Paul Pogba bengang kerana beliau dituduh sengaja memalukan Ole Gunnar Solskjaer, selepas aksi kekalahan 5-0 di tangan Liverpool hujung minggu lalu.
Tahap kesabaran Pogba benar-benar sampai ke kemuncak selepas nama beliau tidak henti-henti digunakan untuk jadi headlines media (kecuali The Sukan).
Pogba telah dibawa masuk selepas rehat separuh masa dengan Manchester United pada ketika itu sedang ketinggalan 4-0.
Big lies to make headlines pic.twitter.com/VBQiBxSuNO
— Paul Pogba (@paulpogba) October 27, 2021
Beliau walau bagaimanapun hanya sempat beraksi selama 15 minit sahaja dan terus dilayangkan kad merah kerana mengasari Naby Keita.
Sambil tersenyum comel, beliau perlahan-lahan meninggalkan padang, dan kerana senyuman beliau itu meragukan, ramai yang percaya ia kerana beliau sengaja melakukan hal tersebut.
Pogba riang gembira berjalan meninggalkan padang dan masuk ke bilik persalinan untuk mandi awal, namun Naby Keita terpaksa diusung keluar kerana mengalami kecederaan yang agak teruk.
Pemain kebangsaan Perancis itu juga dipersalahkan menjadi punca terhasilnya gol kelima Liverpool, dengan beliau membenarkan Jordan Henderson untuk menghasilkan assists yang sungguh menakjubkan untuk Mo Salah.
And that’s how it’s done @paulpogba 👏🏼👏🏼👏🏼 pic.twitter.com/ntZHDYdiPN
— HM (@MUnitedGirl) October 27, 2021
Secara tidak langsung, Pogba sebenarnya berjasa dalam membelanja Mo Salah untuk menjadi pemain pertama dalam sejarah saingan Premier League berjaya mencatatkan hat-trick di Old Trafford.
Ekoran dari kekalahan memalukan itu, media UK, The Sun yang dianggap antara platform paling tak boleh pakai di dunia telah membuat pendedahan tentang Pogba.
Mereka mendedahkan yang Pogba sudah meminta maaf kepada rakan sepasukannya berkait insiden kad merah, namun beliau tidak bercakap dengan Ole Gunnar Solskjaer.
No time to feel sorry for ourselves… Wake up, step up and make the next days better! pic.twitter.com/KBdckbtwOP
— Paul Pogba (@paulpogba) October 25, 2021
The Sun juga melaporkan yang Pogba menolak untuk meneruskan rundingan berkait kontrak baru beliau bersama Manchester United.
Pogba kemudian meluahkan rasa kecewa dan marahnya beliau kepada media yang membuat cerita palsu tentang beliau dan membuat headlines menggunakan penipuan yang memalukan dirinya.
Big lies to make headlines pic.twitter.com/VBQiBxSuNO
— Paul Pogba (@paulpogba) October 27, 2021
Selepas meluahkan kemarahan kerana difitnah, Pogba memuat naik status di laman instagram miliknya dengan menyatakan:
“Media tabloid sekali lagi mahu mencipta polemic dengan menulis 100% cerita palsu. Penipuan yang besar untuk dijadikan headlines.”
“Penulis yang menggunakan nama saya untuk dilihat sedangkan tiada apa yang berlaku. Satu-satunya alasan mengapa saya meluahkan hal ini adalah kerana menghormati pengurus saya, kelab dan penyokong untuk menyampaikan pesanan jelas: semakin kurang kamu membaca penulisan mereka ini semakin bagus untuk kamu.”
“Mereka semua tak tahu malu dan akan kata apa saja tanpa ada bukti langsung.”
Paul Pogba responds to false reports 🗞❌ pic.twitter.com/qsaruSeYq3
— utdreport (@utdreport) October 27, 2021
Paul Pogba has disputed reports that he snubbed Manchester United manager Ole Gunnar Solskjaer after the 0-5 Liverpool defeat and put a hold on contract discussions.#MUFC #ManUtd pic.twitter.com/0JnPrsJCq8
— United View (@unitedviewtv) October 27, 2021
Kontrak Pogba bersama Manchester United akan tamat pada Jun 2022 dan ketika ditanya tentang masa depannya, ejen beliau, Mino Raiola tidak mahu mendedahkan apa-apa.
