Pasukan Tangga Ke-21 UEL Mahu Tumpangkan Mainoo, Garnacho Dekat Pesawat Membawa Pemain City, Dan Ianya Ditolak

Manchester United mahu menumpangkan 2 pemainnya, Kobe Mainoo dengan Alejandro Garnacho pada pesawat yang dinaiki Man City untuk ke Majlis Ballon d’Or.

Atas semangat abang adik yang seringkali dilaungkan peminat Man United selama ini.

Malangnya usaha untuk United menumpangkan 2 pemain ke majlis penyampaian hadiah dan sijil itu ditolak oleh Man City dengan cara elok sekali tanpa mahu melihat Man United terguris.

Dua pemain tersebut tercalon dalam Anugerah Kopa untuk pemain muda terbaik. Di mana mereka akan berentap dengan nama nama seperti Savinho, Joao Neves dan Lamine Yamal,

Wartawan Mike Keegan melaporkan bahawa INEOS mmahu menumpangkan 2 pemain muda berbakat besar itu di dalam pesawat pemain pemain Manchester City.

Man City menegaskan bahawa flight dah penuh, sebab kelab itu ada 8 pemain yang akan bertolak ke majlis yang sama. Pengurus mereka, Pep Guardiola juga tercalon dalam anugerah itu nanti.

Laporan sama menyebut bahawa kelab mahu menjimatkan kos membuatkan mereka cuba mengelak untuk menyewa pesawat khas untuk 2 pemain itu. Cukuplah menumpang pesawat jiran mereka sambil sediakan wang tongtong beli minyak kat Petron.

Pasukan di tangga ke-21 dalam carta Liga Europa itu sebelum ini mahu mengambil langkah penjimatan. Mereka sudah mengurangkan staf mereka. Kemudian menarik semua pakej khas kepada staf.

Ini termasuk pakej penginapan, tiket perlawanan akhir dan pakej pengangkutan pada final FA Cup musim lalu.

Baru baru ini INEOS mengumumkan satu lagi langkah penjimatan dengan memecat legenda kelab, Sir Alex Ferguson daripada jawatan duta global kelab. United menyatakan bahawa mereka menjimatkan £2.16 juta daripada langkah itu.

Ramai yang menyatakan bahawa ini bukanlah benda aneh. Sebab sebelum pemain pemain Liverpool dan Man City selalu balik bersama. Tetapi fans City menyatakan, itu kes lain. Kerana pemain pemain tersebut pulang daripada tugasan kebangsaan. Untuk majlis seperti ini takkanlah Man United tidak ada maruah untuk menyewa penerbangan atau membeli sahaja tiket penerbangan komersial untuk dua pemain mereka itu.

Garnacho dan Mainoo pemain muda berbakat besar. Walaupun sebelum ini Garnacho pernah dibentes Asnawi.

BACA:  Champions League 2021/22: Atletico Madrid 1-1 Manchester United