Bekas penjaga gol Arsenal, Jens Lehmann percaya Arsenal ‘Invincibles’ lebih baik dari pasukan Liverpool ketika ini.
Lehmann adalah sebahagian daripada satu-satunya pasukan yang menjuarai Liga Perdana dengan tidak terkalahkan pada musim 2003/04 di bawah Arsene Wenger.
Liverpool pasukan terhebat di muka bumi hanya kehilangan dua mata sahaja sepanjang musim ini, mereka hanya seri satu perlawanan ketika menentang Manchester United dan telah memenangi kesemua 25 perlawanan lain.
Just watched a really depressing Arsenal Vs Liverpool match from the invincible season. A defence which could properly mark and press, Lehman on goal, Viera in Midfield and Henry, Pires, and Bergamp helping win 4-2 after being down twice. What happened?
— Anish (@AnishParajuli6) April 18, 2018
Sebagai pasukan terhebat di muka bumi, Liverpool sudah banyak memecahkan rekod di pentas Liga Perdana Inggeris. Satu musim yang cukup cemerlang oleh pasukan kendalian Jurgen Klopp ini.
Menerajui Liga dengan 76 mata daripada 26 perlawanan, Liverpool sudah hampir pasti menjuarai Liga Perdana musim ini. Di masa yang sama Liverpool dalam pemburuan untuk memecahkan rekod Invicible yang pernah dilakukan oleh Arsenal.
Tetapi ketika Jurgen Klopp di puji atas kejayaan pasukan bimbingannya, Lehmann tampil dan dengan yakin mengatakan bahawa jika pasukannya yang bermain sekarang dan bertemu Liverpool sudah pasti pasukan Liverpool akan di tewaskan.
Liverpool kids win FA Cup replay against Shrewsbury with Jurgen Klopp absent https://t.co/yc5fpIH3OO via @IndianExpress pic.twitter.com/Pl14o7lbQT
— BCABA Network (@BcabaNetwork) February 11, 2020
“Saya fikir pasukan kami akan mengalahkan pasukan Liverpool ini,”
Kata Lehmann di Anugerah Sukan Dunia Laureus di Berlin, menurut Martin Lipton dari The Sun.
“Tidak mudah, tetapi kami akan menang kerana kami mempunyai pemain yang lebih berkualiti berbanding dengan apa yang Liverpool miliki.”
“Sukar untuk membandingkan tetapi apabila saya melihat kualiti individu yang kami ada dan kadar yang kami ada, maka saya fikir kami akan mempunyai kelebihan.”
Sering kali ketika bercakap tentang pasukan Arsenal, banyak yang cepat menunjukkan bahwa Gunners seri 12 perlawanan dalam perjalanan mereka untuk mengangkat trofi.
Liverpool tidak pernah tewas dan hanya mendapat satu keputusan seri 1-1 melawan Manchester United pada bulan Oktober. Namun Lehmann menganggap Liga ketika zaman beliau bermain untuk Arsenal lebih sukar berbanding sekarang.
Can Liverpool produce an invisible this season? https://t.co/DUkNyOUaSN
— @Albanus 10🇰🇪 (@Albanus_10) February 16, 2020
“Saya akan mengatakan bahawa Liga Perdana tidak begitu kuat seperti dahulu”
“Saya tidak mahu mengambil sesuatu dari kejayaan mereka kerana mereka jelas mempunyai pasukan yang hebat. Fakta bahawa mereka hanya mempunyai satu keputusan seri setakat ini menjadikan pencapaian itu lebih istimewa”.
“Kami seri 12 perlawanan namun kebanyakkan keputusan seri itu muncul selepas kami sah bergelar juara di White Hart Lane. Sasaran kami ketika itu hanya untuk menjuarai Liga bukan Invicible.
Liverpool di premier league musim ini.
🏟 26 Games
✅ 25 Wins
🤝 1 Draw
❌ 0 Defeats⚽ 61 Goals Scored
🥅 15 Goals Conceded
🧤 12 Clean Sheets📈 Unggul 25 points dari peringkat ke 2.
🏆 Road to invicible. pic.twitter.com/WEqmZpa95c
— TRIBUN LIVERPOOL INDONESIA (@TribunLFC_INDO) February 18, 2020
Sekiranya Liverpool kekal tidak terkalahkan dalam 12 perlawanan akhir musim ini, Reds akan menerima trofi Emas khas. Sama seperti apa yang Arsenal miliki 16 tahun lalu di Highbury.