Ole Gunnar Solskjaer Dianggap Penipu Besar Yang Menyusahkan Van de Beek

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer telah dituduh sebagai penipu yang menipu secara terang-terangan untuk menjahanamkan karier Van de Beek.

Beliau dianggap begitu kerana sebelum ini Solskjaer berjanji yang de Beek ada dalam perancangannya dan beliau juga tidak mahu melepaskan pemain Belanda itu atas sebab memerlukan khidmatnya.

Paul Ince menggelar Ole penipu besar kerana memainkan perasaan de Beek, dengan beliau turut menegaskan supaya bekas bintang Ajax itu meninggalkan Old Trafford pada Januari ini.

Van de Beek hanya sempat membuat kemunculan selama enam minit sahaja dalam saingan Premier League musim ini.

Beliau turut memanaskan bangku simpanan United sebanyak enam kali dari tujuh perlawanan United dalam saingan liga musim ini.

Pemain midfield yang kini berusia 24 tahun itu turun beraksi dalam kesebelasan utama United ketika aksi kekalahan bertemu West Ham dalam saingan Carabao Cup.

Beliau juga tampil ketika aksi kekalahan mengejut United di tangan Young Boys dalam saingan Champions League bulan lalu.

Walau bagaimanapun, Van de Beek jelas menunjukkan rasa tidak puas hati beliau terhadap Ole Gunnar Solskjaer, ketika aksi kemenangan 2-1 setan merah menewaskan Villarreal di Old Trafford sebelum ini.

Ince kini tampil mencadangkan kepada bekas bintang handalan Ajax itu agar meninggalkan sahaja Old Trafford demi untuk menyelamatkan kariernya.

Beliau turut menegaskan yang de Beek tentunya sedih dan kecewa melihat pemain seperti Fred dan Scott McTominay lebih kerap diturunkan berbanding beliau dibawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Bercakap di rancangan The Kelly and Wrighty, beliau menjelaskan bahawa:

“Jika saya mahu membeli pemain, pemain utama dari Ajax, perkara pertama yang akan saya katakan adalah, ‘adakah dia akan bermain? Di mana dia sesuai untuk bermain, antara sistem, antara pasukan?.”

“Sebagai pengurus, kamu ada dua pilihan, kamu boleh berterus terang atau tidak berterus terang.”

“Dari apa saya nampak sejak setahun setengah yang lalu, dia tidak beritahu Donny benda yang betul, Donny langsung tak dapat minit permainan. Dia beli pemain bernilai £35 juta untuk duduk di bangku simpanan.”

“Saya akan rasa tidak ada masalah jika saya duduk di bangku simpanan, dan melihat pasukan saya menang dan bermain dengan baik.”

“Kamu tak boleh beritahu saya yang Fred dan McTominay bermain dengan baik setiap minggu, bahkan Pogba juga sama. Kerana mereka tak konsisten.”

“Tapi dia nampaknya hanya memainkan mereka sepanjang masa dan saya pula hanya perlu duduk melihat mereka bermain, saya tak boleh macam itu.”

Van de Beek sukar untuk mendapat tempat dalam skuad utama di Old Trafford dan atas permasalahan itu, beliau turut disingkirkan dari senarai skuad Netherlands di bawah kendalian bekas pengurus United, Louis Van Gaal.

Pemain midfield United itu yang tiba dari Ajax dengan yuran perpindahan bernilai £35 juta pada 2020, telah dikaitkan dengan bakal menyertai Newcastle, Barcelona dan Everton.

Bekas bintang United, Ince tanpa berselindung terus membantai Solskjaer, dan mempertahankan Van de Beek yang beliau anggap mangsa penipuan pengurus dari Norway itu.

Beliau kemudiannya menambah lagi.

“Dia seorang pemain yang profesional, dia ikut semuanya yang ada dalam buku.”

“Ole tampil dan menyatakan yang dia ada dalam perancangannya, jelas sekali dia menipu secara terang-terangan, De Beek perlu pergi pada Januari ini untuk kebaikan karier dia sendiri.”

Ketika jendela perpindahan musim panas baru-baru jni, Everton dilaporkan sangat berminat untuk menandatangani Van de Beek, dengan mereka sudah hampir untuk mendapatkannya sebagai pemain pinjaman.

Namun pada hari terakhir sebelum jendela perpindahan ditutup, Solskjaer meyakinkan de Beek agar tidak pergi, kerana beliau sudah ada rancangan tersendiri untuk bintang Belanda itu.

Kerana percaya dengan pengurusnya itu, de Beek akhirnya memutuskan untuk kekal di Old Trafford, kerana merasakan Ole sudah ada rancangan terbaik untuknya.

Namun sayangnya, kini Ole tampil memberi alasan yang de Beek belum cukup bersedia untuk diturunkan, dan menggesa bintang Belanda itu untuk bersedia sahaja di bangku simpanan.

Lebih buruk lagi, Solskjaer turut membandingkan de Beek dengan beliau ketika kariernya sebagai pemain, dengan menegaskan yang beliau antara pemain yang lebih kerap diletakkan di bangku simpanan.

Media Belanda, peminat bola sepak, pundit dan ramai lagi telah mencadangkan kepada United agar melepaskan saja de Beek demi kebaikan masa hadapannya.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Erik Ten Hag Sahkan Musim 22/23 Van De Beek Berakhir Lebih Awal