Ong Kim Swee Bakal Berguru di Atletico Madrid

Jurulatih pasukan B-23 negara, Ong Kim Swee bakal berguru dan mendapat pendedahan bersama kelab gergasi La Liga, Atletico Madrid, menurut laporan berita Berita Harian

Ong Kim Swee dijadualkan bakal berada di ibu negara Sepanyol tersebut selama sebulan, seperti apa yang dirancangkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ong Kim Swee – antara jurulatih yang lama bertahan di FAM | Gambar : ESPNFC

Penolong jurulatih, Brad Maloney dijangka akan turut serta bersama Kim Swee ke Madrid.

“Saya mendapat tahu menerusi laporan sebelum ini mengenai perancangan Tunku Ismail untuk menghantar saya dan penolong jurulatih (Brad Maloney) ke Sepanyol. Sememangnya saya amat gembira dengan peluang yang diberikan ini kerana bukan mudah untuk menimba pengalaman dengan kelab besar seperti Atletico Madrid.

“Buat masa ini belum ada perbincangan lanjut mengenai perancangan ini tapi sudah pasti saya sentiasa bersedia untuk ke luar bagi meningkatkan kepakaran. Ini kerana saya percaya ia dapat membantu saya dalam menguruskan pemain muda dalam pasukan negara,” kata Kim Swee minggu lalu kepada Berita Harian.

Ketika ditanya berkenaan tarikh pemergiannya ke Sepanyol, Kim Swee membayangkan sekitar awal tahun depan, selepas Kejohanan B-23 AFC yang akan berlangsung pada bulan Januari.

“Saya fikir masa agak singkat sekarang kerana saya perlu membuat persiapan pasukan sebelum ke China mungkin selepas kejohanan itu rancangan latihan di Sepanyol boleh dilakukan,” kata Kim Swee.

Kim Swee sebelum ini pernah berguru bersama kelab England, Queen’s Park Rangers di London selama sebulan pada awal tahun dan dia akui, pengalaman tersebut banyak membantunya dalam membawa pasukan muda negara melayakkan diri ke Kejohanan B-23 AFC tersebut.

Ini bukan Ong Kim Swee, ini Tony Hernandes – pemilik Queens Park Rangers | Gambar : Red Bull

Semoga selepas ini lebih ramai lagi jurulatih akan dihantar berguru ke luar negara oleh para penggerak bola sepak di Malaysia – termasuk FA negeri.

Kalau semua benda nak harap ke FAM, baik bubar je lah FA di setiap negeri tu, ganti dengan Persatuan Cari Makan Kenyang Poket Sendiri (PCMKPS).

Baca Juga

Baca Juga