Onana Terpaksa Ditenangkan Oleh El Hadji Diouf Selepas Terlepas Perlawanan Menentang Guinea

Andrea Onana mengakui dirinya ada mempunyai banyak perkara untuk diperkatakan untuk membidas pengkritik setelah terlepas aksi pertama bersama Cameroon di Afcon.

Kelewatan Onana menyertai skuad kebangsaan Cameroon untuk kejohanan tersebut kerana komitmennya bersama Manchester United sebelum ini menerima kritikan ramai.

Penjaga gol itu beraksi untuk United ketika seri 2-2 menentang Tottenham di saingan Premier League pada Ahad lalu sebelum terus terbang menggunakan jet peribadi untuk terus ke Ivory Coast di mana Afcon berlangsung.

Pemain berusia 27 tahun itu berharap dirinya berada di dalam kesebelasan utama untuk perlawanan pertama keesokkan hari menentang Guinea, namun demikian Cameroon memilih untuk menurunkan Fabrice Ondoa dalam perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 itu.

Selepas bertenang apabila mendapat tahu pengurus pasukan Rigobert Song tidak menurunkan dirinya dalam perlawanan tersebut, Onana kemudiannya bersuara.

โ€œAda banyak perkara saya mahu perkatakan tetapi saya tidak akan berbuat demikian kerana kami masih berada di dalam pertandingan ini. Biarkan saja saya dikritik. Saya sudah biasa.

โ€œSaya hanya mahu melakukan apa yang baik untuk negara saya. Ia seperti memilih di antara ayah atau ibu. Tetapi negara saya sentiasa menjadi keutamaan; kerana itulah saya berada di sini. Kami sentiasa bersama sebagai sebuah pasukan. Kami datang ke sini untuk menjadi juara.โ€

Onana dilihat bergelut dengan prestasi sejak melengkapkan perpindahan dari Inter Milan ke Old Trafford pada musim panas lalu.

Prestasi beliau sering kali dikritik disebabkan beberapa siri kesilapan berprofil tinggi sejak enam bulan yang lalu.

Walaupun demikian Onana berpotensi menjadi aset penting buat Cameroon sekiranya diberikan kepercayaan untuk berada di hadapan gawang buat kali pertama sejak 2017.

Pada masa ini Onana pasti berharap untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Senegal pada Jumaat akan datang, sebelum berhadapan Gambia pada Selasa hadapan.

Cameroon mempunyai peluang cerah untuk ke pusingan kalah mati sekiranya berjaya menewaskan Senegal.

BACA:ย  Kos Yang United Tanggung Untuk Pecat Empat Pengurus Selepas Era Ferguson