“Kamu sepatutnya tanya Manchester United tentang itu.”
Jelas Mino kepada The Times.
“Pada ketika ini semuanya terkawal. Tidak ada perkembangan.”
Laporan Palsu The Sun tentang Pogba
Paul Pogba dilaporkan bengang dengan Ole Gunnar Solskjaer kerana mengetepikan beliau dari kesebelasan utama skuad ketika beraksi bertemu Liverpool.
Dek kerana itu, beliau dikatakan sengaja memalukan Ole Gunnar Solskjaer dengan melakukan terjahan keras ke atas Naby Keita, seterusnya dilayangkan dengan layangan kad merah.
According to Fabrizio Romano on Twitch, Paul Pogba will only stay at Manchester United if Ole Gunnar Solskjaer is not the manager pic.twitter.com/nI09YaV9j2
— FootballJOE (@FootballJOE) October 26, 2021
Pogba sebelum ini dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menandatangani kontrak baru bersama Manchester United, namun rundingan tentang hal tersebut ditangguhkan buat seketika.
Kontrak asal pemain kebangsaan Perancis itu bersama kelab akan berakhir pada Jun 2022, bermaksud beliau bakal dibenarkan untuk berunding dengan mana-mana kelab lain pada Januari nanti.
Beliau juga akan dibenarkan untuk meninggalkan kelab sebagai pemain berstatus free ejen pada jendela perpindahan musim panas nanti.
Angry Paul Pogba ‘snubbed Ole Gunnar Solskjaer in the Man United dressing room’ after Liverpool loss https://t.co/h5OZWEk7mH
— MANCHESTER UNITED NEWS ⚽️ (@SirAlexStand) October 26, 2021
Laporan terbaru dari The Sun menyatakan yang komen lantang dari pemain berusia 28 tahun itu selepas tamat aksi kekalahan 4-2 bertemu Leicester City tidak diterima dengan baik oleh Solskjaer.
“Kita sudah lama mengharungi permainan seperti ini.”
“Kita masih tak jumpa masalah, terlalu mudah untuk bolos, kita perlu menjadi lebih matang, bermain dengan lebih pengalaman dan keangkuhan dalam cara yang lebih baik.”
“Kita perlu cari sesuatu, kita perlu ubah.”
Paul Pogba wants to stay at Man Utd but only if Ole Gunnar Solskjaer is not the manager… 👀
[Via @FabrizioRomano on Twitch] pic.twitter.com/998DJwvwWE
— Don Robbie (@ItsDonRobbie) October 26, 2021
Pogba sejak dari itu sepertinya lebih kerap diketepikan dari skuad utama, dengan beliau turut terpinggir ketika aksi kemenangan dramatik United menewaskan Atalanta 3-2 dalam saingan Champions League.
Beliau juga masih gagal untuk menjaringkan sebarang gol selepas membuat 12 penampilan dalam semua pertandingan sepanjang musim ini.
Beliau walau bagaimanapun berjaya mencatatkan tujuh assists dari empat perlawanan pertama dalam saingan Premier League pada awal musim sebelum ini.
Beliau memulakan saingan musim ini dengan sangat cemerlang selepas berjaya mencatatkan empat assists dalam satu perlawanan ketika membantu United membelasah Leeds 5-1.
EXCLUSIVE: Paul Pogba snubbed Ole Gunnar Solskjaer after Man Utd loss against Liverpool and has shelved new contract talks | @ncustisTheSun https://t.co/1xMhsAA3jT pic.twitter.com/wtfCZarp7L
— The Sun Football ⚽ (@TheSunFootball) October 26, 2021
Walau bagaimanapun prestasi beliau sepertinya sedikit demi sedikit menunjukkan kemerosotan dan menyebabkan beliau terpinggir dari kesebelasan utama pilihan Solskjaer.
Sumber: SPORTbible