Ozil Kecewa Diketepikan Arteta Tampil Beri Penjelasan

Mesut Ozil telah memuat naik status di lama Twitter miliknya meninggalkan pesanan yang agak menyentuh hati kepada peminat Arsenal selepas beliau diketepikan dari skuad dalam perlawanan Premier League menengang Manchester City.

Ozil yang kini sudah berusia 31 tahun telah diketepikan dari 22 pemain dalam skuad Mikel Arteta yang terpilih untuk beraksi menentang City di Etihad Rabu lalu.

Pengurus pasukan Arsenal, Mikel Arteta mendedahkan bahawa beliau telah mengetepikan pemain midfield Jerman itu dengan alasan perubahan taktikal yang beliau mahukan.

Ozil telah memberi reaksi kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Arteta dengan memuat naik status di laman twitter miliknya:

“Tidak kira apa…#M10 @Arsenal.”

Status tersebut dimuat naik bersama gambarnya yang memegang lencana pasukan.

Tidak banyak yang beliau tulis, namun para peminat pasukan Arsenal dapat merasakan keikhlasan dan ketulusan Ozil bersama pasukan.

Salah seorang peminat di twitter telah menulis kata-kata semangat untuk Ozil dengan menulis:

“Kami semua meminta maaf kepada anda kerana terpaksa berurusan dengan semua perkara sampah ini, kamu adalah legenda Arsenal yang sepatutnya memenangi PL dahulu tetapi kami disini terlalu malas untuk membina pasukan terbaik bersama anda. Kamu membuang masa kemuncak kamu disini dan kamu mendapat kecaman yang tidak sepatutnya kamu terima.”

Beberapa lagi peminat turut meninggalkan komen di posting yang dimuat naik oleh Ozil di twitternya.

“King. Kamu pasti akan kembali, tiada keraguan.”

“Sentiasa menyayangi kamu.”

Tanpa Ozil, Arsenal tewas 3-0 kepada Manchester City dan bercakap selepas perlawanan, Arteta menjelaskan keputusannya mengetepikan Ozil dari senarai penuh skuad the Gunners ke Etihad.

“Ianya berpunca dari perubahan taktikal yang saya mahukan.”

Jelas Arteta kepada wartawan selepas pasukannya tewas dalam perlawanan tersebut.

“Saya cuma akan memilih pemain mengikut waktu yang kami semua pegawai bertugas percaya pemain itu boleh bermain dengan sangat baik dan itu saja.”

“Semuanya menjadi tidak kena bermula dari minit pertama permainan lagi. Setiap kebarangkalian insiden berlaku tidak seperti dirancang dan kami sendiri tidak pernah meminta kejadian seperti itu terjadi.”

“Sekiranya ada pemain yang mengalami kecederaan otot, mungkin ya, tetapi kali ini saya tak rasa ianya seperti itu.”

“Mereka awalnya cergas dan cuma mengalami kecederaan ketika sudah beraksi, jadi kami tentunya tidak bersedia dengan segala kejadian itu.”

Jelas Arteta berkenaan pemain yang mengalami kecederaan dalam perlawanan tersebut.

BACA:  Unai Emery Nafi Laporan Yang Mengatakan Beliau Bergaduh Dengan Mesut Ozil