Ole Umum Senarai 26 Pemain Final Europa League

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer telah mengumumkan senarai akhir 26 pemain yang akan dibawa Manchester United untuk menghadapi perlawanan akhir Europa League.

Pasukan La Liga, Villareal yang dikendalikan oleh pakar Europa League, Unai Emery akan menjadi lawan Manchester United bagi penentuan juara Eropah kelas kedua.

Perlawanan akhir ini akan berlangsung di The Stadion Miejski, Gdansk, Poland dan akan diadili oleh pengadil daripada Perancis, The Stadion Miejski.

Ini merupakan peluang Ole Gunnar Solskjaer meraih piala pertama beliau bersama Manchester United selepas beberapa kali kandas di separuh akhir di pelbagai kejohanan.

Jika bergelar juara, Manchester United akan mendapat trofi Europa League kedua mereka selepas muncul juara pada tahun 2017 ketika dibimbing Jose Mourinho.

Kapten Marvel, Harry Maguire yang terlepas empat perlawanan terakhir liga kerana kecederaan ligamen buku lali turut tersenarai dan belum pasti dapat diturunkan atau tidak.

Axel Tuanzebe, Eric Bailly dan Victor Lindelof yang mengisi kekosongan semasa ketiadaan Harry Maguire sudah pasti dibawa bersama kerana itulah pertahanan tengah yang ada.

Pemain kesayangan dan dirindui oleh semua peminat Manchester United, Anthony Martial tidak tersenarai selepas dua bulan menghilang kerana kecederaan lutut yang dialami bersama Perancis.

Tiga pemain muda, Amad Diallo, Anthony Elanga and Shola Shoretire yang menunjukkan aksi mengagumkan ketika menentang Wolverhampton Wanderers turut dibawa.

Dalam perlawanan akhir di Gdansk ini, Ole Gunnar Solskjaer boleh menyenaraikan 12 pemain gantian dan hanya lima pemain boleh ditukar dalam tempoh waktu permainan normal.

Jika segalanya berjalan lancar dan perlawanan memihak kepada Setan Merah mungkin salah seorang pemain muda ini akan dapat merasai pengalaman pertama di perlawanan akhir Eropah.

David De Gea, Juan Mata, Marcus Rashford dan Paul Pogba merupakan pemain yang tersisa daripada pasukan Manchester United muncul juara di Sweden empat tahun lalu.

Penjaga gol:

David De Gea, Dean Henderson, Lee Grant, Nathan Bishop

Pemain pertahanan:

Eric Bailly, Victor Lindelof, Harry Maguire, Luke Shaw, Alex Telles, Axel Tuanzebe, Aaron Wan-Bissaka, Brandon Williams

Pemain tengah:

Amad, Bruno Fernandes, Fred, Daniel James, Juan Mata, Nemanja Matic, Scott McTominay, Paul Pogba, Donny van de Beek

Penyerang:

Edinson Cavani, Anthony Elanga, Mason Greenwood, Marcus Rashford, Shola Shoretire

Manchester United dan Villareal hanya pernah bertemua empat kali sahaja sebelum ini dan semua pertemuan itu terjadi di peringakat kumpulan Champions League pada musim 2005/06 dan 2008/09.

Agak menakjubkan apabila keempat-empat perlawanan tersebut telah berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan. Jika ini berterusan bosan amat perlawanan akhir ini.

Dalam perjalanan ke final Manchester United telah menewaskan Real Sociedad, AC Milan, Granada dan perlawanan paling padu dan menarik membenam AS Roma dengan agregat 8-5.

Separuh Akhir pertama: Manchester United 6-2 Roma

Perlawanan bola sepak Eropah kelas kedua, Europa League meneruskan aksi di separuh akhir menemukan dua pasukan yang tidak asing lagi Manchester United dan Roma.

Prnyokong Roma nyata terluka dengan komen Ole Gunnar Solskjaer yang tidak kenal dan tidak melihat aksi Roma yang telah disalah ertikan.

Kenyataan Ole Gunnar Solskjaer bermaksud tidak membuat analisis tentang Roma secara mendalam sehinggalah mereka bertemu di separuh akhir.

Paulo Fonseca pula menyatakan akan mendapatkan bantuan Chris Smalling dan Henrikh Mkhitaryan bagi menewaskan Manchester United di Old Trafford.

Belum sempat perlawanan disajikan dengan aksi sebenar Jordan Veretout telah mengalami kecederaan seawal minit kedua namun masih mampu meneruskan perlawanan.

Minit keempat Jordan Veretout telah terbaring dan dikeluarkan, Gonzalo Villar masuk.

Manchester United membuka tirai jaringan pada minit ke-9 melalui satu sungkitan bersahaja Bruno Fernandes selepas menerima umpanan cantik Edison Cavani.

