawang lawan dengan mudah.

Ighalo menerima imbalan tambahan £8,000 setiap kali beliau menjaringkan gol untuk United. Sebab itulah beliau berusaha keras untuk menjadi penjaring utama United bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer’s.

Ighalo adalah pemain yang ditandatangani saat-saat akhir sebelum jendela perpindahan Januari ditutup.

United mengalami masalah kekurangan pemain dibahagian serangan selepas kecederaan Marcus Rashford, lalu mereka terus menandatangani Ighalo.

Dalam perjanjian yang dipersetujui oleh Ighalo, beliau akan menerima bonus £8,000 untuk setiap jaringannya dan tambahan lagi pemain berusia 30 tahun itu bakal menerima imbalan £9,000 untuk setiap kemenangan dan £3,000 untuk keputusan seri dalam setiap perlawanan Premier League.

Ganjaran bonus kemenangan dan seri hanya akan diberikan sekiranya beliau turut beraksi dalam perlawanan tersebut.

Menurut satu sumber, Ighalo menerima pendapatan £300,000 seminggu ketika beraksi bersama pasukan Shanghai Greenland dalam saingan Chinese Super League.

Beliau bersetuju untuk dipinjamkan ke United malah gajinya juga turut dipotong ketika bersama setan merah.

Bukan sedikit potongan yang ditolak dari pendapatannya, Ighalo kehilangan 40% dari pendapatan asalnya apabila bersetuju untuk menyertai United.

Namun Ighalo tidak memperdulikan soal pendapatan yang diterima, apa yang membuatkan beliau bersetuju untuk beraksi bersama setan merah adalah kerana beliau peminat tegar pasukan itu sejak dari kecil lagi.

Apa lagi sekiranya beliau mampu untuk membawa United memenangi Liga atau Liga Juara-juara. Pasti membuatkan Ighalo lebih bahagia.

Namun mengikut perjanjian, Ighalo hanya akan bermain sehingga penghujung musim ini sahaja bersama United.

Tetapi Liga Perdana kini sedang berada dalam keadaan penggantungan ekoran dari penularan virus Covid-19.

Bukan sahaja Liga Perdana, malah kesemua kesemua sukan di seluruh dunia turut digantung buat seketika.

Pihak FA telah membuat kenyataan bahawa Liga mungkin akan bersambung semula selepas 30 April nanti.

Pihak Uefa sendiri menggesa semua Liga utama di Eropah untuk menghabiskan Liga sehingga 30 Jun.

Ighalo sepatutnya pulang ke China selepas tamat Liga musim ini, namun sehingga kini masih belum pasti adakah liga akan bersambung atau dibatalkan.

Walau apa sekali yang berlaku, Ighalo meluahkan rasa gembira dapat beraksi bersama setan merah.

BACA:  Odion Ighalo Menerima Tawaran £400,000 Seminggu Supaya Tinggalkan Setan Merah