Paul Merson Bimbang Nunez Tak Mampu Gantikan Tempat Mane

Paul Merson mendedahkan yang beliau bimbang pengganti Sadio Mane, Darwin Nunez tidak akan mampu menjadi pengganti yang baik untuk menggantikan bintang Senegal itu.

Beliau bimbang Nunez tidak akan mampu menjaringkan gol-gol penting seperti mana yang dilakukan oleh Sadio Mane sebelum ini.

The Reds telah menjual Sadio Mane kepada Bayern Munich dengan yuran perpindahan bernilai £35.1 juta selepas pemain penyerang itu mendedahkan hasratnya mahu mencari cabaran baru.

Jurgen Klopp sama sekali tidak menghalang Mane untuk meninggalkan kelab dengan beliau hanya mampu mendoakan pemain kesayangan itu untuk berjaya di luar Liverpool.

Gergasi Premier League itu dengan segera mencari pemain penyerang baru untuk menggantikan Sadio Mane yang sudah sah akan meninggalkan kelab pada ketika itu.

Liverpool membeli Darwin Nunez dari Benfica dengan yuran perpindahan bernilai £85 juta pada awal musim panas baru-baru ini.

Pemain kebangsaan Uruguay itu menjaringkan 34 gol dari 41 penampilan dalam semua pertandingan bersama Benfica pada musim lalu.

Walau bagaimanapun, Merson merasakan yang penandatanganan terbaru Liverpool itu akan bergelut untuk mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Sadio Mane.

Beliau bimbang Nunez tak akan mampu menjaringkan gol penting seperti mana Mane lakukan ketika kariernya bersama Liverpool sebelum ini.

“Kehilangan besar, kehilangan yang sangat-sangat besar.”

Jelas Merson kepada Sky Sports.

“Saya bimbang, saya tak bimbang untuk Liverpool kerana mereka ada pengurus yang sungguh menakjubkan, tapi orang lupa yang Mane merupakan pemain paling menyerlah dalam perlawanan besar.”

“Pemain paling menyerlah dan akan menjaringkan gol dalam perlawanan bola sepak yang besar.”

“Dia tidak akan jadi yang ketiga, keempat dan kelima kalau Liverpool menang 5-0, dia akan jaringkan gol kemenangan, dia akan jaringkan gol pendahuluan atau gol penyamaan.”

“Itu lah gol yang saya maksudkan. Saya tak peduli kalau dia catatkan hat-trick atau dia jaringkan empat ke lima ke enam gol ketika menang 7-1.”

“Bagi saya, Mane segalanya, dia mampu jaringkan gol penting dan Nunez perlu capai tahap itu sama seperti Diaz dan itu jarang berlaku dalam saingan Premier League.”

Nunez tiba di Anfield dengan reputasi yang sangat dasyat dengan beliau turut dianggap sebagai antara prospek paling hangat dalam dunia bola sepak pada ketika ini.

Pemain berusia 23 tahun itu dikatakan mungkin akan bergelut untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya dalam saingan Premier League.

Sebelum Nunez menyertai Liverpool, beliau sebenarnya merupakan antara pemain sasaran utama Manchester United.

Erik Ten Hag bahkan terpaksa mengubah perancangan beliau secara drastik kerana terlepas kesempatan untuk menandatangani Darwin Nunez.

Ten Hag terpaksa ubah perancangan kerana gagal mendapatkan Nunez

Erik Ten Hag kini terpaksa mengubah perancangan perpindahan pemain beliau selepas Darwin Nunez menolak untuk menyertai Manchester United pada awal bulan lalu.

Dek kerana ditolak oleh bekas bintang Benfica itu, Man Utd terpaksa mengubah strategi mereka dan perlu mengalihkan perhatian untuk memburu pemain lain.

Pemain kebangsaan Uruguay itu menyertai seteru utama Man Utd, Liverpool dengan yuran perpindahan bernilai £64 juta.