Jaringan tersebut tidak bertahan lama apabila hantaran Rick Karsdorp telah dihalang dengan hadangan menggelunsur Paul Pogba.

Malangnya bola terkena tangan Paul Pogba, walaupun bantahan dilakukan tangan tetap tangan dan penalti tetap penalti.

Mudah buat Lorenzo Pellegrini menyamakan kedudukan pada minit ke-15.

Agak huru-hara dan kelam-kabut permainan dipamerkan Roma yang mudah kehilangan bola dan hantaran demi hantaran tidak sampai kepada rakan.

Kesilapan demi kesilapan Roma membuat hantaran gagal dihukum dengan penyudah dari Manchester United.

Rembatan Paul Pogba dari luar kotak penalti berjaya ditepis penjaga gol Roma Pau Lopez dengan satu pendaratan yang tidak sempurna.

Pau Lopez telah mengalami kecederaan dan digantikan dengan pada minit Antonio Mirante ke-28. Kurang 30 minit dua pertukaran sudah dilakukan Roma.

Disebalik aksi pening Roma, mereka menjaringkan gol kedua di Old Trafford melalui tolakan jarak dekat Edin Dzeko.

Tolakan Henrikh Mkhitaryan melalui celahan kangkang Scott McTominya berjaya membelah pertahanan Manchester United.

Bola menemui Lorenzo Pellegrini yang tidak dikawal lalu membuat hantaran mencari Edin Dzeko.

Pada minit ke-37 Roma melakukan pertukaran ketiga mengeluarkan Leonardo Spinazzola digantikan dengan Bruno Peres dan menjadi pasukan pertama melakukan 3 pertukaran di separuh masa pertama sejak Europa League diperkenalkan.

Penghujung separuh pertama menyaksikan Edison Cavani terlepas peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan.

Tiga minit bersambung separuh masa kedua, Edison Cavani menyamakan kedudukan selepas bermain satu dua bersama Bruno Fernandes.

Roma terus pening dan huru-hara terutamanya dibahagian pertahanan namun serangan balas mereka amat mengancam.

Pada minit ke-64, Edison Cavani menjaringkan gol kedua peribadi dan meletakkan Manchester United kembali berada di hadapan.

Gol berpunca daripada bola muntah rembatan Aaron Wan Bissaka yang mudah ditolak masuk Edison Cavani.

Tujuh minit kemudian dengan ajaibnya Manchester United mendapat sepakan penalti yang agak menusuk kalbu Roma.

Bruno Fernandes ternyata gembira mengambil tanggungjawab tersebut dan mudah menewaskan Antonio Mirante.

Manchester United terus garang dengan gol kelima ketika perlawanan berbaki 15 minit melalui sundulan tajam Paul Pogba hasil hantaran Bruno Fernandes.

Mason Greenwood yang masuk menggantikan Marcus Rashford menjaringkan gol keenam selepas menerima hantaran cantik Edison Cavani.

Tiada maaf bagimu dari Mason Greenwood melepaskan rembatan kencang menewaskan Antonio Mirante.

Gila-gila, Manchester United menang 6-2 dan Roma membawa bekalan dua gol tempat lawan untuk separuh akhir kedua namun perlu menjaringkan empat gol untuk mengaktifkan kelebihan itu.

Kemenangan ini mengembalikan nostalgia kemenangan 7-1 Setan Merah juga ke atas Roma suatu ketika dahulu. Keajaiban diperlukan Roma untuk layak ke final.

Edison Cavani dan Bruno Fernandes cemerlang apabila masing telah menjaringkan dua gol dan juga mencipta dua bantuan gol.

Manchester United (4-2-3-1) de Gea; Wan-Bissaka, Lindelof, Maguire, Shaw; McTominay, Fred; Rashford, Fernandes, Pogba; Cavani.

Substitutes: Grant, Henderson, Bailly, Mata, Greenwood, Amad, James, Telles, Matic, Williams, van de Beek, Tuanzebe.

Roma (3-4-2-1) Pau Lopez; Smalling, Cristante, Ibanez; Karsdorp, Diawara, Veretout, Spinazzola; Pellegrini, Mkhitaryan; Dzeko.

Substitutes: Mirante, Fuzato, Villar, Santon, Mayoral, Kumbulla, Carles Perez, Bruno Peres, Ciervo, Darboe.

Referee Carlos del Cerro Grande (Spain).

Separuh Akhir kedua: Roma 3-2 Manchester United

Manchester United bertandang ke Roma drngan bekalan yang sangat selesa selepas menang 6-2 dalam separuh alhir pertama Europa League dan boleh dikatakan sebelah kaki sudah ke final.

Minggu yang penuh kejutan buat Roma dan Manchester United dengan peristiwa dan berita menggemparkan dunia bola sepak.

