Ole Menyalahkan Keadaan Bola Dan Padang Punca Gagal Mendapat Kemenangan

Solskjaer menyalahkan kondisi bola dan padang mengakibatkan Manchester United hanya sekadar mampu mencatatkan keputusan seri sahaja menentang Brugge.

Pertembungan antara Manchester United menentang kelab daripada Belgium jika dilihat di atas kertas maka tiada masalah untuk Setan Merah menang.

Sebanyak 48 pasukan berentap di saingan Europa League untuk peringkat kumpulan, selepas enam perlawanan maka siapa yang layak sudah diketahui.

Dengan kehadiran Manchester United di Europa League maka kejohanan kelas kedua Eropah seolah-olah menjadi kejohanan paling agung di Eropah.

Anthony Martial menjaringkan gol untuk menyamakan kedudukan selepas United ketinggalan hasil jaringan pembukaan Emmanuel Bonaventure Dennis. Hal ini memberikan United sedikit kelebihan menjelang perlawanan kedua minggu depan di Old Trafford.

Dennis menewaskan Sergio Romero hasil umpanan dari tendangan gol Simon Mignolet untuk meletakkan Brugge di depan,  tetapi Solskjaer merasakan keadaan padang dan bola yang kurang bagus menjadi penyebabnya.

“Ini adalah satu permainan yang sukar untuk menentang pasukan yang teratur dan bermain didalam keadaan yang sukar.”

katanya pada sidang akhbar.

“Saya tidak fikir perlawanan ini menjadi salah satu perlawanan terbaik yang dilihat oleh sesiapa.”

“Kami agak kelam kabut, keadaan bola dan padang menjadikannya sukar. Anda boleh bertanya kepada mana-mana pemain, bola itu tidak membantu apabila anda ingin bermain bola sepak. Ia hanya berbeza dan sukar untuk dimainkan, tetapi tentu saja ia adalah sama untuk kedua pasukan. Ia ringan anda perlu mendapatkannya dan mencubanya. “

Jurulatih Brugge, Philippe Clement, menolak aduan Solskjaer, dan mendakwa Romero sepatutnya dibuang padang pada minit ke dua perlawanan ketika beliau mengasari Dennis.

“Kami mendapat bola dari UEFA, jadi bukan bola kami,”

kata Clement kepada wartawan.

“Di dalam perlawanan Liga Europa, ia adalah bola yang sama, jadi saya tidak melihat masalah dengan itu. Bagi saya, penalti yang jelas jika saya melihat imej itu, dan di beberapa negara, ia adalah kad merah. Jika anda pergi dengan dua kaki ke hadapan kaki seseorang, ia adalah kad merah.”

Ole telah memasukkan Odion Ighalo, Fred dan Bruno Fernandes namun tiada apa yang dapat merubah perlawanan kecuali bekalan gol tempat lawan.

Kemasukkan Fernandes pada minit ke-81 hanya berjaya merekodkan pertambahan percubaan dengan 4 percubaan dan kesemuanya berjaya dihadang.

Selepas kemenangan ke atas Chelsea beberapa hari lalu tiada yang positif ditampilkan Manchester United kecuali gol Martial.

Mereka akan bertemu sekali lagi untuk perlawanan kedua pusingan 32 Europa League pada minggu depan.

BACA:  Ole: Tak Main UCL Pun Beratur Pemain Nak Datang Sertai Manchester United