Ole Membuat Aksi Fruit Ninja Ditepi Padang?

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer dilihat melakukan aksi yang pelik ditepi padang dan ada yang mengakan bahawa Ole sedang melakukan aksi Fruit Ninja.

Fruit Ninja merupakan satu permainan video yang telah dibina oleh Halfbrick pada 21 April 2010 dan telah mendapat 300 juta muat turun selepas 2 tahun.

Permainan ini dimainkan secara sola dan juga secara berpasangan serta boleh dimainkan dalam pelbagai platform termasuklah Xbox 360 dan Play Station 4.

Dalam perlawanan Fruit Ninja, pemain mengawal permainan melalui skrin sentuh dan buah-buahan mula berguguran yang disertai dengan bahan letupan.

Pemain dikehendaki memotong buah-buahan tanpa terkena bahan letupan dan markah lebih akan diberi jika dapat memotong banyak buah dalam satu potongan.

Mungkin itulah yang cuba dilakukan oleh Ole di tepi padang ketika perlawanan menentang Liverpool di Anfield bukannya satu arahan taktikal.

Dalam video berdurasi 7 saat itu Ole telah menunjukkan gaya potong memotong, entah apa makna arahan itu, dah macam Mr. Bean.

Manchester United satu-satunya pasukan yang berjaya mencuri mata Liverpool musim dan sudah pasti menjadi harapan sekali lagi untuk mengulanginya.

Liverpool berjaya menundukkan Setan Merah dengan jaringan dua gol tanpa balas dengan Virgil Van Dijk dan Mohames Salah mencetak nama selaku penjaring.

Gol kedua terhasil dari satu serangan balas pantas di mana Alisson telah mencipta bantuan gol untuk Mohamed Salah.

Alisson laju menendang bola tepat mencari Mohamed Salah yang rerus membuat larian deras tanpa mampu dikejar dan mudah De Gea ditewaskan.

Kemenangan yang semakin mengukuh kedudukan Liverpool dengan 16 mata dan kelebihan satu perlawanan di tangan.

Liverpool hanya menunggu masa untuk dinobatkan juara Premier League secara rasmi buat pertama kali dalam tempoh 30 tahun.

Baca Juga

Baca Juga