Ole Dilihat Cuba Meniru Arteta?

Tahun 2020 bukan merupakan satu permulaan yang baik buat Ole Gunnar Solskjaer dan satu perjalanan penuh positif buat Mikel Arteta yang meraih kemenangan pertama.

Selepas tiga perlawanan akhirnya Mikel Arteta meraih kemenangan pertama bersama Arsenal di mana dua keputusan awal adalah seri dan kalah.

Namun Machester United tewas kepada Arsenal dan gagal merapatkan jurang mata kepada Chelsea yang berada di tangga ke-4.

Ketika ketinggalan kepada Arsenal satu kosong, Ole Gunnar Solskjaer dikatakan telah meniru perlakuan Arteta.

Mikel Arteta dilihat telah memberi arahan kepada para pemainnya dengan bahasa isyarat menggunakan tangan.

Kemudian Ole Gunnar Solskjaer dilihat telah menjeling lalu memberi arahan dengan satu lambaian kepada Setan Merahnya.

Video yang viral di media sosial ini menyebut bahawa Ole Gunnar Solskjaer cuba meniru taktik Mikel Arteta.

Netizen menganggap arahan yang diberi Ole kepada anak buahnya adalah mirip kepada arah Arteta.

Mikel Arteta kini menjadi pengurus ke-20 dalam sejarah pasukan Arsenal sejak 1897. Beliau menggantikan seorang lagi pengurus berasal dari Sepanyol iaitu Unai Emery.

Unai Emery dipecat selepas prestasi hambar pasukan Arsenal dalam beberapa perlawanan terakhir di bawah jagaannya.

Perkara itu membuatkan ramai penyokong Arsenal teruja dengan perlantikan bekas pembantu Pep Guardiola itu.

Menurut Raul Sanllehi, Arteta telah menewaskan ramai calon lain ketika ditemuduga oleh mereka.

Ini kerana, apa yang membezakan Arteta dengan calon lain adalah jiwa. Beliau memahami tradisi dan kehendak penyokong Arsenal.

Mana tidaknya, apabila Arteta pernah bermain untuk Arsenal selama 5 musim dari 2011 sehingga 2015. Beliau juga bersara sebagai kapten Arsenal.

Baca Juga

Baca Juga