Pandangan Luke Shaw berkait Kepulangan Semula Cristiano Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter

Luke Shaw baru-baru ini telah mendedahkan tentang bagaimana kepentingan Cristiano Ronaldo terhadap bilik persalinan Manchester United pada ketika ini.

Beliau turut mendedahkan tentang bagaimana kehadiran bintang Portugal itu menghadirkan impak yang sangat berbeza di atas padang.

Untuk kebanyakkan peminat, kepulangan semula Cristiano Ronaldo ke bumi Old Trafford merupakan lebih dari sekadar penandatanganan mega.

Hal ini kerana melihatkan sumbangan pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu di luar padang turut memainkan peranan yang cukup penting.

Bagi pemain left-back United, Luke Shaw, perbezaan yang dibawa oleh bintang berusia 36 tahun itu sejak ketibaannya sangat sukar untuk dijelaskan.

Penandatanganan semula Cristiano Ronaldo dari Juventus pada hari terakhir sebelum jendela perpindahan ditutup, merupakan kisah paling mengejutkan pada musim panas lalu.

Ia bukan hanya kerana United berjaya menandatangani semula bintang terhebat dalam dunia bola sepak, namun ia juga kisah bagaimana penantian peminat untuk melihat wira terhebat sepanjang zaman mereka kembali beraksi di bumi Old Trafford.

Beliau dengan segera meninggalkan impak yang sungguh menakjubkan di atas padang, dengan meledak dua gol ketika debutnya bertemu Newcastle United.

Ronaldo turut berjaya menjaringkan gol ketika aksi bertemu Young Boys dan Villarreal dalam aksi saingan Champions League.

Hal itu menyebabkan Shaw memuji Ronaldo dan mengakui skuad United pada ketika ini banyak belajar dari bintang Portugal itu tentang bagaimana beliau menguruskan dirinya sendiri.

“Kamu lihat bagaimana cara dia menguruskan diri dia sendiri, bagaimana profesionalnya dia. Ia sangat jelas untuk saya tentang mengapa beliau berada di puncak dalam tempoh yang cukup lama.”

“Mentaliti dia juga antara kelebihan yang dia ada. Saya rasa dia dah ubah mentaliti kami semua dalam bilik persalinan.”

Walaupun Ronaldo berjaya mempamerkan aksi persembahan yang menakjubkan bersama United pada ketika ini, namun persembahan setan merah masih tidak menentu.

Manchester United hanya mampu mengutip 14 mata sahaja dari tujuh perlawanan mereka, dan ia bukanlah satu permulaan yang baik untuk pasukan pilihan seperti setan merah.

Aksi hebat Ronaldo yang kerap menjaringkan gol penting turut membantu beliau untuk dinobatkan sebagai pemain terbaik dalam saingan Premier League bulan ini.

Walau ada juga pihak yang mengecam Ronaldo, namun tidak dinafikan yang beliau sememangnya nadi penting dalam sistem kendalian Ole Gunnar Solskjaer pada ketika ini.

Melihat kepada barisan pemain yang setan merah miliki pada ketika, mereka sebenarnya jelas boleh dianggap pasukan pilihan utama untuk mencabar kejuaraan liga.

Namun persembahan mereka di atas padang, tidak menunjukkan yang mereka mampu untuk mencabar kejuaraan liga pada musim ini.

Solskjaer jelas perlu lakukan sesuatu, dan mengubah taktikal beliau yang sering mengundang kecaman itu untuk mendapatkan hasil yang lebih positif.

Tugas berat menantinya selepas ini, dengan United akan bertemu Leicester City selepas kembali dari rehat antarabangsa, sebelum bertemu Atalanta dalam aksi saingan Champions League.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Kerana Bengang, Penyokong United Ini Nekad Bakar Jersi 'CR7'
Share on facebook
Share on twitter