Ole Nobatkan Luke Shaw Sebagai Finisher Kedua Terbaik Manchester United

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer terus menerus membuat kejutan apabila telah memilih pemain pertahanan kiri, Luke Shaw sebagai finisher kedua terbaik untuk pasukan Setan Merah.

Tidak dapat dinafikan lagi Luke Shaw sangat cemerlang lagi konsisten serta menjadi salah seorang pemain terbaik Manchester United setakat musim ini.

Sudah pasti aksi Luke Shaw menjaringkan gol kedua ketika Manchester United menewaskan Manchester City pada awal bulan lalu masih segar dalam ingatan ramai.

Bagi Ole Gunnar Solskjaer pemain bimbingan beliau yang mempunyai sentuhan penyudah paling padu serta power bukan Bruno Fernandes, bukan Marcus Rashford dan bukan Edison Cavani.

Pemain itu adalah pemain muda yang sedang meningkat naik, Mason Greenwood. Anthony Martial? Sudah pasti Ole seorang yang gila jika meletakkan Martial di tempat teratas.

Apakah kriteria yang ada pada Luke Shaw sehingga Ole Gunnar Solskjaer mengangkat beliau sebagai pemain yang membuat sentuhan penyudah kedua terbaik?

Perkara ini telah didedahkan sendiri oleh Luke Shaw dan pemain berusia 25 tahun itu agak ragu dengan penilaian Ole Gunnar Solskjaer.

“Kau patut tanya pengurus la, biasanya dia akan pilih aku.” Jelas Luke Shaw.

“Aku faham, orang akan cakap aku tak jaring banyak gol tapi sebenarnya Ole cakap kat aku, aku salah seorang daripada mereka.”

“Aku tak pasti jika Ole cuba berbaik dengan aku atau tidak.”

Ole Gunnar Solskjaer sendiri juga telah mengesahkan bahawa Mason Greenwood merupakan pemain Manchester United yang mempunyai sentuhan penyudah yang tulen.

“Ya aku angkat tangan dan cakap begitu kepada Luke.” Akui Ole.

“Luke berada dibelakang Mason Greenwood, Luke mempunyai teknik sentuhan penyudah yang bagus apabila dia berada di posisi itu dan aku menggalakkan dia untuk naik.”

“Itulah sasaran aku untuk membolehkan Luke naik setinggi boleh di padang dan mendapatkan hasil akhir.”

Aksi padu Luke Shaw musim ini membolehkan pemain Left-back itu kembali dipanggil Gareth Southgate untuk memperkuatkan skuad tiga singa, England.

Dalam kelayakan Piala Dunia Qatar 2022, Luke Shaw telah mencipta satu assist untuk Harry Kane ketika menewaskan Albania dua gol tanpa balas.

Ini merupakan penampilan pertama Luke Shaw bersama England sejak tahun 2018 dan Shaw akui bahawa beliau telah mengecewakan Gareth Southgate beberapa tahun kebelakangan ini.

“Sekitar waktu itu, aku tidak berada dalam keadaan terbaik tapi aku fikir sejak dua tahun lalu aku banyak berfikir tentang ini – ini merupakan kekesalan terbesar aku.”

“Ya, sudah pasti aku telah mengecewakan Gareth Soutgat. Aku cuba untuk berbicara dengan Gareth untuk memberitahu perkara itu telah berubah.”

“Gareth cakap beliau pilih aku atas merit dan prestasi aku tunjukkan.”

Seperti pemain bola sepak dan ahli sukan yang lain, bagi Luke Shaw tiada yang lebih membanggakan apabila dapat mewakili negara kelahiran dan dapat memberi sumbangan atas nama negara.

“Aku rasa bermain untuk negara adalah sesuatu yang istimewa dan penghormatan besar dan pada masa itu aku fikir aku telah mengambil kesempatan.”

“Aku tidak terlalu fikirkan perkara itu tapi sudah tentu sekarang aku mahu melupakan kesilapan yang masa lalu dan Gareth juga melakukan perkara sama.”

“Jadi sekarang kami hanya perlu fokus kepada masa depan dan sangat jelas apa yang terjadi sekarang.”

Sejak menyertai Manchester United, aksi Luke Shaw tidak pernah mengecewakan walaupun ada aksi turun dan naik seperti kecederaan dan dimalukan secara terbuka oleh Jose Mourinho.

Luke Shaw hampir menamatkan karier lebih awal selepas mengalami kecederaan patah kaki namun agak bergelut untuk kembali ke prestasi asal.

Ketika bergelut dengan prestasi asal, hadir Jose Mourinho yang terus memburukkan keadaan dan ada yang melabel karier Luke Shaw akan musnah ditangan Mourinho.

Namun kehadiran Ole Gunnar Solksjaer telah kembali melonjakkan prestasi Luke Shaw.

BACA:  Haaland Dedahkan Ole Yang Ajarnya Menanduk Dengan Padu