Ole Menganjing Haaland Sebagai Pilih Manchester Yang Salah

Ole Gunnar Solskjaer menghantar mesej teks berbaur penganjingan kepada penyerang baharu Man City, Erling Haaland, memberitahu dia telah menyertai ‘Manchester yang salah’.

Mana taknya, Manchester United adalah simbol keagungan bandar Manchester. Mereka ada 20 kejuaraan liga berbanding cuma 6 oleh City dan ada 3 UCL berbanding kumpau oleh City.

Berikut perbandingan ringkasnya:

EPL: 20 (bakal 21 musim depan) vs 6
UCL: 3 vs 0
FA Cup: 12 vs 6
League Cup: 5 vs 8
UEL: 1 vs 0
CWC: 1 vs 0
Piala RGB: 1 vs 0

Solskjaer dipecat oleh Manchester United pada November lalu tetapi menghabiskan hampir dua tahun melatih Haaland semasa mereka bersama di kelab Norway, Molde.

Mesej teks Ole Gunnar Solskjaer kepada Erling Haaland menunjukkan dia masih menyimpan Man United di dalam hatinya buat selama lamanya. Itu bukan perkara yang menghairankan memandangkan Ole sentiasa menjadi legenda di hati peminat Manchester United ketika bergelar pemain dan legenda di hati semua bukan peminat Man United ketika menjadi pengurus.

Ole merupakan antara orang yang berusaha untuk membawa Haaland masuk ke Manchester United namun gagal. Perkara itu diakui sendiri oleh ayah Haaland sebelum ini. Selepas Haaland menjaringkan 20 gol dalam 50 perlawanan di tanah airnya Norway, dua berpindah ke RB Salzburg.

Tidak lama kemudian, pemain berusia 21 tahun itu melengkapkan perpindahan sensasi £51 juta dari Borussia Dortmund ke Man City bulan lalu, setelah menolak tawaran daripada beberapa kelab terkemuka Eropah.

Itu termasuk United, dengan Solskjaer terdesak untuk membawa mesin gol muda itu ke Old Trafford, dan kini pemain itu pula memilih musuh sebandar Manchester United iaitu Manchester City. Oleh menganggap Manchester sebenar adalah Manchester United bukannya Manchester City.

Dalam temu bual dengan Manchester Evening News, Haaland mendedahkan dia berbalas mesej teks yang agak kelakar  dengan Solskjaer berikutan pengumuman rasmi pertukarannya ke City.

“Apabila saya menandatangani kontrak dengan City, dia mengucapkan tahniah kepada saya dan menulis kepada saya ‘Semoga berjaya pergi ke sebelah Manchester yang salah’,” kata Haaland mengenai bos lamanya.

“Kami kadang-kadang bercakap. Seperti yang anda tahu, dia mempunyai impak yang besar dalam kerjaya saya semasa saya di Molde. Dia lelaki yang baik.”

Haaland juga mendedahkan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai dalam kerjayanya untuk menyertai City dan melihat pilihan kerjayanya sebagai ‘sempurna’ ketika dia memulakan musim pertamanya dalam Liga Perdana.

“Tiga tahun lalu City tidak mahu saya kerana mereka mempunyai Sergio Aguero di hadapan, jadi tidak ada pilihan untuk datang ke Man City,” tambah peminat Cityzens sejak zaman kanak-kanak itu, yang bapanya pemain untuk kelab itu satu ketika dahulu.

“Pada asasnya, perasaan saya adalah saya lebih merasakan bahawa saya akan pergi ke tempat lain daripada datang ke sini ke England. Saya boleh datang ke sini banyak kali dalam kerjaya saya tetapi saya merasakan tempat lain dan saya fikir ia adalah pilihan yang sangat baik.”

“Saya telah membuat pilihan yang sempurna sejak saya pergi ke Molde, kemudian Salzburg dan Dortmund. Saya tidak sesekali merungut tentang itu.”

Haaland telah menjadi striker yang sangat prolifik di depan gawang sejak meninggalkan Molde pada 2019, menjaringkan 29 gol dalam 27 perlawanan untuk RB Salzburg sebelum mengumpul 85 gol dalam 88 penampilan untuk Borussia Dortmund.

Jika pemain Norway itu meneruskan rentaknya yang sedang meningkat naik, dia boleh menjadi nadi utama City dalam usaha mereka untuk menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah.

Haaland boleh merasai aksi pertamanya dalam Liga Perdana apabila City memulakan pertahanan kejuaraan mereka dengan kunjungan ke West Ham pada 7 Ogos.

Sebelum ini Haaland turut menyatakan bahawa dia sudah tak sabar nak bertemu dengan Manchester United, sebagai seorang peminat Manchester City dari zaman bocah.

BACA:  Real Madrid Dalam Perundingan Bersama Dortmund Untuk Mendapatkan Haaland