Padu Kata-Kata Layun Yang Memijak Kaki Neymar Sehingga Sawan

Tidak dapat disangkal lagi peranan dan kehebatan Neymar ketika membawa Brazil mara ke suku akhir Piala Dunia 2018.

Satu gol dan satu bantuan gol Neymar menamatkan saingan Mexico di Russia dan kini menuju ke lapangan terbang.

Gol pertama bermula hasil gerakan Neymar dan akhirnya disudahkan oleh Neymar jua akhirnya. Hebat bukan?

Manis dan sinis saje senyuman Coutinho.

Nacer Layun dilihat telah memijak bulu lali Neymar ketika mahu mengambil bola dan kaki pengadil ketiga juga dipijak. Namun tindak balas Neymar sangat dramatik.

Layun boleh dilayangkan kad kuning jika pengadil menyedari tindakannya memijak kaki Neymar namun reaksi Neymar sangat hebat menyebabkan Neymar dikutuk.

Nacer Layun kemudian mengeluarkan kata-kata yang agak pedas kepada Neymar mengenai insiden itu.

Bekas pemain Watford itu berkata :

“Jika beliau tidak mahu disentuh maka beliau sepatutnya membuat sesuatu yang lain.”

“Jika beliau mahu berada dilantai beliau patut baring je kat rumah sendiri.”

Begitulah kata-kata Layun yang mungkin membawa maksud tak nak kena sentuh jangan main bola la setan. Duduk rumah je buka Facebook membawang dan memaki hamun. Setel.

Pengamal media berharap Neymar tida lagi menunjukkan aksi lakonan yang tragis dalam perlawanan mendatang di mana aksi Neymar bermain bola saja sudah cukup sedap dihadam.

Mungkin Neymar patut dikenakan hukuman jika terus berkelakuan begini. Namun ada komen sedap yang menyokong Neymar.

Semoga Layun tak diserang mereka ini.

“Ala yg kecam tu mcm la xpernah hdup dlm pura2 bha .. hidup ni mana boleh jujur nnti d tindas org yg kuat menipu ???kdang2 hidup ni perlukan k’kejaman ja ??”

“Klau setakat kasut yg kamu beli tu 1,2 ratus.. Yg pijak org x luka… Kamu mna mampu nak beli kasut yg drng pkai… Sembang mcm dia yg kenak pijak plk… Yg kamu beli untuk main di kampung2 saja… Itu saja yg kamu mampu.. Jdi kamu diam..pijak org x guling2? …dia mau brlakun ka apa ka Suka2 dia lah..lain kali jngn tgk klau x suka… ?”

Baca Juga

Baca Juga