Panenka Merecik Memphis Depay Singkirkan Juventus

Sepakan penalti Panenka penuh bersahaja lagi bergaya daripada Memphis Depay sudah cukup untuk membantu Lyon menyingkirkan Juventus dari saingan Champions League musim 2019/20.

Lyon terlebih dahulu berada dihadapan pada minit ke-12 melalui sepakan penalti Memphis Depay selepas Rodrigo Bentancur menjatuhkan Houssem Aouar ketika cuba merampas bola.

Satu penalti kontroversi kerana Rodrigo Bentancur jelas dilihat berjaya mendapat bola terlebih dahulu dan pengadil tidak merujuk kepada Video Assistant Referee(VAR).

Sebelum penalti hadir, Gonzalo Higuan dijatuhkan ditengah padang tetapi pengadil meneruskan perlawanan yang menghasilkan penalti.

Panenka yang sungguh indah dan berisiko tinggi dari Memphis Depay.

Ini bukanlah kali pertama, Depay menjaringkan penalti melalui sepakan Panenka satu teknik yang sukar dan berisiko tinggi serta memerlukan keyakinan yang tinggi.

Dalam perlawanan ini, Juventus berjaya menewaskan Lyon dengan keputusan 2-1 namun tetap tersingkir dengan agregat 2-2 hasil kelebihan gol ditempat lawan yang dimiliki Lyon.

Kedua-dua jaringan Juventus telah dijaringkan oleh pemain veteran sensasi berusia 35 tahun, Cristiano Ronaldo melalui sepakan penalti dan sepakan luar kotak penalti yang padu.

Sepakan Penalti yang digelar Panenka dicipta oleh Antonín Panenka di mana sepakan dibuat dengan chip yang lembut ke tengah gol dan menjunam masuk dengan begitu mengasyikkan serta mempesonakan.

Panenka menjadi ikonik dan cap dagang kepada empunya badan kerana jaringan inilah yang mengesahkan Czechoslovakia sebagai juara EURO 1976 ketika menewaskan Jerman Barat di penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2.

Depay Kembali Menyerlah Selepas Tinggalkan Setan Merah

Pemain Belanda, Memphis Depay telah menyertai kelab Perancis, Olympique Lyon menerusi satu perpindahan yang dianggarkan bernilai sekitar £16juta selepas agak merana bersama Setan Merah

Depay menyertai United dengan reputasi yang cukup tinggi iaitu pemain terbaik Eredivise, namun selepas dua tahun di Old Trafford, nasib Depay bagaikan ‘untung sabut timbul, untung batu tenggelam’.

Setibanya di Old Trafford, Depay memakai jersi nombor 7 dan terus digelar The Next Cristiano Ronaldo, tetapi telah terbukti bertukar menjadi The Next Djemba-Djemba. Dari wonderkids menjadi wonderpet.

https://www.facebook.com/watch/Sport24sata/

Pemain sayap Olmypique Lyon, Memphis Depay percaya beliau menjadi pemain yang lebih baik selepas mengambil keputusan untuk meninggalkan Manchester United pada Januari 2017.

Depay dibawa masuk ke Old Trafford oleh bekas pengurus Netherlands, Louis Van Gaal pada tahun 2015 tetapi gagal mempamerkan prestasi sebenar sepanjang 19 bulan bermain dengan kelab tersebut. Beliau melakukan 53 penampilan bersama Red Devils, dan hanya mampu menjaringkan 7 gol dan 6 assists.

Ketibaan Jose Mourinho pada musim panas 2016 menjadikan keadaan bertambah sukar buat Depay dan beliau hanya mampu beraksi dalam 4 perlawanan Liga Perdana Inggeris sahaja sepanjang bermain di bawah Mourinho.

Karier Depay kembali ke landasan yang betul selepas menyertai Lyon dan beliau telah menjadi pemain yang penting untuk Lyon.

BACA:  Senarai Bekas Bakal 'The Next Cristiano Ronaldo' Yang Gagal Di Old Trafford