Pengambilalihan Newcastle United dari Mike Ashley kepada Syarikat Konsortium Arab Saudi sepertinya mendapatkan tentangan yang dasyat dari 19 kelab dalam saingan Premier League.
Walau bagaimanapun, Simon Jordan menegaskan yang kesemua kelab itu seharusnya menjaga urusan mereka sendiri berbanding sibuk hal pengambilalihan Newcastle.
Selepas tersebarnya berita berkait pengambilalihan Newcastle, kesemua pasukan dalam saingan Premier League telah mengadakan perbincangan segera berkait hal tersebut.
😤 “Mind your own bleedin’ business!”
🤷♂️ “Where’s the rule that says a state can’t own own a football club?”
✅ “Newcastle is a private business that plays in a football league!”@SJOpinion10 slams the PL clubs who are unhappy with the #NUFC takeover. pic.twitter.com/A0eThdXdk8
— talkSPORT (@talkSPORT) October 11, 2021
Kesemua kelab yang lain menentang hal tersebut atas pelbagai alasan, namun urusan pengambilalihan kelab sudah berjaya disempurnakan.
Selepas dimiliki oleh Syarikat Konsortium Arab Saudi, Newcastle United kini sah menjadi pasukan paling kaya dalam dunia bola bola sepak.
The Guardian melaporkan yang pasukan lain percaya, membenarkan Syarikat Konsortium Arab Saudi itu terlibat dengan Premier League, akan menjatuhkan reputasi saingan Liga Perdana Inggeris.
Newcastle United’s takeover has 'been met with backlash from Premier League clubs' – but Simon Jordan insists that they should all ‘mind their own business’ #NUFC
— talkSPORT (@talkSPORT) October 12, 2021
Laporan sama turut mendakwa yang kesemua kelab lain mempertikaikan tentang mengapa urusan pengambilalihan itu dibenarkan oleh Premier League.
Hal ini kerana Syarikat Konsortium Arab Saudi itu sebelum ini turut pernah berusaha untuk mendapatkan Newcastle, namun urusan pengambilalihan itu berakhir dengan kegagalan.
Walau bagaimanapun, bekas chairman Crystal Palace, Simon Jordan percaya yang selagi mana Premier League membenarkan pengambilalihan itu untuk berlaku, kesemua kelab lain tidak perlu untuk ikut campur.
Jordan mendedahkan kepada talkSPORT bahawa:
💷 “They can spend what they want.”
📉 “In the PL you can carry £105m worth of losses over three years.”
🔥 “Newcastle have got a real run at spending money if they want to.”@SJOpinion10 explains by FFP will not hold #NUFC back in the transfer market. pic.twitter.com/tMTRwf9HDu
— talkSPORT (@talkSPORT) October 8, 2021
“Tunjukkan saya peraturan yang menyatakan bahawa negara tidak boleh memiliki kelab bola sepak, kerana saya rasa Sheikh Mansour juga merupakan Perdana Menteri UAR. Jadi Manchester City juga dimiliki oleh negara, dan ia sudah memang wujud.”
“Apa lagi yang boleh diperkatakan oleh 19 pasukan lain? ‘kami tak suka?”
“Apa kaitannya dengan kamu? Ia merupakan perniagaan peribadi yang ada dalam liga bola sepak.”
“Newcastle United pernah dimiliki oleh Mike Ashley. Dia berhak untuk jual kelab bola sepak milik dia kepada sesiapa saja yang dia mahu selagi mana ia masih mengikuti peraturan yang ditetapkan oleh Premier League ke atas kelab bola sepak itu.”
“I missed the memo.” Simon Jordan has admitted he got it wrong in terms of the #NUFC takeover. https://t.co/u53Lx5ajWI
— Matty Hewitt (@MattyJHewitt) October 7, 2021
“Jadi, apa yang mereka lakukan, seolah-olah mereka mahu dia pergi bertemu semua 19 kelab lain sebelum memutuskan kepada siapa dia harus jual kelab dia?”
“Jaga urusan kamu sendiri lebih baik.”
Selepas urusan pengambilalihan Newcastle ini selesai, The Magpies jelas menjadi antara kelab paling kaya dalam dunia bola sepak.
Lebih menarik lagi, Newcastle sudah boleh mula berbelanja pada jendela perpindahan Januari ini, tanpa perlu memikirkan tentang FFP.
According to Daily Mail, all of the big 6 clubs tried to stop the Saudi's takeover of Newcastle! 👀
19 Premier League teams have demanded an emergency meeting to discuss how this was allowed to happen. 😲
What do you make of this? 😬#Arsenal #NUFC #PremierLeague pic.twitter.com/QiDKo1ufGT
— AFTV (@AFTVMedia) October 11, 2021
Pimpinan baru kelab akan berusaha sedaya upaya mereka untuk membawa Newcastle ke puncak kejayaan dengan mereka meletakkan sasaran selama lima ke sepuluh tahun untuk capai matlamat tersebut.
Sumber: talkSPORT