Owen Dedahkan Bahawa Benzema Sebab Beliau Sertai Manchester United

Michael Owen telah mendedahkan bahawa Karim Benzemalah insan dan individu yang menyebabkan beliau dapat menyertai Manchester United untuk mengecap kejuaraan Premier League.

Semua ini boleh terjadi selepas Karim Benzema telah memilih untuk meneruskan kariernya bersama Real Madrid berbanding Manchester United.

Pada tahun 2009, Florentino Perez telah terlibat dengan aktiviti perpindahan pemain dengan rakusnya dan telah memecahkan dua rekod perpindahan dunia.

Ini semua dilakukan Florentino Perez untuk memulakan era baru Galacticos yang sebelum itu diperkasakan oleh Zinedine Zidane, Luis Figo, Ronaldo Original dan David Beckham.

Cristiano Ronaldo dirembat Real Madrid dari Manchester United sehari selepas mendapatkan Kaka dari AC Milan yang sudah memecahkan rekod dan kerakusan Perez tidak berakhir disitu.

Gandingan Cristiano Ronaldo dan Kaka tampak tidak dapat memenuhi selera Los Blancos yang membelanjakan £30 juta untuk mendapatkan Karim Benzema.

Kecemerlangan pemain Perancis itu di Ligue 1 telah menarik perhatian kelab besar dan Real Madrid berjaya mendapatkan Benzema dari Lyon.

Pada ketika itu Real Madrid perlu bersaing dengan Manchester United untuk mendapatkan Karim Benzema selepas Benzema menjaringkan gol menentang Setan Merah di Champions League.

Kuasa wang Real Madrid pada ketika itu tiada tandingan dan Sir Alex Ferguson terpaksa mendapatkan Michael Owen secara percuma sebagai pengganti.

Dari Newcastle United, Owen ke Manchester United dan sekadar beliau dipiliha sebagai pilihan kedua walaupun percuma.

Sebelum perlawanan separuh akhir kedua Champions League antara Chelsea dan Real Madrid, Michael Owen telah membuka kisahnya dan Karim Benzema.

“Aku dapat datang ke Manchester United kerana Karim Benzema telah memilih Real Madrid berbanding Manchester United.”Dedah Owen.

“Buat pertama kali aku mendapat panggilan dari Sir Alex Ferguson, beliau berkata ‘Kami mahu mengikat Karim Benzema, jika kami gagal.. kami akan dapatkan kau.”

Agak menyedihkan sebenarnya mendapat panggilan sebegitu jujur namun pada ketika itu Owen berstatus pemain buangan dan dapat ke kelab besar adalah sesuatu yang hebat.

Sir Alex Ferguson telah terpikat dengan Karim Benzema selepas Manchester United menentang Lyon di pusingan 16 terbaik Champions League pada 2008.

Karim Benzema berjaya menjaringkan gol pembukaan dan mengikat Manchester United pada perlawanan pertama dan menang dalam perlawanan kedua seterusnya muncul juara pada musim itu.

Bekas pemain pertahanan dan legenda Manchester United juga telah mendedahkan bahawa dari perlawanan itulah Sir Alex Ferguson terpikat dan mahu mendapatkan Karim Benzema.

“Buat pertama kali aku bermain menentang Benzema, Sir Alex Ferguson terus mahu mendapatkan tandatangan Karim Benzema.” Ujar Ferdinan kepada BT Sport

“Sir Alex Ferguson telah berbicara dengan Karim Benzema di dalam terowong selepas perlawanan dan memaksa pegawai pasukan Lyon menarik Benzema pergi.”

“Aksi pergerakan Karim Benzema pada hari itu sangat menakjubkan.”

Usaha Real Madrid mendapatkan Karim Benzema sangat berbaloi dan penting buat Real Madrid di mana gandingan Benzema dan Cristiano Ronaldo telah membuahkan banyak trofi.

Selepas Cristiano Ronaldo beralih angin ke Itali bersama Juventus, Karim Benzema menggalas kekosongan ditinggakan Cristiano Ronaldo dan ketiadaan Ronaldo seolah-olah tidak memberi kesan kepada Real Madrid.

Tanpa Ronaldo, Karim Benzema berjaya membawa Real Madrid menjulang trofi La Liga pada musim 2019/20 dan membawa Real Madrid ke separuh Champions League musim ini.

Selepas 6 tahun disisihkan, Karim Benzema kembali di senaraikan dalam skuad Perancis bagi menghadapi saingan kejohanan yang tertangguh EURO 2020 oleh Didier Deschamp.

Kali terakhir Karim Benzema bermain untuk Perancis adalah pada tahun 2015 dan selepas itu Benzema terus tergantung sepi tanpa mengumumkan persaraan peringkat antarabangsa.

BACA:  Benzema Dedah Alasan Mengapa Memilih Panenka Berdepan Ederson