Nicolas Otamendi telah mencipta sensasi di internet ketika beraksi bertemu Brazil dalam aksi kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan semalam.
Beliau telah mempamerkan aksi keji dan terkutuk dalam perlawanan tersebut, dan ia juga dianggap sebagai sikap tidak profesional yang tak sepatutnya dilakukan.
Ketika perlawanan berlangsung, Otamendi telah menyiku muka Raphinha, dan terus mengangkat bintang Brazil itu kembali berdiri.
South American FA suspend the referee and VAR official for failing to punish Argentina's Nicolas Otamendi for elbow on Brazil star Raphinha https://t.co/YZWl1M6SoX
— MailOnline Sport (@MailSport) November 17, 2021
Memaksa pemain yang sedang cedera untuk terus berdiri sudah dianggap perbuatan keji, dengan beliau kemudiannya dilihat sengaja melanggar bahu Vinicius Jr berhampiran dengan kotak penalti Argentina.
Pertembungan antara Brazil bertemu Argentina itu berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan, namun perlawanan berlangsung dengan situasi yang sangat panas.
90 minit aksi permainan, telah berlaku lebih dari 40 kekasaran dengan pengadil perlawanan turut melayangkan tujuh kad kuning kepada para pemain kedua-dua pasukan.
Apa yang mengejutkan adalah, dari kesemua tujuh kad kuning yang dilayangkan, pemain pertahanan Benfica, Otamendi terselamat dari menerima kad amaran tersebut.
Bizarro o Otamendi não ter sido expulso nesse lance, estão roubando o Brasil na cara dura! pic.twitter.com/aHpxNnTIkV
— PES MIL GRAU (@Pesgrau) November 17, 2021
Jika dilihat kepada aksi beliau, tidak akan mengejutkan andai beliau dilayangkan kad merah sejak dari aksi babak pertama perlawanan dilangsungkan lagi.
Pemain berusia 33 tahun itu dilihat telah menyiku muka pemain sayap Leeds United, Raphinha ketika kedua-dua mereka sedang berebut bola.
Sikuan dari Otamendi menyebabkan bibir Raphinha pecah dan beliau telah mengalami pendarahan di bahagian mulutnya.
Nothing wrong with this. Otamendi just elbowed him and made him bleed. No red card. pic.twitter.com/0mz6KA2Lan
— Ziad is in less pain (@Ziad_EJ) November 17, 2021
Namun berbanding meminta maaf kerana menyebabkan kecederaan kepada pemain lawan, Otamendi lebih memilih untuk bertindak biadap terhadap pemain berusia 24 tahun itu.
Beliau dengan segera mengangkat Raphinha untuk kembali berdiri dengan cara paksaan, dan mungkin tujuan utama beliau untuk mengelak pengadil melihat bintang Brazil itu terbaring kesakitan.
Raphinha kemudiannya membantah keputusan pengadil kerana mengabaikan insiden tersebut dengan bibirnya juga pada ketika itu sudah bocor.
Namun begitu, walaupun pengadil dibantu oleh VAR, namun tiada sebarang tindakan yang dikenakan dengan Otamendi terselamat dari sebarang amaran.
Em 2017 o Gabriel Jesus foi parar no hospital após cotovelada do Otamendi (na época o seu companheiro de time)
Na final da Copa América o zagueiro BATEU O JOGO TODO. Neymar foi a maior vítima.
Hoje rolou cotovelada no Raphinha, que ficou com a boca sangrando. Nem amarelo… pic.twitter.com/67d025yjp3
— Goleada Info (@goleada_info) November 17, 2021
Laporan terbaru dari pelbagai sumber telah mengesahkan yang pengadil dan VAR telah dikenakan tindakan gantung kerana gagal mengesan insiden tersebut.
Raphinha kemudiannya terpaksa bermain dengan memakai kapas di mulut beliau, dalam usahanya untuk menghentikan darah yang terus mengalir dari kesan luka pecah kerana disiku oleh Otamendi itu.
Pada awal perlawanan, Otamendi turut melakukan tindakan keji dengan beliau dilihat sengaja mencari gaduh dengan pemain muda Real Madrid, Vinicius Jr.
Bintang Brazil itu sama sekali tidak melakukan dosa terhadapnya, namun Otamendi sambil berjalan, beliau dengan sengaja melanggar bahu Vinicius.
Otamendi the type of mf to not do anything but push players and we love that pic.twitter.com/NrqgDSTAFX
— Galu (@PSGalu) November 17, 2021
Selain dari insiden tersebut, Otamendi sebenarnya bermain dengan sangat baik dalam perlawanan ini, dan beliau juga merupakan antara sebab Argentina berjaya mengikat Brazil dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Bekas pemain Manchester City itu sebenarnya juga memang mempunyai hobi suka mengangkat pemain yang jatuh, dengan tujuan untuk tidak mengganggu perjalanan perlawanan.
Ketika aksi perlawanan akhir Copa America pada musim panas lalu, beliau dengan tenang mengangkat Neymar yang rebah untuk segera kembali berdiri.
Neymar pada ketika itu sedang meminta pengadil perlawanan untuk memberi sepakan percuma kepadanya, namun Otamendi merasakan tindakan dari bintang PSG itu sekadar membuang masa.
Beliau kemudiannya mengangkat Neymar untuk kembali berdiri, dan perlawanan juga dapat kembali berjalan tanpa gangguan.
Otamendi: “Sit tf up Neymar, you’re ok” 🤣 #ARGBRA #CopaAmerica pic.twitter.com/RICmia1fEX
— Bozio Nienü (@boss_MockingJay) July 11, 2021
Otamendi merupakan pemain pertahanan terpenting dalam sistem kendalian Lionel Scaloni, dengan beliau berjaya membantu Argentina mencatatkan enam clean sheet secara berturut-turut.
Beliau juga antara nadi yang membantu Argentina cemerlang merekodkan aksi tanpa kalah ketika dalam sesi kelayakan Piala Dunia, dengan mereka kini sudah berjaya mengesahkan tempat beraksi di Qatar tahun hadapan.
Sumber: SPORTbible