Pamoga Qu Puteh Menarik Diri Dari Menaja Pasukan Kelantan

Ibarat jatuh ditimpa Vida mungkin itulah perumpamaan tepat untuk menggambarkan situasi pasukan Kelantan sekarang, apabila Pamoga Qu Puteh telah menyatakan hasrat untuk tidak menaja Kelantan lagi pada musim 2017.

Sebelum ini jurulatih Kelantan Velizar Popov telah meletakkan jawatan walaupun ditawarkan kontrak baru atas alasan keluarga.

Terbaru melalui laman Facebooknya Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa telah mengumumkan bahawa Pamoga Qu Puteh telah memaklumkan hasrat untuk tidak menaja pasukan Kelantan Musim depan 2017, walaupun mengikut perjanjian Tajaan mereka adalah sehingga 2017.

Semoga keyboard/keypad TSAM akan kembali pulih. Dah bertahun rosak.

PAMOGA QU PUTEH Telah Memaklumkan Hasrat UTK TIDAK MENAJA Pasukan Kelantan

 PAMOGA QU PUTEH telah memaklumkan hasrat UTK TIDAK MENAJA pasukan Kelantan

Penaja utama PAMOGA QU PUTEH telah memaklumkan hasrat UTK TIDAK MENAJA pasukan Kelantan Musim depan(2017)..walau pun mengikut perjanjian Tajaan mereka adalah sehingga 2017.

Saya memahami hasrat mereka dan akan bawa ISU ini ke Majlis KAFA.Kita akan mencari jalan keluar yang terbaik dgn mengambil kira semua faktor serta menjaga hubungan baik jangka panjang dgn semua pihak.

Walaupun ini akan menambah kesulitan KAFA namun saperti biasa setiap musim pengurusan KAFA sentiasa di uji pelbagai kepayahan yg biasanya tidak difahami pihak luar NAMUN DGN IZIN ALLAH KITA SENTIASA DAPAT ATASI CABARAN BERKAT KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN BEKERJA SECARA SUKARELA MENJAGA BOLASEPAK KELANTAN.

Kita tidak akan mudah berputus asa.Tugas bola kelantan YANG TAK SIAPA MAHU MENGAMBIL TANGGUNGJAWABNYA INI,bakal
kita pikul sehingga ada pihak yg bersedia mengambil alihnya..INSYAALLAH..

Musim 2017…sekali lagi TRW BAKAL BERWAJAH BARU…

Sumber : TSAM

Baca Juga

Baca Juga