Angka tersebut sebenarnya boleh meningkat sehingga £85 juta dan ia secara tak langsung memecahkan rekod perpindahan termahal kelab.

United dikatakan sangat berminat mahu membawa pemain penyerang itu ke Old Trafford, dan bekas bintang Benfica itu juga sudah hampir pasti mahu menyertai skuad setan merah pada ketika itu.

Walau bagaimanapun, memandangkan Liverpool mula menunjukkan minat, Darwin Nunez kemudiannya memilih untuk menyertai Liverpool berbanding ke Old Man.

Manchester United sebenarnya sanggup membelanjakan lebih dari separuh dana perpindahan mereka pada musim panas ini untuk Nunez, namun sayangnya hal itu tidak berlaku.

United terpaksa akur yang Liverpool lebih menarik hingga berjaya memastikan pemain sasaran mereka itu memilih untuk ke Anfield.

Nunez yang kini sudah berusia 23 tahun itu merupakan pemain yang mahu Man Utd tandatangani sebagai pengganti jangka masa panjang kepada Cristiano Ronaldo.

Selepas gagal untuk mendapatkan pemain penyerang itu, Ten Hag dikatakan terpaksa mengubah perancangan beliau menghadapi jendela perpindahan musim panas ini.

Menurut sumber laporan ESPN, pengurus terbaru Man United itu kini mencari pemain penyerang yang lebih versatile berbanding pemain penyerang tunggal yang semakin sukar untuk ditemui dalam pasaran pemain.

Antara pemain yang betul-betul Manchester United mahukan adalah pemain sayap Ajax, Anthony dengan Ten Hag sendiri turut pernah berpengalaman bekerjasama dengannya ketika di Amsterdam sebelum ini.

Juara saingan Eredivisie itu dilaporkan meletakkan tanda harga bernilai £68 juta untuk pemain sayap itu, dan nilai tersebut sebenarnya jauh lebih tinggi dari apa yang United mampu untuk bayar.

United juga dikatakan sangat-sangat berminat mahu mendapatkan semula seorang lagi bekas anak buah Ten Hag ketika bersama Ajax, Frenkie de Jong.

Laporan dari pelbagai sumber mendedahkan yang Manchester United sudah hampir pasti untuk melengkapkan pembelian pemain midfield itu.

Skuad setan merah juga sangat berharap agar mereka akan mampu mendapatkan khidmat pemain bebas ejen, Christian Eriksen pada musim panas ini.

Walaupun Eriksen sendiri pernah menolak United baru-baru ini, namun itu tidak menghalang Manchester United dari terus berusaha untuk mendapatkan khidmatnya.

Selain Manchester United, Brentford dan Tottenham Hotspur juga sebenarnya turut memiliki hasrat mahu mendapatkan tandatangan Christian Eriksen pada musim panas ini.

Erik Ten Hag juga dilaporkan merancang untuk membeli seorang pemain centre-back, namun posisi itu bukan keutamaan untuk pengurus dari Belanda itu.

Ten Hag sangat berminat mahu mendapatkan seorang lagi bintang Ajax, Jurrien Timber namun hal itu sepertinya tidak akan berlaku pada musim panas ini.

Bekas pengurus Manchester United, Louis Van Gaal telah memberi amaran kepada Jurrien Timber supaya tidak meneruskan hasratnya mahu ke Old Trafford.

Dengan Man Utd bakal kembali meneruskan latihan pra musim mereka pada Isnin ini, masa sepertinya semakin mencemburui skuad setan merah untuk mendapatkan pemain menjelang bermulanya musim baru ini.

Ten Hag berpotensi untuk menghadapi musim baharu ini dengan tidak ada penambahan pemain baru dalam skuadnya nanti.

Agak sukar sebenarnya untuk Ten Hag bawa United bersaing merebut kedudukan empat teratas, andai United tidak membuat sebarang pembelian pada musim panas ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Fabrizio Romano: Board Man Utd Harap Kelab Sudah Dijual Menjelang musim panas'