Pasukan FA Negeri Yang Pernah Tersungkur ke Liga FAM

Pasukan Perlis sudah mengesahkan kelayakan mereka ke arena bola sepak professional, Liga Perdana 2016, setelah menewaskan Real Mulia FC 2-0 di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar.

Jika sejarah bola sepak Malaysia disemak kembali, Perlis merupakan salah satu dari pasukan bola sepak negeri (dengan kata lain pasukan FA) yang pernah jatuh ke divisyen 3 piramid bola sepak Malaysia, sejak Liga Super Malaysia mula diperkenal pada tahun 2005.

Masalah pengurusan dan kewangan boleh dikatakan menjadi punca utama kegagalan setiap pasukan yang pernah terjerumus ke divisyen 3 tersebut. Berikut adalah senarai pasukan yang pernah jatuh terpeleot ke liga FAM.

Perlis

3358705769_91d2808af6
Kenangan manis Perlis menjuarai Piala Malaysia 2006

Singa Utara pernah menjuarai Liga Super Malaysia pada 2005, dan memenangi Piala Malaysia pada 2004 dan 2006. Prestasi pasukan ini terus konsisten sebagai pencabar utama Liga Super untuk beberapa tahun berikutnya.

Bermula tahun 2010, prestasi Perlis merosot di mana mereka sekadar menduduki tempat ke 12 dari 14 pasukan Liga Super, walaupun menduduki tangga kedua liga pada tahun sebelumnya, dan akhirnya diturunkan ke Liga Perdana pada musim 2012, setelah menduduki tempat tercorot Liga Super pada 2011.

Nasib Perlis tidak berubah apabila berlaku masalah kepimpinan di Perlis FA dan prestasi pasukan semakin merudum ibarat nilai Ringgit Malaysia apabila secara istikamah menduduki tangga bawahan Liga Perdana. Penyokong semakin berkurang ke stadium. Kewangan semakin parah.

Akhirnya, sleeping giant  ini tersungkur dan bermain di Liga FAM pada 2015. Bagaimanapun, di bawah kendalian Yusri Che Lah, Perlis berjaya menjuarai Liga FAM kumpulan A, dan sekaligus melayakkan mereka bermain di Liga Perdana selepas hanya semusim di divisyen 3 piramid bola sepak Malaysia.

Melaka

1495330_1641270742767661_5142325019671358536_o

    Melaka United – bakal beraksi di Liga Perdana   musim 2016

Dalam sejarah bola sepak Malaysia, Melaka hanya pernah sekali menjuarai Liga Malaysia iaitu pada tahun 1983, pada tahun Lim Teong Kim memulakan karier bola sepaknya. Namun selepas itu, bola sepak Melaka gagal menjuarai mana-mana kejohanan utama anjuran FAM.

Lebih pilu lagi, Melaka terjerumus ke Liga FAM setelah menduduki tangga ke 11 dari 12 pasukan Liga Perdana pada tahun 2010. Pasukan Hang Tuah ini merupakan pasukan FA yang paling lama bermain di Liga Divisyen 3 semenjak Liga Super Malaysia diperkenalkan pada tahun 2004, iaitu dari 2011 hingga 2015.

Nasib Melaka berubah apabila pucuk pimpinan Melaka FA bertukar. Menteri besar, Datuk Wira Idris Haron yang mengambil alih kerusi Presiden MAFA, dan melakukan penjenamaan semula kepada Melaka United Soccer Association (MUSA), dan pasukan Melaka lebih dikenali dengan Melaka United.

Menariknya, Melaka United telah didaftarkan sebagai kelab bola sepak yang menurut syarat-syarat penswastaan oleh FMLLP.

Pada tahun 2015, di bawah kendalian Mat Zan Mat Aris, Melaka United dilihat hampir pasti menjuarai kumpulan B liga FAM dan layak ke Liga Perdana Malaysia 2016. Kini Melaka menuju puncak gemilang cahaya bakal bermain di Liga Super untuk musim 2017.

Kelantan

hqdefault
Kelantan adalah pasukan kedua selepas Kedah menjadi ‘treble wInner’ pada tahun 2012

Sebelum era pentadbiran Tan Sri Annuar Musa (TSAM), bola sepak Kelantan tidak banyak mempunyai sejarah yang boleh dibanggakan. Mereka hanya sekali layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia sebelum tewas kepada Perak pada tahun 1970. Pada tahun 1993, mereka bermain sehingga ke separuh akhir piala Malaysia sebelum tewas kepada juara pada tahun tersebut, Kedah.

