Panenka Indah Nian Messi Melengkapkan Kebangkitan Sensasi PSG

Lionel Messi semakin mendapatkan rentak permainan beliau kembali dan telah membantu Paris Saint Germain (PSG) mencatatkan kemenangan melalui satu kebangkitan sensasi yang pasti diingati peminat pasukan Kota Paris itu.

Lebih menarik dan menjadi satu penutup yang sempurna apabila kemenangan PSG itu diperoleh melalui melalui satu sepakan panenka yang sungguh indah nian lagi menawan.

Penalti telah diberikan kepada PSG selepas pemain pertahanan RB Leipzig, Mohamed Simakan telah menjatuhkan Kylian Mbappe di dalam kotak.

Sepakan penalti, Liverpool pun menang dengan sepakan penalti tapi teknik sepakan panenka itu menjadi kemenangan ini istimewa tambahan pula dilakukan oleh Lionel Messi.

Sepakan penalti panenka bukanlah satu teknik yang semudah kita lihat dan memerlukan teknik serta keyakinan yang tinggi untuk melakukannya kerana panenka boleh bertukar menjadi petaka.

Sepakan Penalti yang digelar Panenka dicipta oleh Antonín Panenka di mana sepakan dibuat dengan chip yang lembut ke tengah gol dan menjunam masuk dengan begitu mengasyikkan serta mempesonakan.

Panenka menjadi ikonik dan cap dagang kepada empunya badan kerana jaringan inilah yang mengesahkan Czechoslovakia sebagai juara EURO 1976 ketika menewaskan Jerman Barat di penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2.

Sepakan ini kemudian ditiru dengan jayanya oleh Zinedine Zidane, Omar Abdulrahman, Andrea Pirlo, Robin van Persie, Shebby Singh, Nazrin Nawi, Svetoslav Dyakov, Antonio Cassano, Pato dan ramai lagi.

PSG bermula baik dan penuh meyakinkan dalam perlawanan menentang RB Leipzig ini apabila Kylian Mbappe yang kembali berbisa meletakkan PSG di depan pada minit ke-9.

Gol berpunca dari satu serangan balas, Julian Draxler menghantar bola kepada Kylian Mbappe ketika situas dua lawan dua. Mbappe secara solo membawa bola ke atas.

Julian Draxler tiba di kanan bagi membantu serangan namun Mbappe memilih untuk terus melakukan satu rembatan penuh pantas lagi mengelirukan.

Andre Silva menyamakan kedudukan pada minit ke-28 dan kedudukan ini kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Walaupun PSG menguasai perlawanan dengan 72 peratus, RB Leipzig merupakan pasukan lebih baik dan efektif ketika dalam mencipta peluang dan serangan.

Sepanjang 45 minit pertama RB Leipzig melakukan 8 percubaan dengan 3 percubaan tepat berbanding PSG yang melakukan hanya 6 percubaan dan 1 percubaan tepat walaupun menguasai perlawanan.

Pada minit ke-57, RB Leipzig meneruskan kebangkitan apabila mendahului perlawanan melalui jaringan Nordi Mukiele.

Namun gol tersebut hanya bertahan selama 10 minit sahaja apabila Lionel Messi menyamakan kembali kedudukan.

Kesilapa RB Leipzig membolehkan Kylian Mbappe merampas bola dan terus melorongkan bola kepada Messi. Percubaan Messi terkena tiang namun Messi cepat datang menolak masuk.

Pada minit ke-74, Mohamed Simakan telah menjatuhkan Kylian Mbappe dan Messi menyempurnakan penalti dengan sepakan panenka untuk PSG kembali mendahului 3-2.

Pada masa kecederaan, penjaring gol RB Leipzig, Andre Silva telah menjatuhkan Achraf Hakimi dan inilah peluang Messi untuk mencetak hatrik.

Messi tidak tamak lalu memberi Mbappe mengambil sepakan dan Mbappe membuat satu penalti yang dahsyat tinggi melepasi palang dan bola terus menuju ke planet Marikh.

Mbappe pun bagi la Messi hatrik. Walaupun gagal menyempurnakan sepakan penalti tiga mata menjadi milik PSG yang mengumpul 7 mata selepas tiga perlawanan.

RB Leipzig pula berada ditangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata dan sebarang kemenangan.

PSG’s starting line-up (4-3-3): Keylor Navas; Achraf Hakimi, Marquinhos, Presnel Kimpembe, Nuno Mendes; Idrissa Gueye, Ander Herrera, Marco Verratti; Lionel Messi, Kylian Mbappe, Julian Draxler.

RB Leipzig’s starting line-up (4-2-3-1): Peter Gulacsi; Lukas Klostermann, Mohamed Simakan, Willi Orban, Nordi Mukiele; Amadou Haidara, Konrad Laimer; Christopher Nkunku, Tyler Adams, Angelino; Andre Silva.

BACA:  Maksud Di Sebalik Lapan Rekaan Cincin Emas 14 Karat Oleh Adidas Untuk Raikan Ballon d'Or Messi