Pasukan Carlos Teves Tidak Layak ke ACL

Pasukan Liga Super China, Shanghai Shenhua gagal layak ke peringkat kumpulan Liga Juara-juara Asia apabila tewas kepada pasukan dari Australia, Brisbane Roar di laman sendiri hasil jaringan Brandon Borrello dan Tommy Oar.

Shenhua sebelum ini mengejutkan seluruh dunia apabila membeli Carlos Tevez dari Boca Juniors dan menjadikan bekas pemain Juventus itu pemain yang menerima gaji termahal di dunia.

Pasukan  bimbingan Gustavo Poyet itu agak malang apabila cubaan demi cubaan berjaya diselamatkan penjaga gol Brisbane dan tidak menepati sasaran, meskipun mereka menguasai perlawanan. Setelah perlawanan tamat, pasukan Shenhua dicemuh penyokong.

Berikutan kekalahan ini, Shenhua telah memohon maaf kepada peminat dan penyokongnya melalui satu kenyataan di laman rasminya.

“Di atas keputusan yang memalukan pada hari ini, kami dengan ini memohon maaf kepada penyokong yang terpaksa mengharungi kesejukan untuk hadir ke stadium dan memberi sokongan kepada Shenhua.

“Para pemain telah melakukan yang terbaik dan kami semestinya mahukan kemenangan ini seperti anda, tetapi kadang-kadang bola sepak boleh menjadi sangat zalim. Kalau peluang dibazirkan, kemenangan akan menganjak jauh dari anda. Amat sukar tetapi kami tidak mempunyayi pilihan. Tetapi, kami tidak akan berputus asa.

“Semangat Shanghai Shenhua tidak akan hilang hanya kerana satu perlawanan. Kami akan semak segalanya dengan halus dan guna pengalaman ini sebagai peringatan yang bermakna di masa hadapan, kami akan lawan dan bersedia untuk melakukan yang terbaik untuk musim baru yang akan datang.”

Shanhua kini hanya perlu memberikan fokus kepada saingan tempatan sahaja tanpa pengelibatan di peringkat Asia, dengan perlawanan pertama Liga Super mereka bertemu satu lagi pasukan yang berbelanja besar merangkap naib juara Liga Super China musim lalu, Jiangsu Suning.

Manakala bagi Brisbane, mereka bakal ditempatkan dalam kumpulan bersama pasukan dari Thailand, Muangthong United, Ulsan Hyundai dari Korea dan Shah Alam Antlers dari Jepun.

Baca Juga

Baca Juga