Klopp Dalam Delima Berbicara Tentang Messi dan Ronaldo

Jurgen Klopp telah mendedahkan pandangan beliau tentang perdebatan terhangat dalam dunia bola sepak iaitu tentang Messi dan Ronaldo.

Perdebatan antara dua pemain terbaik dunia ini sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat bola sepak dan pandangan dari Klopp mungkin yang terbaik dari yang lain.

Messi dan Ronaldo telah menguasai pentas bola sepak Eropah sejak sedekad yang lalu dan mereka sangat dikenali sebagai dua pemain terbaik dunia sepanjang zaman oleh semua peminat sukan bola sepak seluruh dunia.

Untuk membandingkan dua pemain ini adalah satu hal yang sudah biasa dilakukan dan Klopp telah membuat kesimpulan yang terbaik untuk membandingkan dua pemain handalan dunia ini.

Bercakap dalam satu temu bual bersama satu channel Youtube dari Jerman, freekickerz, Klopp menjelaskan:

“Bagi saya Messi, tetapi saya tidak mungkin boleh mengagumi Ronaldo lebih dari apa yang sudah saya kagumi.”

Klopp kemudian menganggap penyerang pasukan Juventus itu sebagai pemain yang sempurna dan beliau turut menjelaskan bahawa dia tidak boleh menyukai pemain berusia 35 tahun itu lebih dari apa yang sudah beliau lakukan.

Klopp menjelaskan tentang Messi dan Ronaldo dalam temu bual tersebut dengan menceritakan semua seperti berikut.

“Kami sudah bertemu dengan kedua-dua pemain itu dan mereka berdua sepertinya hampir mustahil untuk dihalang. Tetapi Messi mempunyai fizikal yang jauh lebih rendah mungkin ianya sejak lahir.”

“Jika anda mahu menggambarkan seorang pemain yang sempurna, ia adalah memiliki ketinggian seperti Ronaldo, pemain itu juga harus boleh melompat dengan tinggi dan berlari dengan pantas sama seperti Ronaldo.”

“Apa yang lebih menarik untuk ditambah adalah sikap sebenar pemain itu, seperti Ronaldo ia sangat sempurna dan dia profesional, sukar untuk mencari yang lebih baik darinya.”

“Dan disatu sudut lain, ada seorang pemain yang mempunyai tubuh kecil seperti Messi, beliau menjadikan semuanya nampak mudah. Oleh itu saya mungkin lebih suka dia sebagai seorang pemain diatas padang. Tetapi Cristiano juga seorang pemain yang mengagumkan.”

Kedua-dua pemain itu masih hebat walau sudah berusia seperti sekarang.
Aksi dan bakat yang dipamerkan tidak seperti pemain seusia mereka.

Klopp sendiri mengakui bahawa beliau berfikir ada sesuatu yang membantu kedua-dua pemain itu untuk menjadikan mereka terbaik sepanjang zaman.

“Apa yang sama tentang kedua-dua pemain ini adalah mereka berdua telah meninggalkan jejak langkah dalam bola sepak untuk tempoh waktu yang cukup lama.”

Jelas pengurus berusia 52 tahun itu.

“Terdapat juga beberapa pemain muda yang mempunyai potensi yang sama, tetapi untuk capai apa yang mereka capai hingga ke usia sekarang ia sesuatu yang luar biasa.”

Klopp pernah bertemu kedua-dua pemain tersebut sewaktu bersama Borussia Dortmund dan Liverpool dan yang terbaru ketika Messi berjaya menjaringkan gol yang cantik dalam pertemuan di liga Juara-juara musim lalu.

Perlawanan itu kini dianggap sebagai salah satu come back terbaik milik Liverpool selepas bangkit mara ke perlawanan akhir dengan kemenangan 4-0 di Anfield sebelum tewas 3-0 di Nou Camp.

Messi menjaringkan gol sepakan percuma yang cukup cantik menewaskan Alisson ketika kemenangan Barca 3-0 ke atas Liverpool di leg pertama.

Klopp pernah beberapa kali bertemu Ronaldo dengan yang terbaik adalah pada tahun 2013 yang mana beliau berjaya membawa Dortmund mara ke perlawanan akhir liga Juara-juara dengan menewaskan Real Madrid di peringkat separuh akhir.

BACA:  Kisah Liverpool Yakin Sudah Berjaya Beli Cristiano Ronaldo Pada Harga £4 Juta