Paris Saint German Minat Jurgen Klopp

Jurgen Klopp – siapa tak kenal dengan bapa pembangunan bola sepak Liverpool pada era moden ini.

Sejak mengendalikan kelab Merseyside ini pada 2015, dia berjaya menjadikan Liverpool satu pasukan yang ditakuti, selepas bertahun menjadi pasukan ayam brand yang penuh jenaka.

Musim lalu dia berjaya membawa pula piala teragung bagi kelab bola sepak – Liga Juara-Juara Eropah, dan bulan ini  Piala Dunia Kelab FIFA.

Pasukan Sang Merah itu juga kini dalam keadaan terbaik untuk memenangi Liga Perdana Inggeris buat pertama kali dalam sejarah kelab.

Bila dah power macam ni, mesti ada pasukan yang kaya berminat dengan dia, dan pasukan tersebut adalah gergasi Perancis – Paris Saint German.

Semua orang tahu bahawa PSG ini digelar JDT Perancis dan selalunya akan menawarkan kontrak yang luar biasa kepada sesiapa sahaja pemain atau jurulatih yang mereka mahukan.

Akan tetapi, sebagai seorang insan yang mulia, Klopp yang baru sahaja menandatangani kontrak jangka masa panjang sehingga 2024, telah menegaskan bahawa dia tidak akan meninggalkan Anfield.

Klopp dilaporkan dihubungi pengarah sukan PSG, Leonardo, dan mereka telah berbual di telefon selama satu jam. Leonardo dikatakan berkongsi dengan Klopp tentang perancangan masa depan pasukan pasukan ibu kota Perancis tersebut, namun Klopp menegaskan bahawa hatinya kekal di Anfield.

Dengan penegasan ini, Klopp menaikkan lagi imejnya di kalangan penyokong Liverpool dan juga melonjakkan moral para pemain untuk kekal fokus terhadap cabaran-cabaran yang mendatang.

Berita : Mirror

Baca Juga

Baca Juga