Ovrebo – Pengadil Yang Menghampakan Chelsea Sembilan Tahun Lalu

Tom Henning Ovrebo mungkin bukanlah satu nama yang gah bak pengadil yang berprofil tinggi lain seperti Pierluigi Collina, Howard Webb, Bruno Mars atau Mark Clattenburg. Namun pada tahun 2009, pengadil dari Norway ini telah menghancurkan hati para peminat bola sepak pasca 2003 apabila beraksi dengan begitu buruk dalam perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-juara Eropah antara Chelsea menentang Barcelona di Stamford Bridge.

Dalam perlawanan pertama di Nou Camp, kedua-dua pasukan terikat 0-0 dan dalam perlawanan ulangan, Andres Iniesta menjaringkan gol penyamaan sekaligus membawa kelab Catalan tersebut ke perlawanan akhir menentang Manchester United, menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Sembilan tahun berlalu, dan menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam pusingan 16 pasukan UCL, Ovrebo telah ditemuduga Marca mengenai perlawanan yang telah menimbulkan fitnah bahawa UEFA menyebelahi Barcelona.

Ovrebo kini sudah pencen daripada mengadili perlawanan dan sekadar memberikan nasihat kepada pengadil-pengadil lain yang memerlukan tunjuk ajar. Kalau Ovrebo tinggal di Malaysia pasti dia boleh menjana pendapatan melalui seminar-seminar pengadilan dan boleh mengangkat dirinya sebagai Sifu Pengadil.

Ketika ditanya mengenai perlawanan pada 6 Mei 2009 tersebut, Ovrebo mengakui dia langsung tidak berbangga apatah lagi berasa hebat dengan prestasinya pada malam tersebut. Menurutnya, hidup ini umpama air laut – ada pasang surutnya.

Ballack mengejar Ovrebo | Gambar : Sportsport.ba

Jelasnya lagi, dia sering kali menonton semula perlawanan tersebut untuk belajar dan move on daripada kesilapan yang telah dilakukannya.

Dalam perlawanan tersebut, Chelsea dinafikan empat penalti di mana Ovrebo tidak perasan atau buat-buat tidak perasan bola terkena tangan Pique dan Eto’o yang jelas bukan ball to hand.

Ketika ditanya mengenai dua insiden berkenaan, Ovrebo mengatakan dia hanya menjalankan tugas di tengah padang dan dia sudah tidak mahu bercakap mengenainya lagi meskipun dia tahu bahawa orang ramai lebih faham dan maklum bahawa insiden tersebut jelas penalti kepada Chelsea.

Tamat perlawanan tersebut, Ovrebo dikerumuni para pemain Chelsea terutamanya Didier Drogba yang bertubi-tubi melepaskan kemarahan kepada Ovrebo.

Lebih parah lagi, Ovrebo terpaksa menukar hotel penginapan usai tamat perlawanan kerana telah keselamatannya yang terancam dan dia turut diugut bunuh oleh para penyokong Chelsea.

Selaku Madridista, admin lebih senang untuk beranggapan bahawa Ovrebo sekadar menjalankan arahan yang diberikan oleh UEFA dan diharap pembaca semua turut berfikir sedemikian. Okay?

Agak kasihan juga mengenangkan nasib Ovrebo ini di mana dia lebih diingati sebagai pengadil yang membantu UEFA memenangkan Barcelona dalam perlawanan tersebut.

Semoga Ovrebo terus tabah menjalani kehidupan seharian dan diharap ceria-ceria selalu.

Sumber artikel : Marca

Baca Juga

Baca Juga