Ozil: Impian Kanak-Kanak Untuk Menang Piala Dunia dan Champions League Bukan Super League

Mesut Ozil telah mengutarakan pandangannya mengenenai European Super League dan menganggap impian seorang kanak-kanak adalah untuk menang Piala Dunia dan Champions League bukannya Super League.

Sungguh mendalam dan padu kata-kata yang dilontarkan Mesut Ozil melalui laman Twitter rasmi beliau yang jelas tidak bersetuju dengan idea European Super League.

Setakat ini 12 pasukan gergasi Eropah sudah mengesahkan penyertaan mereka dengan liga orang-orang kaya yang mendapat cemuhan ramai kecuali kelab yang terlibat.

12 kelab yang bersetuju dengan gagasan baru melibatkan 6 kelab Inggeris 3 kelab Sepanyol dan 3 kelab Itali.

Premier League (England) – Manchester United, Liverpool, Manchester City, Arsenal, Chelsea, Tottenham.

La Liga (Sepanyol) – Barcelona, Real Madrid, Atletico Madrid.

Serie A (Itali) – Inter Milan, AC Milan and Juventus.

Tiga lagi pasukan masih dicari untuk membentuk Founding club yang terdiri daripada 15 pasukan di mana Bayern Munich dan Borussia Dortmund lantang menentang idea ini dan masih berpaksikan taat setia bersama penyokong.

Paris Saint Germain juga tidak menyertai liga orang-orang kaya ini dan setakat ini masih berdiam diri.

Selepas Gary Neville yang terpaling OP mengutuk disusuli Jamie Carragher, Rio Ferdinand, Sir Alex Ferguson, kini Mesut Ozil pula bersuara.

Mesut Ozil telah menulis:

“Kanak-kanak membesar dengan memasang impian untuk memenangi Piala Dunia dan Champions League – bukannya Super League.”

“Kenikmatan sebenar perlawanan besar hanya terjadi sekali atau dua kali sahaja setahun, bukan setiap minggu.”

“Sukar untuk difahami buat semua peminat bola sepak di luar sana.”

Ada yang peminat bola sepak yang menyokong idea European Super League ini dan menempelak kenyataan Mesut Ozil dengan berpendapat macam mana kanak-kanak nak berimpiankan Super League jika idea ini masih belum bermula.

Mereka ini mahukan perlawanan besar saban minggu dan berpendapat menyaksikan aksi pemain dan pasukan pertengahan membazir masa dan menghabiskan beras yang mereka beli.

Mungkin mereka tidak sedar peranan kelab bawahan dan pertengahan dalam melahirkan dan mengasah pemain berbakat yang tidak dapat peluang beraksi bersama kelab besar.

Mengambil contoh kelab FC Gronigen yang mungkin ada diantara mereka tidak pernah dengan yang telah menggilap bakat pemain bintang seperti Luis Suarez, Virgil van Dijk, Daley Blind dan Arjen Robben.

Malah pemain legenda Singapura, Fandi Ahmad pernah beraksi bersama FC Gronigen. Inilah peranan kelab-kelab kecil dan pertengahan.

Kerana itu juga Southampton telah digelar sebagai Liverpool B.

Gary Neville dengan keras mahukan pasukan dari premier league yang terlibat dengan European Super League dihukum dengan penolakkan mata dan dihumbakan ke dasar liga.

Bagi Gary Neville pemisahan liga (Breakway League) ini merupakan satu jenayah dalam bola sepak dan menjadi satu pengkhianatan kepada peminat bola sepak.

“Mereka harus dihukum, semua enam pasukan yang bersetuju untuk sertai pertandingan itu. Tolak mata mereka semua. Buat semua itu sekarang, ia melucukan.”

“Tolak mata mereka semua esok, humban mereka ke kedudukan terbawah liga dan rampas semua duit dari mereka. Ini merupakan jenayah dalam dunia bola sepak di negara ini.”

Bekas pengurus Manchester United yang berstatus legenda, Sir Alex Ferguson berpendapat pemisahan liga dengan pembentukan European Super League (ESL) merupakan satu pengakhiran kepada sejarah bola sepak selama 70 tahun.

“Super League ni sebenarnya adalah sesuatu yang menyimpang daripada sejarah kelab bola sepak Eropah selama 70 tahun.”

“Aku sebagai pemain di kelab pendalaman Dunfermline pada tahun 60an dan juga pengurus Aberdeen yang menjulang Cup Winner’s Cup, bagi kelab pedalaman di Scotland, perasaan dia tu macam daki Gunung Everest.”

Sejarah bola sepak yang mengambil masa selama 70 tahun untuk dicipta akan lenyap begitu sahaja terutamanya bagi peminat Champions League yang wujud sejak 1955 kira-kira 66 tahun lalu.

Sir Alex Ferguson yang memenangi gelaran dua kali Champions League bersama Manchester United telah meluahkan perasaan bagaimana beliau sangat menikmati malam istimewa di Champions League.

BACA:  Kelab Super League Bakal Diharamkan Sertai Champions League