Pau Marti Julang Trofi Pertama Bersama Harimau Malaya

Malaysia berdepan dengan Lubnan pada aksi Final Pestabola Merdeka 2024. Malaysia menurunkan skuad terkuat yang ada untuk final kali ini.

Malaysia mara ke final selepas menewaskan pasukan Filipina pada aksi separuh akhir. Sementara Lubnan pula menyingkirkan juara bertahan, Tajikistan pada satu lagi aksi separuh akhir sebelum ini.

Pau Marti bertugas untuk aksi kompetitif keduanya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya setelah mengambil alih jawatan itu daripada Oppa Kim Pan Gon baru baru ini.

Malaysia memiliki peluang awal menerusi sepakan bebas daripada Safawi Rasid yang ditepis oleh penjaga gol Lubnan.

Malaysia mendominasi dengan baik sejak awal perlawanan. Dengan bermain secara agresif dan intensif.

Pada minit ke-32, Stadium Nasional Bukit Jalil gegak gempita dengan jeritan kegembiraan penyokong Harimau Malaya. Ini kerana Malaysia berjaya berada di hadapan menerusi gol oleh Romel Morales.

Ia berpunca daripada lontaran panjang Corbin Ong, pemain pemain Lubnan kalut untuk mengeluarkan bola.

Safawi Rasid melakukan kontak ke atas bola dan bola sampai ke kaki Romel Morales yang pantas menyambar untuk gol pertama Malaysia.

Penjaga gol Lubnan, Mehdi Khalil agak sibuk menyelamatkan gawangnya dan mematikan hantaran lintang daripada Harimau Malaya.

Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 1-0 memihak kepada Malaysia. Harimau Malaya benar benar dominan pada separuh masa pertama dengan menguasai 62% permainan.

Pada separuh masa kedua, Pau Marti memasukkan Arif Aiman untuk menggantikan Safawi Rasid. Sementara Akhyar Rashid pula masuk untuk menggantikan Syafiq Ahmad.

Pau Marti jelas mahu mengekalkan tempo permainan yang intensif seperti separuh masa pertama.

Dominic Tan mengalami kecederaan hanya selepas beberapa minit separuh masa kedua. Memaksa Pau Marti membuat satu lagi pertukaran dengan memasukkan Feroz Baharudin. Ini adalah penampilan kedua Feroz dalam Pestabola Merdeka 2024 selepas melakukan penampilan pada perlawanan separuh akhir sebelum ini, di mana dia menjadi pencipta assist dalam perlawanna tersebut.

Lubnan cuba memperbaiki tempo permainan mereka namun Malaysia bertahan dengan baik terutama 10 minit pertama separuh masa kedua.

Pada minit ke-56, Akhyar Rashid memiliki peluang keemasan daripada situasi 1 lawan 1. Namun percubaan lemahnya mudah dibaca dan diselamatkan penjago gol Lubnan.

Akhyar turut menerima satu lagi bola dalam kotak penalti dan dia sekali lagi melakukan rembatan lemah.

Pada minit ke-79, Lubnan dikurangkan kepada seorang pemain dengan seorang daripada pemain mereka dibuang padang iaitu Kassem Al Zein yang tidak berpuas hati dengan tindakan Akhyar Rashid dan Arif Aiman yang dianggap tiada semangat kesukanan.

Tidak lama kemudian berlaku satu lagi insiden tegang melibatkan pemain kedua dua pasukan. Namun keadaan dapat dikawal.

Malaysia akhirnya menjuarai Piala Pestabola Merdeka 2024 dengan kemenangan 1-0.

Baca Juga

Baca Juga