Pahang Dianugerahkan Tiga Mata, Terselamat Dari Penyingkiran

Pasukan Pahang FC telah mendapat mendapat perkhabarab gembira apabila diberikan tiga mata daripada perlawanan menentang Kedah pada 3 Ogos 2016 di Stadium Darul Aman. Hal ini kerana Kedah telah menurunkan Mohd Rizal Mohd Ghazali yang digantung perlawanan setelah mengumpul tiga kad kuning dalam perlawnanan berlainan.

Dalam perlawanan tersebut, Kedah menang 1-0, namun dengan keputusan mesyuarat FAM ini, Kedah bakal dipotong tiga mata, dan diberikan kepada Pahang FC. Dengan tambahan tiga mata ini, Pahang berjaya mengumpul 23 mata, empat mata mengatasi Pulau Pinang dan Terengganu yang masing-masing dengan 19 mata.

Tambahan mata ini mengekalkan Pahang di Liga Super Malaysia untuk musim 2017.

Berikut adalah kenyataan rasmi FAM.

pahang-3-mata

Baca Juga

Baca Juga