Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer membidas kembali kritikan Robin Van Persie ke atas beliau selepas tewas kepada Arsenal 2-0 dalam perlawanan pertama di tahun baru.
Manchester United bermain dengan buruk sekali menyaksikan mereka tumbang di Stadium Emirates dan itu dikatakan perlawanan terburuk Ole sejak menjadi pengurus. Betul ke?
Pengurus berbangsa Norway itu telah tersenyum ketika temuramah selepas perlawanan dan tindakan itu nyata tidak digemari oleh Robin Van Persie.
“Bila aku tengok Ole ni, dia macam lelaki yang baik hati dan budiman.”
“Aku nak tengok Ole lebih serius dan garang.” Aku tengok Ole senyum selepas perlawanan. Ini bukan masa untuk senyum.”
“Mereka perlukan game plan dan sedikit gusar untuk jurulatih.”
“Kau tahu jika kau tak membuat larian atau hantaran kau akan dihukum dan kau tak boleh main untuk perlawanan akan datang.”
United fans: is Robin van Persie right about Ole Gunnar Solskjaer here? ?#MUFCpic.twitter.com/g7rGmnmyhV
— GiveMeSport Football (@GMS__Football) January 2, 2020
Mendengar kritikan yang mahukan beliau sedikit garang, Ole terus membidas dan membedal Van Persie dengan satu bidasan yang boleh tahan keras tanpa berselindung.
“Aku tak kenal Robin(Van Persie) dan Robin pun tak kenal aku.”
“Dia tidak mempunyai hak untuk mengkritik cara pengurusan aku dan aku tidak akan mengubahnya.”
“Dia ambil jersi nombor 20 dan mungkin beliau akan mengambik semuanya dari aku kerana aku tidak berada di zaman pertengahan.”
"He took my number 20 and that’s probably all he’s going to take from me as well…”
Ole Gunnar Solskjaer has hit back at Robin van Persie's criticism of him ?#bbcfootball #mufc pic.twitter.com/HucwpitCQg
— Match of the Day (@BBCMOTD) January 3, 2020
Pada pandangan Van Persie, Ole Gunnar Solskjaer tidak sepatutnya senyum selepas tewas seolah-olah tidak kisah dengan kekalahan dan terus mengeluarkan formula baru.
Tetapi Ole melenting teruk selepas dikritik Van Persie sehingga menyebut pasal jersi nombor 20.