Overmars: Sanchez Mungkin Kembali Sertai Arsenal

Bekas pemain Arsenal, Marc Overmars berkata Alexis Sanchez ‘mungkin kembali sertai’ Arsenal selepas bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaiknya sejak berpindah ke Old Trafford pada Januari 2018.

Overmars turut berkata Sanchez mungkin menyesali tindakannya menyertai Manchester United dan  mungkin akan memilih untuk kembali ke Arsenal dalam masa terdekat, tempat dimana beliau mencipta nama dan selesa bermain.

Sanchez yang saban hari makin tumpul. Makan apa agaknya kt Manchester tu sampai lembik macam ni

Sanchez memilih untuk meninggalkan Arsenal dari menandatangani kontrak baru di Emirates pada penghujung tahun 2017.

Disebabkan itu, pengurus Arsenal pada ketika itu Arsene Wenger mengambil keputusan yang agak sukar melepaskan Sanchez kepada United dalam perjanjian pertukaran pemain. Pemain tengah Armenia, Henrikh Mkhitaryan berpindah ke arah sebaliknya yang mana tiada sebarang yuran perpindahan dikenakan kepada kedua-dua belah pihak.

Selepas lebih setahun Sanchez dan Mkhitaryan bermain untuk kelab masing-masing, tiada pemain yang dapat menunjukkan persembahan seperti yang diharapkan peminat.

Sanchez paling teruk kerana hanya mampu menjaringkan 5 gol dari 37 penampilan bersama Red Devils setakat ini. Sudah mula kedengaran desakan dari sesetengah pihak yang mempersoalkan tindakan United membayar gaji yang tinggi terhadap Sanchez tetapi tidak mendapat pulangan seperti yang diharapkan.

Zaman kegemilangan Sanchez ketika bermain di bawah Wenger

Overmars yang pernah bermain untuk Arsenal selama 3 musim bermula dari 1997 sehingga 2000, percaya penyerang antarabangsa Chile itu mungkin menyesal dengan keputusannya meninggalkan Arsenal pada ketika itu.

“Saya sangat menghormati Alexis Sanchez kerana beliau beraksi dengan cukup baik ketika mewakili Arsenal. Tapi saya tidak tahu jika ia adalah keputusan yang baik untuk meninggalkan Arsenal.”

“Bola sepak Inggeris mengubah anda sebagai seorang pemain, ia membuatkan saya maju ke hadapan. Arsene Wenger tiba setahun sebelum saya, Dennis Bergkamp juga bermain cukup baik di England. Ia merupakan masa yang cukup gemilang, saya rasa kami telah mengubah sedikit sejarah kelab Arsenal.”

Walaupun Sanchz menikmati tempoh yang cemerlang bersama Arsenal dimana beliau menjaringkan 80 dari 166 penampilan, segalanya berubah apabila beliau menyarung jersi merah United.

Pelbagai spekulasi kini timbul yang mana United dilaporkan bersedia melepaskan Sanchez kepada mana-mana kelab yang sudi membayar gajinya yang mahal.

Overmars bagaimanapun percaya Sanchez patut mengambil langkah ‘mengundur’ dengan kembali mneyertai Arsenal untuk menyelamatkan kariernya dari terus tenggalam.

Marc Overmars. Beliau cemerlang bersama Arsenal tetapi membuat kesilapan menyertai Barcelona dimana prestasi beliau merudum teruk selepas itu

“Pemain macam Sanchez amat penting buat Arsenal kerana beliau mampu membawa kelab tersebut ke tahap yang lebih tinggi.”

“Selepas Sanchez, Arsenal cuba menandatangani pemain seperti beliau tetapi tiada yang serupa. Jadi Sanchez patut kembali sertai Arsenal.”

Kontrak Sanchez di Old Trafford masih lagi panjang dimana beliau menandatangani kontrak selama 4 tahun setengah tahun lepas. Kontrak beliau hanya akan tamat pada tahun 2022, ditambah pula dengan gaji mingguan yang tinggi menyebabkan kelab yang berminat perlu mengeluarkan duit yang banyak jika mahu mendapatkan khidmat Sanchez.

BACA:  Premier League 2021/22: Manchester United 0-2 Manchester City