Pak Manap Bersumpah Akan Menghukum Khabib Kerana Menunjukkan Akhlak Tidak Baik Di UFC

Bapa kepada petarung sensasi Ultimate Fighting Challenge(UFC), Khabib Nurmagomedov nyata berang dengan perlakuan dan akhlak yang dipamerkan oleh anaknya selepas berjaya membelasah dan mencekik Conor McGregor sehingga lunyai.

Khabib Nurmagomedov muncul pemenang dan telah menyerang kem pasukan McGregor. Khabib memanjat keluar gelanggang Octagon dan melompat ke arah jurulatih McGregor dengan gaya Ji Fat melancarkan Hikmat Api Syurga Meragut Lalang.

Khabib Nurmagomedov kini berdepan dengan kesukaran dan ketakutan yang nyata dengan tindakannya di UFC apabila perlu berdepan dengan bapanya yang nyata marah dengan perlakuan Khabib.

Situasi ini diakui sendiri oleh Khabib di sidang media selepas kemenangannya.

“Aku tahu ayah aku akan memukul aku selepas ini apabila pulang ke rumah. Matilanak! Kepada semua orang Nevada, aku meminta maaf. Las Vegas, aku meminta maaf.”

Abdulmanap Nurmagomedov yang tidak hadir ketika pertarungan di Las Vegas kerana tidak mendapat visa untuk masuk ke negara Uncle Sam nyata berang dengan tindakan anaknya itu seiring dengan kegusaran Khabib.

“Aku akan bertindak tegas dalam perkara ini. Aku dah bagi amaran. Bagi aku disiplin paling utama.” Ujar Pak Manap dengan nada tegas dan kecewa dengan sikap tidak profesional anaknya itu.

Bila keranda dibawa baru bercucuran air mata.

“Kau buatlah apa yang kau nak dalam sangkar Octagon itu tetapi diluar sangkar ada sempadan antara orang awam di mana terdapat kanak-kanak, wanita dan orang asing.”

“Diluar octagon yang sepatunya ada hanya kedamaian.”

Begitulah kekecewaan Pak Manap dengan sikap yang dipamerkan anaknya yang tidak boleh dijadikan satu contoh tauladan yang baik buat orang ramai.

Iman yang teguh berserah pada Tuhan, akhlak yang murni jadi hiasan diri, sabar dan tekun dalam perjuangan kuat beriltizam dan berkeyakinan.

Baca Juga

Baca Juga