Pasukan England Dihukum Bermain Tanpa Penyokong dan Didenda

Pasukan kebangsaan England telah dikenakan hukuman bermain tanpa penyokong di mana perlawanan dilangsungkan secara tertutup sebanyak dua perlawanan yang dianjurkan oleh UEFA.

Hukuman ini dikenakan kerana sikap penyokong England yang merusuh di Stadium Wembley semasa perlawanan akhir European Championship (EURO 2020) pada musim panas lalu.

Hukuman ke atas England ini dijatuhkan oleh UEFA:

1. Persatuan bola sepak Inggeris diarahkan untuk bermain dua (2) perlawanan yang dipertandingkan oleh UEFA dengan secara tertutup. Perlawanan kedua pula ditangguhkan untuk tempoh percubaan selama dua tahun dari tarikh keputusan dibuat kerana melanggar arahan dan disiplin di dalam dan disekitar stadium.

2. Persatuan bola sepak Inggeris didenda 100,000 euro kerana melanggar arahan dan disiplin di dalam dan disekitar stadium, menceroboh padang perlawanan, melontar objek dan melakukan gangguan ketika lagu kebangsaan dikeudarakan.

Walaupun dijatuhkan hukuman bermain tanpa penyokong untuk dua perlawanan, namun satu perlawanan sahaja yang akan berkuatkuasa serta merta.

Hukuman kedua hanya akan dikenakan apabila penyokong England mengulangi perbuatan tidak bermoral mereka dalam tempoh percubaan yang dikenakan selama dua tahun.

Sebanyak empat pertuduhan dikenakan ke atas England yang membawa kepada hukuman ini oleh unit kawalan, Etika dan badan disiplin UEFA (CEDB). Menurut kenyataan UEFA sebelum ini:

Kertas siasatan telah dibuka berkait insiden yang berlaku ketika aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020. Pertuduhan yang dikenakan ke atas Persatuan Bola Sepak England:

1. Pencerobohan masuk ke dalam padang permainan oleh penyokong – Artikel 16(2) (a) mengikut peraturan disiplin UEFA (DR)

2. Melontar objek oleh para penyokong – Artikel 16(2) (b) DR

3. Kekacauan yang dicetuskan oleh penyokong ketika nyanyian lagu kebangsaan – Artikel 16(2) (g) DR

4. Menyalakan bom suar/ bunga api oleh para penyokong – Artikel 16(2) (c)

Penyokong-penyokong dungu itu juga telah menimbulkan kekecohan yang melampau dan turut mencetuskan pergaduhan sesama mereka.

Kebanyakan penonton mengeluh kerana tempat mereka telah diambil oleh si dungu yang merempuh masuk stadium tanpa tiket itu.

Lantaran kekecohan ini, penyokong England juga telah melanggar SOP kawalan wabak yang melanda dunia ketika ini dengan merempuh tempat pemeriksaaan.

Penyokong England Bertumbuk dan Merusuh di Final EURO 2020

Telah berlaku insiden yang tidak diingini ketika sebelum bermulanya aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020 yang menemukan England bertemu Itali awal pagi tadi.

Para penyokong The Three Lions didakwa telah bertumbuk sesama sendiri, sehingga menimbulkan kekecohan dan menyebabkan pihak polis masuk campur untuk meleraikan pergaduhan itu.

Terdapat rakaman yang memperlihatkan para penyokong England bertumbuk sesama sendiri ketika mereka sedang dalam perjalanan masuk ke Wembley sejam sebelum sepak mula perlawanan akhir Euro 2020.

Sehingga kini masih belum ada sumber rasmi yang boleh mengesahkan mengapa berlakunya pergaduhan besar itu.

Namun pihak polis berjaya mengawal keadaan dan meleraikan kesemua penyokong yang saling bertumbuk sesama sendiri itu.

Ribuan penyokong turun ke Wembley untuk menyaksikan perlawanan akhir tersebut dan ia terlalu ramai untuk segerombolan manusia di luar Box Park venue.

Peminat UFC yang salah venue, patut pergi tengok McGregor kena lunyai bukan tengok bola

Segelintir penyokong England di dalam rakaman tersebut dilihat saling bertumbuk dan mereka turut melakukan beberapa gerakan MMA sesama sendiri.

Antara gerakan yang digunakan ketika insiden pergaduhan itu adalah, tumbukan tanpa bayang, tendangan Rashford, Triangle Choke, Power Slam, Drop Kick, Karate kick dan macam-macam lagi.

Namun terdapat laporan yang menyatakan bahawa situasi tersebut berjaya dikawal dengan segera, selepas pihak Polis bertindak tegas dalam menenangkan keadaan.

Penyokong-penyokong yang mungkin dari kalangan hooligans atau apa saja kumpulan penyokong yang ada itu turut cari pasal dengan Rio Ferdinand ketika beliau sedang dalam perjalanan untuk masuk ke stadium.

Legenda Manchester United itu tiba lebih awal kerana beliau ditugaskan untuk jadi penyampai bersama BBC One dan beliau turut jadi mangsa kekecohan penyokong tak berakal itu.

