Paul Pogba Ajar De Gea Menjadi Penjaga Gol Sebenar

Paul Pogba telah mengajar dan menunjukkan cara sebenar kepada David De Gea bagaimana mahu menjadi penjaga gol yang sebenar seperti mana penjaga gol yang wujud di dunia yang fana ini.

Manchester United turun menentang West Ham United dalam perlawanan ke-37 Premier League.

Perlawanan berlangsung dengan hambar sekali dan hampir membuatkan ramai terlelap.

Memasuki 10-15 minit terakhir perlawanan barulah perlawanan menjadi sedikit rancak tetapi masih lagi hambar.

West Ham United mendapat sepakan percuma selepas Fosu Mensah melakukan sapuan ke atas dalam laluan larian pemain West Ham.

Sepakan percuma kencang lagi deras dilakukan yang menuju ke arah Paul Pogba yang mungkin pada ketika itu otaknya tidak berada di padang.

Penelitian terus dilakukan oleh Video Assistant Referee(VAR) dan mendapati Pogba telah menghadang bola dengan kedua belah tangannya dan berpura-pura jatuh seperti terkena headshot.

Sepakan penalti terus dihadiahkan VAR kepada West Ham United dan tenang disempurnakan oleh Micah Antonio.

Adakah Pogba cuba mengajar De Gea cara menjadi penjaga gol sebenar selepas membuat dua kesilapan mudah sebelum ini?

BACA:  Lihat Reaksi Pogba Bila Antonio Menganjing Depan Muka