Ole Bakal Tandatangani Dua Lagi Pemain Sebelum Jendela Perpindahan Ditutup

Manchester United dilaporkan bakal mempersiapkan diri untuk terus mengeluarkan perbelanjaan tambahan dalam usaha untuk menyempurnakan perancangan Ole Gunnar Solskjaer.

Pengurus dari Norway itu merancang untuk menandatangani dua lagi pemain sebelum jendela perpindahan musim panas ini ditutup.

Tom Heaton tiba ke Old Trafford menerusi perjanjian perpindahan secara percuma dari Aston Villa pada awal jendela perpindahan musim panas ini dibuka.

Man Utd kemudiannya berjaya menandatangani pemain yang sudah lama mereka kejar, Jadon Sancho dari Borussia Monchengladbach dengan yuran perpindahan bernilai £73 juta.

Solskjaer turut berjaya menambah baik jentera serangan skuadnya selepas kejayaan setan merah menandatangani Raphael Varane dari Real Madrid dengan yuran perpindahan bernilai £34 juta.

Walau bagaimanapun, pengurus United yang kini berusia 48 tahun itu, mendedahkan yang beliau mahu terus menambah baik skuad sedia adanya sekarang

Beliau mahu menandatangani dua lagi pemain sebelum jendela perpindahan musim panas ini ditutup pada 31 Ogos nanti.

Menurut sumber laporan dari 90min, Solskjaer ketika ini mahu menyasarkan pemain di posisi full-back dan seorang lagi pemain di posisi midfield.

Setan merah sebelum ini hangat dikaitkan dengan bakal menandatangani bintang Atletico Madrid, Kieran Trippier.

90min turut melaporkan yang bekas pemain Tottenham Hotspur yang kini berusia 30 tahun itu bersama ejennya telah diberitahu tentang keinginan United untuk membawa Trippier ke Old Trafford.

Kem Trippier percaya yang Atletico akan sudi mempertimbangkan tawaran sekitar £30 juta, namun Juara La Liga itu menegaskan yang mereka tetap mahu £50 juta.

Pemain kebangsaan England itu tentunya akan menjadi penambahan yang sempurna untuk skuad Ole Gunnar Solskjaer, dengan beliau akan memberikan cabaran pada Aaron Wan Bissaka.

Walau bagaimanapun, United sepertinya tidak sanggup untuk membayar yuran perpindahan bernilai £50 juta seperti yang diminta oleh Atletico Madrid.

Ole Gunnar Solskjaer juga dilaporkan mahu mengintai peluang untuk menandatangani Ruben Neves yang ketika ini sedang beraksi bersama Wolverhampton Wanderers.

Selain United, Neves juga sering dikaitkan dengan bakal menyertai Arsenal dan beberapa pasukan gergasi lain turut berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Beliau telah ditandatangani oleh Wolves pada tahun 2017 dari Porto dengan yuran perpindahan bernilai £15.8 juta.

Pemain midfield Portugal yang kini berusia 24 tahun itu bakal meninggalkan Wolves seandainya United sanggup membayar yuran perpindahan bernilai £40 juta untuk mendapatkan khidmatnya.

Setan merah sangat berharap agar mereka mampu menjual pemain yang tidak diperlukan dalam skuad sekarang untuk memperoleh dana tambahan bagi menandatangani pemain baru.

Andreas Pereira dijangka akan meninggalkan United menerusi perjanjian pinjaman untuk menyertai gergasi Brazil, Flamengo.

Sementara Jesse Lingard pula dikatakan akan ditandatangani terus oleh West Ham pada jendela perpindahan musim panas ini, selepas The Hammers berpuas hati dengan sumbangannya ketika beraksi sebagai pemain pinjaman musim lalu.

Walau bagaimanapun, Solskjaer turut mendedahkan yang Lingard ketika ini ada dalam perancangannya dengan beliau mahu menjadikan pemain berusia 28 tahun itu sebagai keutamaan untuk ada dalam skuad utamanya.

“Keutamaan Jesse adalah untuk masuk dalam skuad utama kami. Saya rasa kami bersama dia akan ada detik yang hebat.”

“Sudah tentu, sebagai pengurus, ia sangat sukar untuk katakan yang minggu ini pemain itu tidak akan bermain.”

“Saya perlu mengetepikan pemain dari skuad utama ataupun dari kesebelasan utama, tapi apa yang mereka semua perlu ingat adalah mereka semua sebenarnya sebahagian dari kejayaan andai kita berjaya.”

“Jesse sudah kembali di tahap terbaiknya dan dia dilihat sudah sangat bersedia untuk kembali beraksi bersama skuad utama.”

United memulakan kempen saingan liga musim ini dengan kejayaan membelasah Leeds United 5-1 di Old Trafford pada hujung minggu lalu.

The Reds akan kembali beraksi pada hujung minggu ini untuk bertemu dengan Southampton di St Mary Stadium dalam aksi saingan premier league.

Adakah sejarah 9 gol pada musim lalu akan berulang? Atau mungkinkah Southampton akan membalas dendam? Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Cristiano Ronaldo Suruh Ole Ubah Taktikal Manchester United