Pemain Everton Oumar Niasse menjadi pemain pertama Premier League yang dikenakan tuduhan oleh Football Association (FA) kerana melakukan simulasi iaitu terjunan atau bahasa pasarnya dive.
Oumar Niasse dituduh kerana melakukan terjunan dengan darjah kesukaran yang tinggi untuk mendapatkan penalti ketika Everton menentang Crystal Palace pada sabtu lalu.
Pemain Everton itu dikenakan tuduhan ‘Successful Deception of a Match Official’ (berjaya menipu pegawai perlawanan dengan bergaya).
Everton's Oumar Niasse charged for 'Successful Deception of a Match Official' by FA in game against Crystal Palace. Has until 6pm to respond. #SSN
— Bryan Swanson (@skysports_bryan) November 21, 2017
Warga Senegal itu menjatuhkan diri selepas terdepat sedikit sentuhan oleh pemain Crystal Palace, Scott Dann. Hasilnya Everton mendapat penalti sekaligus berjaya menyamakan kedudukan.
Dalam satu kenyataan FA kepada BBC berbunyi :
“Insiden ini telah menyaksikan bahawa pengadil perlawanan telah diperdaya oleh satu aksi simulasi dan perkara ini telah dirujuk kepada satu panel yang terdiri dari seorang bekas pengadil, seorang bekas pengurus dan seorang bekas pemain.”
Oumar Niasse: Incident was reviewed by three-person panel of ex-match official, ex-manager & ex-player. Unanimous agreement on simulation. FA charge. Either accepts two-match ban or contests. #SSN
— Bryan Swanson (@skysports_bryan) November 21, 2017
“Setiap panel akan diminta untuk melihat kembali semua video yang ada mengenai insiden tersebut bagi memastikan samada perilaku tersebut boleh dikenakan tuduhan ‘Successful Deception of a Match Official’.”
“Selepas semua panel sebulat suara membuat keputusan FA akan mengeluarkan pertuduhan.”