Masalah pengurusan dan kewangan menjadi aspek utama kegagalan Kelantan mencapai pencapaian yang lebih baik dalam lipatan sejarah bola sepak negara. KAFA diterajui Wan Hashim Wan Daud dari tahun 1991 sehingga 2004, di mana sejarah hitam bola sepak Kelantan telah berlaku.

Kelantan menduduki tangga terbawah Liga Perdana pada 2004, dan tersingkir ke liga FAM pada tahun 2005. Kerusi presiden KAFA bertukar tangan apabila Ahmad Jazlan Yakkub, sorang ahli perniagaan, mengambil alih.

Kelantan menjuarai liga FAM pada tahun tersebut setelah menewaskan Shahzan Muda FC dan kembali ke era bola sepak professional pada tahun 2006. Ahmad Jazlan memberi laluan kepada TSAM untuk menjadi presiden KAFA pada tahun 2007, dan seperti kata orang putih, the rest is history.

Pulau Pinang

FAP2-300x397
Legenda Pulau Pinang – Merzagua Abderrazak

Pulau Pinang adalah merupakan antara kuasa besar bola sepak Malaysia antara 1950-1970-an. Dalam tempoh tersebut, skuad Harimau Kumbang ini telah memenangi Piala Malaysia pada tahun 1953,1954, 1958 dan 1974. Pada tahun 2001 di bawah kendalian Irfan Bakti, Pulau Mutiara ini berjaya memenangi Liga Perdana (ketika itu Liga Perdana adalah liga divisyen 1).

Sewaktu musim 2008, pasukan Pulau Pinang dilanda masalah kewangan dan masalah ini berlarutan selama beberapa tahun. Lebih teruk lagi, ada pemain yang tidak dibayar gaji sehingga empat bulan!

Prestasi pasukan terus merudum dan pada tahun 2001, mereka terjerumus ke dasar Liga Perdana setelah hanya mengutip 4 mata dari 22 perlawanan. Pulau Pinang menghadapi saingan Liga FAM pada tahun 2012, dengan melantik jurulatih baru, Janos Krescka dan mereka sekadar menduduki pertengahan liga.

Tidak berpuas hati prestasi pasukan, pihak pengurusan bertindak melantik pemain import legenda Pulau Pinang dari Maghribi, Merzagua Abderrazak dan hasilnya, mereka berjaya menjuarai Liga FAM pada tahun 2013, dan layak untuk bermain di Liga Perdana pada tahun 2014. Tetapi sayang, khidmat Merzagua tidak dapat diteruskan kerana syarat FAM menyatakan jurulatih pasukan Liga Perdana dan Liga Super perlu mendapatkan lesen kejurulatihan kelas A. Kini Penang sedang bangkit untuk kekal di Liga Super untuk musim hadapan setelah melalui kemerosotan di pertengahan musim.

Baca juga : Pulau Pinang berpeluang menjuarai Liga Perdana

Kuala Lumpur

Azman Adnan - memulakan karier bersama skuad warga kota.
Azman Adnan – memulakan karier bersama skuad warga kota.

Kuala Lumpur menjadi pasukan FA yang pertama terjerumus ke Liga FAM, dan naik ke liga Perdana dan turun kembali. Prestasi yang terumbang-ambing sepanjang musim 2015 menyebabkan mereka gagal membina momentum untuk sekurang-kurangnya naik ke pertengahan liga.

Lebih teruk lagi, pasukan warga kota ini dikaitkan dengan aktiviti menjual perlawanan, malah ultrasnya pernah menyerang seorang lelaki di dalam stadium yang disyaki sebagai seorang bookie.  Kuala Lumpur yang sepatutnya sekali lagi tersingkir ke saingan Liga FAM 2016 selepas menduduki tangga ke-11 daripada 12 pasukan Liga Perdana musim lalu kekal beraksi musim 2016 bagi melengkapkan kuota 12 pasukan bertanding.

Kuala Lumpur kekal disebabkan Lions XII tidak lagi beraksi di Liga Super dan tempat Lions XII digantikan T-Team yang menang perlawanan Play Off menentang ATM. Nyata Kuala Lumpur tidak mensia-siakan peluang kedua apabila menjadi pencabar kejuaraan Liga Perdana musim ini sebelum mengalami sedikit kemerosotan prestasi di hujung musim tetapi kedudukan Kuala Lumpur selamat di Liga Perdana untuk musim hadapan.

Alangkah sedihnya melihat pasukan yang pernah menjulang nama Azman Adnan, Shahrin Majid, Yap Wai Loon dan Shebby Singh ini terkulai layu bagai teratai di tasik madu. Tetapi musim ini prestasi mereka amat membanggakan. 

Baca Juga

Baca Juga