Ole Tolak Tawar Menawar Bakal Terima Pampasan RM42.19 Juta

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer yang telah dipecat dan hanya menanti pengumuman rasmi dari kelab telah menolak sebarang aktiviti tawar menawar mengenai pampasan yang bakal diterimanya.

Menurut laporan dari media UK, Ole Gunnar Solskjaer akan menerima pampasan yang lumayan seandainya beliau diceraikan oleh majikannya, setan merah iaitu sebanyak £7.5 juta bersamaan RM42.19 Juta.

Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan menolak sebarang negosiasi tentang pampasannya kerana mengetahui jika beliau bersetuju memberi pengurangan wang tersebut akan digunakan untuk memujuk Zinedine Zidane.

Dah la kau nak kena pecat, mintak kurang bayar pampasan pulak, lejen kelab tak lejen kelab, duit tetap duit.

Oleh sebab itu Manchester United perlu menyediakan dana yang besar seandainya mereka mahu meneruskan hasrat untuk menceraikan Ole Gunnar Solskjaer dengan kadar segera.

Pampasan agak tinggi diterima Ole Gunnar Solskjaer ini kerana kontrak baru selama 3 tahun dengan pilihan tambahan setahun yang ditandatangan pada 24 julai 2021. Pada Julai 2024 sepatutnya tamat kontrak.

Terbaru dari kemaskini Fabrizio Romano, keputusan ahli lembaga pengarah untuk memecat Ole Gunnar Solskjaer telah pun dipersetujui oleh keluar Glazer yang diwakili oleh Joel Glazer.

“Manchester United mengusahakan pampasan dan perjanjian bertulis dengan Ole Gunnar Solskjaer. Ia akan menjadi ‘persetujuan bersama’ untuk berpisah, seperti yang dilaporkan sebelum ini. Solskjaer akan pergi, ia sudah berakhir.”

“Kenyataan rasmi dijangka dalam beberapa jam akan datang, sebaik kertas kerja akan disiapkan.”

Berikut kronologi ringkas yang membawa kepada proses pemecatan Ole.

1. Selepas tewas mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan masa depan Ole, sebahagian ahli lembaga pengarah mahu Ole dipecat, Joel Glazer akan membuat keputusan.

“Perbincangan dalaman sedang berlangsung antara pegawai Man United pada malam Sabtu. Jawatan Solskjaer masih dalam ‘risiko serius’ – sebahagian daripada lembaga pengarah mahu memecatnya.

“Joel Glazer adalah orang yang akan membuat keputusan tidak lama lagi. Calon untuk menggantikan masa Ole + [Villarreal dalam tempoh 48j] akan menjadi kunci.”

2. Perbincangan mengambil masa 5 jam dan telah mendapat keputusan bahawa Ole sah akan dipecat melalui persetujuan bersama dan menanti persetujuan Joel Glazer.

“Lembaga pengarah Manchester United telah memutuskan untuk memecat Ole Gunnar Solskjaer selepas perbincangan dalaman selama 5 jam, disahkan. Persetujuan bersama untuk berpisah kini dipertimbangkan.

“Sebaik sahaja Joel Glazer meluluskan keputusan itu, ia akan disahkan dan diumumkan oleh Man United.”

3. Manchester United sedang mengira pampasan dan menulis perjanjian melalui persetujuan bersama dan Ole sah dipecat dan hanya menunggu pengumuman rasmi dalam tempoh beberapa jam menanti kertas kerja siap.

“Manchester United mengusahakan pampasan dan perjanjian bertulis dengan Ole Gunnar Solskjaer. Ia akan menjadi ‘persetujuan bersama’ untuk berpisah, seperti yang dilaporkan sebelum ini. Solskjaer akan pergi, ia sudah berakhir.

“Kenyataan rasmi dijangka dibuat dalam tempoh beberapa jam akan datang, sebaik kertas kerja akan disiapkan.”

4. Untuk penyelesaian jangka pendek, Michael Carrick dan Darren Fletcher kini berada dalam senarai bersedia selaku pengurus interim dan hanya menanti keputusan akhir kelab. Tempoh beberapa jam lagi pengumuman rasmi akan dibuat.

“Fletcher dan Carrick bersedia sebagai penyelesaian sementara sebagai pengurus Manchester United, disahkan – mereka sedang menunggu keputusan akhir kelab.

“Pengumuman dilakukan untuk Solskjaer yang akan dipecat secara rasmi dalam tempoh beberapa jam berikutnya. Ia akan menjadi kenyataan secara ‘baik dan hormat’.”

5. Berdasarkan laporan daripada Fabrizio Romano ini, secara tidak rasminya Ole Gunnar Solskjaer telah pun dipecat selepas keputusan ahli lembaga pengarah diperkenankan oleh Joel Glazer.

Ketika ini semua orang hanya menunggu pengumuman rasmi yang mungkin dilakukan seawal petang ini daripada Manchester United yang kini dalam proses menyiapkan dokumentasi yang berkaitan. Paling lama pun 24 jam.

Kepada pencinta Ole rasanya sudah boleh mula menangis dan meratapi pemergian Ole Gunnar Solskjaer yang berwajah bayi itu.

BACA:  Ole Bakal Tandatangani Dua Lagi Pemain Sebelum Jendela Perpindahan Ditutup