Ousmane Dembele Pamer Aksi Sungguh Dasyat Bantu Barca Seri Bertemu Juventus

Bintang Barcelona, Ousmane Dembele telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika beraksi bertemu Juventus pagi tadi.

Pemain kebangsaan Perancis itu jelas sekali sedang berada di tahap yang sungguh luar biasa dengan aksi yang beliau persembahkan memukau para peminat seluruh dunia.

Kedua-dua gergasi dalam dunia bola sepak itu turun bertemu dalam aksi perlawanan persahabatan di Dallas, Texas pada hari ini.

Semua mata jelas sekali tak sabar-sabar mahu melihat persembahan dari penandatanganan terbaru kelab, Robert Lewandowski.

Walau bagaimanapun, bukan bintang Poland itu yang mencuri perhatian peminat dalam perlawanan ini, sebaliknya Dembele yang menyerlah dengan persembahan mantap yang beliau pamerkan.

Dembele berjaya menjaringkan dua gol ketika aksi babak pertama permainan sebelum beliau dikeluarkan pada minit ke-46 untuk digantikan dengan Raphinha.

Pemain sayap itu sebelum ini telah dikaitkan dengan perpindahan bakal meninggalkan Barcelona pada musim panas ini.

Bahkan sepanjang musim 2021/22 lalu, beliau sememangnya hangat dikaitkan dengan bakal meninggalkan kelab kerana tidak mahu menandatangani kontrak baru.

Walau bagaimanapun, pada awal bulan baru-baru ini, Barcelona telah mengumumkan yang Dembele telah menandatangani kontrak baru bersama kelab sehingga 2024 nanti.

Ketika aksi bertemu Juventus hari ini, beliau berjaya meledak dua gol dan turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa dasyat.

Dembele membuka tirai jaringan pada minit ke-34 permainan selepas membawa bola masuk dari sudut sebelah kanan dan melepaskan rembatan padu menewaskan penjaga gol Juventus, Wojciech Szczesny.

Ia jelas sekali satu gol yang sungguh luar biasa dasyat dan kualiti penyudah beliau tersangatlah menakjubkan.

Pemain kebangsaan Perancis itu menjaringkan gol kedua beliau dalam perlawanan ini selepas Moise Kean meledak gol penyamaan untuk Juventus.

Gol kedua beliau tidak dinafikan lagi sememangnya sungguh luar biasa dasyat dengan beliau dilihat membawa bola melepasi pemain pertahanan sebelum melepaskan rembatan padu menewaskan Szczesny buat kali kedua.

Selepas kejayaan beliau meledak gol, Dembele dilihat meraikan gol tersebut dengan keraian yang sungguh luar biasa dasyat.

Beliau melakukan keraian ‘Night Night’ yang mana ia sebelum ini sering dilakukan oleh bintang NBA, Steph Curry.

Selepas Dembele melakukan keraian tersebut, Curry tampil memberi pandangan beliau tentang hal tersebut dengan berkongsi semula gambar Dembele sedang meraikan gol tersebut.

Para peminat turut terkejut melihat persembahan mantap Dembele dengan mereka hangat membincangkan hal tersebut di media sosial.

“Wah saya tak sangka dia boleh jadi sebagus ini. Ini lah baru tahap pemain yang bernilai lebih 100 juta.”

“Selepas bersetuju untuk menerima pengurangan gaji sebanyak 40%, Dembele terus menigkatkan prestasi dia pada tahap 100%.”

“Saya rasa macam sedang melihat aksi Ronaldinho ketika sedang kemuncak kariernya. Gol yang sungguh luar biasa cantik.”

“Tidak dinafikan lagi memang gol itu sungguh luar biasa dan saya tak sabar mahu melihat dia lakukan itu sekali lagi.”

“Saya seorang ke rasa tak sabar nak tunggu lagi persembahan Dembele lepas ni? saya betul-betul teruja dengan persembahan dia.”

Walaupun Dembele berjaya menjaringkan dua gol dan turut mempamerkan persembahan yang sungguh luar biasa dasyat, namun sayangnya Barca gagal untuk mencatatkan kemenangan dalam perlawanan tersebut.

Juventus berjaya mengikat kedudukan menjadi 2-2 juga hasil gol jaringan Kean pada aksi babak kedua permainan.

Selepas tamat perlawanan tersebut, pengurus kelab, Xavi tampil menghamburkan pujian menggunung kepada Dembele dan meluahkan rasa gembira beliau melihat persembahan mantap yang dipersembahkan oleh pemain sayap itu.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Barca Menyampah Dengan Braithwaite Yang Tidak Mahu Tinggalkan Kelab Kerana Tunggu Gaji Dibayar