Onana Beri Amaran Kepada Maguire Supaya Sentiasa Fokus

Andre Onana memberikan amaran kepada Harry Maguire agar sentiasa memberikan fokus sepenuhnya ketika perlawanan setelah kesilapan bekas kapten pasukan United itu hampir dihukum lawan ketika United tewas 2-3 kepada Dortmund dalam perlawanan persahabatan semalam.

Penyerang antarabangsa Cameroon itu dilihat berteriak ke arah rakan sepasukannya itu pada minit ke-47 perlawanan setelah hantaran ‘maut’ Maguire kepada Christian Eriksen menyebabkan United hilang bola di tempat sendiri.

Mujurlah Onana tangkas menyelamatkan keadaan apabila serangan balas pantas Dormund yang disudahkan oleh percubaan Sebastian Haller berjaya ditampan penjaga gol itu, sebelum sepakan susulan Karim Adeyemi sekadar tersasar.

Sebaik sahaja bola berada di luar kawasan, Onana kelihatan berang dengan apa yang dilihatnya, dan berlari ke arah Maguire sambil memaki hamun pemain pertahanan termahal dunia itu.

Bercakap kepada media dan mengulas mengenai insiden tersebut penjaga gol berusia 27 tahun itu berkata:

“Saya cuma mengharapkan lebih banyak daripada dia kerana saya tahu dia adalah pemain yang bagus,” kata Onana kepada MUTV.

“Dia adalah salah seorang pemimpin di dalam pasukan. Dia berbadan besar, sangat mahir dengan kawalan bola, dan sudah tentu saya mengharapkan lebih daripada dia.

“Dia adalah individu yang hebat, dan saya mempunyai hubungan yang baik dengannya.”

“Dia harus sentiasa bersedia kerana apabila bola bersama saya, saya mengharapkan lebih banyak [bantuan] daripada yang lain. Ia harus bermula dengan saya kerana kami berhadapan perkara ini secara bersama.

“Kesilapan itu pasti ada tetapi kami tidak seharusnya takut untuk melakukan kesilapan kerana ia adalah sebahagian daripada kehidupan. Kami belajar daripada kesilapan yang dilakukan.

“Setiap pemain harus sangat ktitikal terhadap diri mereka sendiri. Jika kami mahu memenangi trofi, maka kami harus mengharapkan lebih daripada diri sendiri terlebih dahulu.

“Ia adalah satu penghormatan untuk berada di sini dan saya gembira bekerja dengan rakan sepasukan di sini. Harry [Maguire] adalah pemain yang hebat, dan sekarang semua pihak akan move on.”

Maguire dijangka akan meninggalkan Old Trafford pada musim panas ini selepas bukan lagi menjadi pemain pilihan utama Erik Ten Hag.

United dilaporkan menuntut £40 juta untuk pemain pertahanan England itu. Jumlah tersebut bagaimanapun terlampau tinggi dan dilihat sebagai penghalang untuk kelab berminat datang membida.

BACA:  Pembocor Rahsia Man Utd Kini Telah Tinggalkan Kelab - Richard Arnold