Ozil Dan Mathhaus Mahu Joachim Low Kembali Ke Pangkal Jalan

Pesara bola sepak Jerman, Mesut Ozil dan lagenda Jerman, Lothar Mathhaus mahu Joachim Low kembali ke pangkal jalan dan menarik kembali keputusan drastik beliau yang dibuat tahun lalu.

Joachim Low telah membuka kejutan seperti drama dalam program Akademi Fantasia apabila telah membuat pengumuman bahawa Jerome Boateng, Mts Hummels dan Thomas Muller tidak lagi diperlukan.

Keputusan yang dibuat oleh Joachim Low ini adalah untuk memberi peluang kepada kepada muka baru dan melakukan transformasi ke atas skuad Jerman.

Pengumuman Low pada 2019 itu menyaksikan Mats Hummels masih lagi pemain pertahanan terbaik di Bundesliga dan Jerome Boateng masih lagi solid dan bergetah seperti anak dara.

Bagi Thomas Muller pula tidak beliau telah menjadi nadi kepada kemenangan treble Bayer Munich bersama-sama Boateng menjuarai Bundesliga, Champions League dan DFC Pokal.

Sangat drastik dan tidak masuk akal menggugurkan pemain yang masih lagi berada diprestasi terbaik mereka.

Niklas Sule dan Robin Koc nyata gagal untuk memberi perlindungan kepada Manuel Neuer yang merasai kekalahan memalukan dan kemasukan Jonathan Tan gagal memberi impak positif.

Ferran Torres telah mencetak hatrik ke atas Jerman. Menjadikan beliau pemain pertama mencetak hatrik ke atas Jerman dalam aksi kompetitif sejak Michael Owen pada 2001.

Kekalahan penuh memalukan lagi memberi aib 6 gol tanpa balas kepada Sepanyol membuatkan Ozil telah bersuara supaya Jerome Boateng dipanggil kembali.

Ada yang menganggap ciapan Ozil ini sebagai satu ejekan dan bidasan yang pedas namun kata-kata Ozil ini sangat masuk akal dan logik.

Sejak tidak mendapat peluang untuk bermain bersama Arsenal, Ozil kini seolah-olah telah menjadi seorang pengulas bola sepak tidak rasmi.

Lagenda bola sepak Jerman, Lothar Matthaus senada dengan Mesut Ozil dan mahukan Joachim Low memanggil kembali Jerome Boateng, Mts Hummels dan Thomas Muller.

Lothar Matthaus mahukan ketiga-tiga mereka terus berbanding Ozil yang mahukan Jerome Boateng sahaja.

Memberi peluang kepada pemain muda sangat bagus namun sudah menjadi satu proses buat pemain muda kehilangan konsistensi dalam laluan mereka menuju puncak.

Ketiga-tiga pemain ini baru sahaja melepasi umur 30-an dan akan memasuki fasa sebagai pemain veteran serta masih belum hilang detik kemuncak mereka.

Gabungan pemain lama dan baru akan memberi impak serta pengalaman yang lebih kepada pemain muda.

Dua pemain pertahana tengah dan satu pemain tengah terbaik di Jerman telah digugurkan begitu sahaja.

Joachim Low kini perlu berharap kepada tuah korek-korek cium beliau la kot.

BACA:  Toni Kroos Dinamakan Pemain Tahunan Jerman Buat Kali Pertama Dalam Kariernya