Perlawanan Manchester United menentang Liverpool terpaksa ditunda selepas terjadi rusuhan yang bermula dari protes yang kononnya aman lalu bertukar menjadi ganas sehingga mencederakan pihak polis.

AS Roma pula membuat pengumuman yang mengejutkan apabila melantik Jose Mourinho sebagai pengurus mereka bagi musim 2021/22 dengan kontrak tiga tahun dengan visi memperkasakan kelab melalui kemenangan yang konsisten.

Roma perlu mencipta keajaiban dalam bola sepak dan kebangkitan sensasi untuk memadamkan kemenangan 6-2 Manchester United yang nampak mustahil namun boleh dilakukan.

Gianluca Mancini garang menguji benteng Manchester United untuk mencipta keajaiban dengan percubaan jarak dekat namun berjaya diselamatkan oleh David De Gea.

Edison Cavani hampir membuka tirai jaringan selepas melakukan lambungan yang sudah melemaskan penjaga gol Roma, namun bola terkena palang.

Sekali lagi Cavani datang kali ini dengan rembatan padu dari sebelah kanan gawang namun berjaya ditepis penjaga gol Roma.

Masalah kecederaan awal melanda Roma lagi, Chris Smalling tidak dapat meneruskan perlawanan dan digantikan dengan Ebrima Darboe pada minit ke-30.

Pada separuh akhir pertama, Roma telah melakukan tiga pertukaran pemain pada separuh masa pertama kerana kecederaan pemain.

Selepas terlepas dua peluang awal, peluang ketiga tidak dibazirkan lagi oleh Edison Cavani yang melepaskan rembatan padu yang berpunca daripada hantaran Fred.

Video Assistan Referee (VAR) memeriksa jaringan Cavani jika ada unsur-unsur kecurangan dan Cavani berjaya melepasi perangkap offside dan gol disahkan.

David De Gea sekali lagi cemerlang apabila telah menyelamatkam percubaan jarak dekat Henrikh Mkhitaryan dengan melakukan satu tepukan.

Bersambung babak kedua, Roma masih tidak berputus asa dan melakukan serangan awal yang nampak mengancam tapi hakikatnya tidak berbahaya.

Harry Maguire telah membuat satu skill yang menarik lagi padu dengan mengawal bola dengan tumit namun telah terkena tangan dan tiada penalti kerana pengadil tidak disengajakan.

Roma akhirnya berjaya memperoleh gol yang dicari-cari selama ini melalui satu sundulan tajam Edin Dzeko selepas menerima hantaran deras Pedro Rodriguez.

Tiga minit kemudian Bryan Cristante menjaringkan gol kedua Roma dengan rembatan padu selepas Fred cuba bermain secara fancy dan bola berjaya dirampas Lorenzo Pellegrini dan menghantar bola kepada Cristante.

Roma dengan tiba-tiba ditiup semangat kebangkitan melakukan percubaan bahaya dan mengancam dua kali berturut-turut dan hanya nasib tidak menyebelahi mereka untuk bola masuk.

Lima minit Roma menekan secara agresif sebelum Manchester United berjaya menenangkan diri dan mengatur kembali permainan dan kembali menyerang.

Pertahanan Roma bocor dan koyak seperti biasa apabila Edison Cavani yang langsung tidak dikawal berlari masuk ke kotak penalti untuk menanduk masuk umpanan Bruno Fernandes dan menyamakan kedudukan 2-2.

Henrikh Mkhitaryan datang lagi dan kecewa lagi apabila percubaannya berdengung menghentam tiang.

Rembatan Nicola Zalewski telah menghasilkan gol ketiga Roma di mana bola telah terbias kaki Alex Telles dan menewaskan David De Gea. Gol sendiri dari Telles namun jaringan tetap diberikan kepada pemain muda berusia 19 tahun itu.

Tiada lagi tambahan gol selepas itu dan kedudukan 3-2 kekal hingga tamat menyaksikan Manchester United mara ke final dengan agregat 8-5.

Manchester United akan bertemu Villareal di final yang seri tanpa jaringan namun mara selepas menang 2-1 pada separuh akhir pertama.

Roma: Mirante, Karsdrop, Smalling, Ibanez, Bruno Peres, Cristante, Mancini, Pedro, Pellegrini, Mkhitaryan, Dzeko.

Subs: Boer, Fuzato, Santon, Mayoral, Kumbulla, Bove, Ciervo, Darboe, Zalewski.

Manchester United: De Gea, Shaw, Maguire, Bailly, Wan-Bissaka, Fred, Van de Beek, Fernandes, Pogba, Greenwood, Cavani.

Subs: Grant, Henderson, Lindelof, Mata, Rashford, Diallo, Alex Telles, Matic, Williams, Tuanzebe, McTominay, Elanga.

BACA:Β  Solskjaer: United Tidak Boleh Jadi Macam Liverpool, Bertahun-tahun Tak Menang Liga