Ramai menjangkakan satu aksi hebat daribOsmane Dembele selepas perpindahan bernilai £126 juta dari Borrussia Dortmund ke Barcelona.
Tetapi kecederaan menimpa beliau sehingga ke akhir musim dan Dembele sempat kembali untuk berada dalam skuad Perancis.
Ketika perlawanan menentang Italy denga kemenangan 3-1 berpihak kepada Perancis, Dembele telah melakukan larian menajubkan.
Hugo Lloris segera membuat lontaran kepada Dembele yang tidak dikawal, Dembele segera memecut sejauh 70 ela dalam masa 5 saat ke kotak penalti Italy.
Dembele tenang dan cantik memperdayakan pertahanan Italy sebelum merembat kencang, penjaga gol Italy hanya mampu melihat tetapi bola teruk menghentam palang.
https://www.dailymotion.com/video/x6kul1u