Patrice Evra Digantung Marseille Berhubung Insiden Pergaduhan Dengan Penonton

Marseille mengumumkan mereka telah menggantung Patrice Evra serta merta dari tugasan bolasepak selepas pemain pertahanan itu terlibat dengan pergaduhan dengan peminat Marseille sebelum sepakmula perlawanan Europa League Khamis lalu.

Penggantungan Evra dari sebarang aktiviti bolasepak adalah serta merta seperti yang dilaporkan Marseille dan beliau berkemungkinan besar akan menerima hukuman lebih berat lagi selepas ini dari Persatuan Bolsepak Perancis.

Dalam kejadian tersebut, pemain Marseille ketika itu sedang memanaskan badan sebelum turun menentang Vitoria Guimares yang berlangsung di gelanggang lawan, Portugal. Evra dan beberapa pemain Marseille telah menjadi sasaran cemuhan peminat mereka sendiri.

Headshot

Evra gagal menahan perasaan marahnya dan bertindak menendang salah seorang peminat yang berada di tepi padang. Kumpulan peminat itu berjaya memasuki padang tetapi cepat dihalang pihak polis dari terus mencetuskan kekecohan.

Evra cepat ditenangkan salah seorang rakannya tetapi insiden tersebut telah dirakam oleh kamera dan pantas tersebar di media sosial. Insiden serupa pernah berlaku kepada legenda Manchester United, Eric Cantona yang menendang peminat Crystal Palace di Selhurst Park.

Pengadil cepat untuk mengambil tindakan terhadap kekecohan yang berlaku dan melayangkan kad merah kepada Patrice Evra sebelum bermulanya perlawanan. Evra kini menjadi pemain pertama dalam sejarah Europa League dibuang padang sebelum perlawanan bermula.

Walaubagaimanapun, Evra hanya dinamakan sebagai pemain simpanan dalam perlawanan tersebut dan Marseille masih lagi bermain dengan 11 orang pemain.

Suarez bernasib baik tidak diterajang di kepala

Marseille mengesahkan mereka telah membuka kertas siasatan berhubung insiden tersebut manakala UEFA turut melakukan perkara yang sama, dengan Evra buat masa sekarang harus menjalani penggantungan 1 perlawanan sebelum hasil siastan diumumkan.

Masa depan Evra di Marseille semakin samar selepas kelab Perancis itu mengumumkan telah menggantung beliau serta merta dan bakal mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan hukuman lebih lanjut terhadap Evra. Satu kenyataan rasmi dari Olympique Marseille berbunyi:

“Jacques-Henri Eyraud, presiden kelab bolasepak Olympique de Marseille (OM), hari ini telah bertemu dengan Patrice Evra dan memberitahu pemain tersebut telah digantung serta merta dan perlu menghadiri satu temuramah dengan lembaga pengarah sebelum sebarang hukuman disiplin dikeluarkan.”

Evra ke Marseille dari Juventus.

“Tambahan, hasil siasatan awal dari pihak kami menunjukkan tindakan tidak bermoral telah dilakukan kumpulan peminat tersebut dengan mengeluarkan perkataan yang berbaur perkauman kepada pemain-pemain Marseille, walaupun pemain ini sedang memanaskan badan sebelum bermulanya perlawanan yang penting.”

“Sebagai seorang pemain bolasepak profesional dan berpengalaman, Patrice Evra tidak patut memberikan tindak balas sedemikian rupa. Kelab ini akan meneruskan siasatan dan akan mendakwa peminat yang menggunakan topeng peminat OM untuk mencerobohi padang. Peminat sepatutnya menyokong pasukan,bukan mencerca pemain.”

Evra Menyepak Kepala Penyokong Sendiri

Ini merupakan peristiwa pertama dalam sejarah Europa League sejak dijenamkan semula pada 2009 di mana pemain dibuang padang sebelum sepak mula.

Pemain pertahanan Marseille itu dilayangkan kad merah selepas menendang kepala penyokong ketika sesi pemanas badan. Mungkin badan sudah panas maka dilepaskan tendangan ke kepala.

Baca Juga

Baca Juga