Terdapat gambar yang memperlihatkan bagaimana kepala Ferdinand telah dilempar dengan tin beer ketika beliau melalui kawasan yang sedang berlaku kekecohan itu.

Tin beer kena kepala Ferdinand

Bekas pemain bola sepak dan kini menjadi pundit, Chris Kamara turut melalui situasi yang sama ketika perjalanan beliau untuk masuk ke Wembley stadium.

Beliau telah menceritakan pengalamannya melalui detik tersebut di laman twitter miliknya dengan menyatakan:

“Perjalanan yang mengerikan untuk masuk ke Wembley, berjalan sambil mengelak botol dan beer yang berterbangan di udara dan berjalan di atas kaca-kaca pecah sepanjang perjalanan.”

“Kenapa dengan mereka semua ini?”

Tidak lama selepas insiden tersebut, terdapat segerombolan penyokong England yang menyerbu masuk ke Wembley stadium selepas merempuh pagar hadapan.

Mujur saja pihak stadium mengesahkan yang kesemua mereka yang merempuh masuk ke stadium itu sememangnya mempunyai tiket bukan masuk secara haram.

Aksi Penyokong bijak ada tiket tapi masih nak rempuh pagar

Ada tiket tapi masih nak main rempuh-rempuh, bijak kan?

Pihak stadium kemudiannya mengeluarkan kenyataan berkait situasi yang berlaku dengan menyatakan:

“Kami berdepan dengan insiden yang berlakunya kekecohan di luar kawasan stadium di antara pengawal dengan penyokong dan dibantu oleh pihak polis.”

“Tahap kawalan dengan segera dipertingkatkan di kawasan tertentu dan tidak ada sesiapa yang melanggar peraturan dengan memasuki stadium tanpa tiket.”

Pertunjukan lempar melempar di Leicester

Terdapat juga kekecohan yang berlaku di Leicester Square dengan kawasan tersebut dipenuhi botol, sampah dan segala macam objek yang mengganggu pemandangan.

Ia terjadi kerana ratusan penyokong yang berkumpul di kawasan tersebut turut terlibat dengan insiden baling membaling sesama sendiri.

Ia menunjukkan pemandangan yang sangat memalukan di kawasan pusat bandar itu menjelang aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020.

England sememangnya belum pernah memenangi Piala kejuaraan European Championship sebelum ini, dan mereka kali ini merasakan peluang untuk melihat Piala tersebut kekal di bumi Baginda Ratu sangat cerah.

Terdapat juga laporan yang menyatakan ada segelintir penyokong England turut menyerang penyokong Itali dan memukul penyokong Azzuri yang ada di sekitar Wembley.

Sampah-sampah yang mengganggu pemandangan indah

Kali terakhir skuad The Three Lions beraksi di pentas perlawanan akhir dan memenangi Piala adalah ketika aksi Piala Dunia edisi 1966.

Mereka pada ketika itu turut menjulang Piala pertama dalam sejarah negara di bumi England dan sehingga kini, masih belum ada tambahan Piala yang berjaya dilakukan.

England terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-2 permainan menerusi Shawberto Carlos seterusnya meletakkan The Three Lions semakin bernafsu untuk menang dalam perlawanan ini.

Walau bagaimanapun, Leonardo Bonucci berjaya memadam gol pendahuluan tersebut selepas beliau merobek gawang gol England pada aksi babak kedua permainan.

Jaringan Bonucci berjaya membantu Itali untuk mengikat kedudukan seterusnya mengheret perlawanan ke masa tambahan.

https://twitter.com/nasawali_phame/status/1414381099858399234?s=19

Selepas menghabiskan 30 minit aksi tambahan masa, kedua-dua pasukan masih gagal untuk memperoleh tambahan jaringan, seterusnya pemenang akan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Itali mempunyai kelebihan dari segi penentuan sepakan penalti kerana mereka sudah melalui hal itu diperingkat separuh akhir, dan para pemain mereka juga mempunyai pengalaman yang cukup untuk berdepan dengan tekanan.

England pula mungkin dilihat mempunyai kelebihan kerana mereka beraksi di halaman sendiri dengan sokongan dari para penyokong memainkan peranan penting dalam situasi seperti itu.

Domenico Berardi, Bonucci dan Federico Bernardeschi kesemuanya berjaya menewaskan Jordan Pickford ketika aksi penentuan sepakan penalti tersebut.

Walau bagaimanapun, kedua-dua Andrea Belotti dan Jorginho gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut selepas penjaga gol England berjaya menyelamatkan sepakan mereka.

Kedua-dua Harry Kane dan Harry Maguire menjaringkan dua gol awal untuk England ketika aksi penentuan sepakan penalti menewaskan Gianluigi Donnarumma.

Namun begitu, dua pemain gantian yang dibawa masuk untuk aksi penentuan sepakan penalti, Sancho dan Marcus Rashford gagal untuk menyempurnakan tugas mereka.

Donnarumma kemudiannya menjadi wira Itali selepas beliau dengan tenang menafikan rembatan dari Bukayo Saka, seterusnya mengesahkan kemenangan untuk skuad The Azzuri.

Sumber: The Mirror

Baca Juga

Baca Juga