Sebelum ini Jurgen Klopp menyatakan bahawa beliau telah melarang pemain Liverpool untuk menyertai tugasan antarabangsa.
Hal ini kerana peraturan kuarantin 10 hari wajib yang akan dilalui pemain apabila mereka kembali.
Koresponden Kevin Palmer menulis: “Ole Gunnar Solskjaer menyertai Jurgen Kloop, mengesahkan dia menghalang pemainnya daripada menyertai tugasan antarabangsa, kerana para pemain terpaksa dikuarantini ketika kembali.”
“Minggu antarabangsa bulan ini tidak sepatutnya berlangsung. Jadi kelab ada hak untuk melarang pemain mereka daripada terbang keluar.”
Ini bermakna bintang mereka seperti Bruno Fernandes tidak akan kembali ke negaranya untuk tugasan antarabangsa.
Klopp sebelum ini berkata: “Rasanya semua orang setuju bahawa kita tidak dapat memberikan kebenaran kepada pemain kita bermain untuk negara mereka dan kembali menjalani kuarantin 10 hari. Buat masa ini kita tak dapat melakukannya.”
“FIFA jelas sebelum ini menyatakan kita tak wajib membenarkan pemain kita pergi pada masa ini, dan saya rasa semua kelab setuju bahawa kita semua ada masalah yang sama. Jadi kita tak dapat memberikan kebenaran kepada pemain untuk pergi.”
“Kita tak boleh menunggu pemain yang kembali kemudian dikuarantin 10 hari di hotel. Itu mustahil.”
Ole Gunnar Solskjaer joins Jurgen Klopp in confirming he will block players joining up with international teams if it means they need to quarantine on their return. This month's international break should not be happening, so clubs are right to stop their employees travelling.
— Kevin Palmer 💙 (@RealKevinPalmer) March 3, 2021
Ole bercakap tentang pandangan beliau tentang kenyataan Klopp. Dan Ole bersetuju lalu berikrar benda yang sama. Beliau menyatakan Man United tak rela melepaskan Bruno Fernandes hanya untuk kembali dan dikuarantin dalam hotel.
“Kita tak duduk dan berbincang dengan sebaiknya untuk masalah tersebut. Dan memang tak masuk akal, kamu kehilangan pemain untuk 10 hari kerana isolasi kuarantin di hotel. Kerana yang bayar gaji pemain adalah kita.”
“Daripada apa yang saya faham, kelab dibenarkan melarang pemain daripada pergi keluar negara, itu adalah peraturannya.”
“FIFA sudah mengeluarkan peraturan itu dan para pemain tak wajib untuk dilepaskan untuk tugasan antarabangsa. Jadi, sangat sukar untuk membenarkan pemain pemain kita bermain di negara yang ditanda kawasan merah.”
“Saya nak Bruno bermain untuk aksi Brightin dan harapan kami untuk mara di peringkat Eropah dan kemudian aksi berdepan Spurs selepas itu.”
Ole Gunnar Solskjaer ready to ban Bruno Fernandes from international duty #mufc #ManUtd https://t.co/0pcWhsU57O
— Man Utd Latest (@ManUtdLatestCom) March 3, 2021