Bekas pemain Manchester United Paul Ince menyatakan dia agak kecewa dan sugul apabila memikirkan orang menyatakan bahawa dia gila ketika meramalkan Red Devils akan memenangi Liga Juara-Juara UEFA musim ini.
Skuad kendalian Ralf Rangnick telah diundi menentang gergasi Sepanyol, Atletico Madrid dalam pusingan 16 akhir.
Manchester United mengharungi musim yang agak bergelora setakat ini, yang menyaksikan pengurus kesayangan pasukan lawan, Ole Gunnar Solskjaer dipecat dan digantikan oleh Ralf Rangnick.
The Red Devils kini berada di tangga ke-6 dalam Liga Perdana Inggeris, selepas Arsenal menang ke atas West Ham semalam.
Bercakap kepada Mirror, Paul Ince menjelaskan bagaimana dia mendapat ilham dan kekuatan untuk meyakini Manchester United boleh terus memenangi Liga Juara-Juara UEFA musim ini. Dia berkata:
“Mereka boleh memenangi Liga Juara-Juara Eropah, orang akan fikir saya gila, tetapi mereka [Manchester United] boleh melakukannya.”
Ince has made a bold prediction. #MUFC https://t.co/ctExNzSvRk
— Man United News (@ManUtdMEN) December 14, 2021
“Dengar sini, Manchester United boleh menewaskan sesiapa sahaja pada hari ini. Sesiapa sahaja, tidak kira siapa mereka.”
“Dalam bola sepak kalah mati, jika anda berada dalam permainan dan prestasi terbaik anda dan dengan pemain bertaraf dunia yang mereka ada, tiada sebab mereka tidak boleh ke final Liga Juara-Juara atau memenanginya.”
Manchester United menurut Ince, selayaknya dihormati sebaris dengan pasukan pilihan menjuarai Liga Juara-Juara Eropah yang lain musim ini, seperti Bayern Munich, PSG, Manchester City, Liverpool dan Chelsea.
Selain itu, Paul Ince menegaskan bahawa tiada alasan untuk Manchester tidak menamatkan saingan liga di empat teratas.
“Mereka sepatutnya menduduki tempat empat teratas.”
Walaupun kempen mereka kurang memberangsangkan setakat ini, Paul Ince masih percaya bahawa Manchester United mampu menamatkan saingan di empat teratas Liga Perdana. Ia akan menjadi pencapaian paling minimum untuk pasukan yang dilabel Ince sebagai calon juara UCL.
Manchester City kini berada di tangga teratas, dengan Liverpool dan Chelsea mengekori rapat di belakang. Arsenal baru sahaja masuk ke dalam slot 4 teratas.
Ince malah yakin United hanya menanti hari sahaja untuk masuk ke dalam tiga teratas. Ince mengakui bahawa Manchester United mungkin bukan pasukan pilihan untuk menjuarai EPL musi ini.
“Ia agak sukar tetapi anda boleh melihat United akan ‘berlari’ mengengar dengan perlawanan yang akan datang.”
“Saya tidak mengatakan mereka akan memenangi kejuaraan tetapi mereka sepatutnya menduduki tempat keempat sekurang kurangnya. Jika terdapat beberapa kesilapan daripada Chelsea , Man City atau Liverpool, mereka mungkin menyelinap ke tempat ketiga siapa tahu.”
“Tugas mereka harus menduduki tempat keempat, tempat ke Liga Juara-Juara dan diharapkan memenangi piala sama ada Piala FA atau Liga Juara-Juara Eropah.”
Manchester United kini dibimbing Ralf Rangnick dan menjadi pasukan yang sudah mencatatkan beberapa kemenangan dalam beberapa perlawanan pertama Rangnick.
Godfather of Germany Football
Jika hero Arrigo Sacchi digelar ‘The Prophet of Fusignano’, Ralf Rangnick pula mendapat gelaran Godfather of Germany Football dan beberapa gelaran yang lain ekoran sumbangannya kepada bola sepak Jerman.
Selain itu Ralf Rangnick mendapat banyak gelaran di dalam kariernya. Yussuf Poulsen melabel Rangnick sebagai perfectionist, sementara pemain Kevin Kampl menggelarknya ‘bercinta dengan bola sepak’.
Ralf Rangnick seringkali dianggap sebagai godfather of gegenpressing ataupun godfather of Germany Football. Kerana pada hari ini bola sepak Jerman banyak bercorakkan gegenpressing terutama sekali skuad kebangsaan mereka.
Made this in March: the Ralf Rangnick coaching tree. A group of coaches he has inspired / influenced at various clubs throughout his career. List includes Julian Nagelsmann, Marco Rose, Jesse Marsch and more. pic.twitter.com/ax4OFnFUTP
— Karan Tejwani (@karan_tejwani26) November 25, 2021
Tiga jurulatih Jerman yang berpengaruh pada hari ini, Jurgen Klopp, Thomas Tuchel dan Julian Nagelsmann menjadikan Rangnick sebagai rujukan mereka.
Jurgen Klopp dan Thomas Tuchel telah membuktikan apa yang mampu dilakukan dengan gegenpressing dengan menraih gelaran juara dan mendominasi bola sepak Eropah.
Pengurus muda Julian Nagelsmann yang merupakan prospek masa depan pengurusan bola sepak pula pernah mengejutkan dunia bola sepak dengan taktikal beliau walaupun memimpin pasukan kerdil.