Paul Pogba Cipta Sejarah Baru Dalam Saingan Premier League

Paul Pogba cipta sejarah baru dalam saingan Premier League selepas beliau menjadi pemain pertama yang mencatatkan tujuh assist hanya dari empat perlawanan awal liga.

Pemain kebangsaan Perancis itu tidak dinafikan sedang berada di tahap persembahan terbaiknya pada ketika ini, dengan beliau merupakan pemain paling banyak terlibat dengan gol jaringan Manchester United.

Menariknya lagi, Paul Pogba merupakan satu-satunya pemain dalam dunia bola sepak hari ini yang mencatatkan 10 assists dalam saingan Premier League sepanjang tahun 2021.

Dari 10 assists tersebut, tujuh darinya berjaya dilakukan pada awal musim ini ini, seterusnya menjadikan beliau pemain pertama dalam sejarah yang mencatatkan rekod tersebut dalam saingan Premier League.

Tidak dinafikan tumpuan jelas ke arah Cristiano Ronaldo yang berjaya menjaringkan dua gol ketika debutnya hari ini.

Namun tidak dinafikan Pogba merupakan pemain paling berprestasi dan beliau turut mencatatkan statistik yang sungguh menakjubkan dalam perlawanan tersebut.

Pemain midfield Perancis itu mencatatkan 92% ketepatan hantaran sepanjang perlawanan, dengan beliau turut melakukan 125 sentuhan.

Pogba berjaya melengkapkan 103 hantaran berjaya, dengan beliau juga 23 kali berjaya untuk masuk ke kawasan final third.

Beliau juga turut berjaya memenangi tujuh perebutan bola, melakukan 6 recoveries, memenangi empat perebutan udara dan beliau turut berjaya melakukan 2 tackles sempurna.

Pogba dalam perlawanan ini turut berjaya mencipta tiga peluang dengan beliau cemerlang mencatatkan dua assists untuk membantu United menewaskan Newcastle 4-1.

Manchester United membuka tirai jaringan pada masa kecederaan aksi babak pertama permainan menerusi Cristiano Ronaldo.

Ronaldo berjaya menyumbat gol selepas menerima bola muntah hasil tangkapan kurang kemas Freddie Woodman untuk membuka akaun golnya bersama setan merah.

Para peminat bergembira meraikan gol legenda terhebat sepanjang zaman kelab itu ketika melakukan debutnya dalam perlawanan ini.

Masuk aksi babak kedua permainan, Newcastle United berjaya menyamakan kedudukan menerusi Javier Manquillo yang menerima umpanan cantik dari Allan Saint Maximin.

Allan Saint Maximin sebelum bermulanya perlawanan ini telah mendedahkan yang beliau sama sekali tidak goyang dengan kehadiran Cristiano Ronaldo.

Walaupun beliau tidak goyang, namun gawang gol mereka bergegar sekali lagi selepas Cristiano Ronaldo meledak gol kedua peribadinya hasil umpanan dari Luke Shaw.

Pada minit ke-80, Bruno Fernandes berjaya menjaringkan gol ketiga untuk Manchester United hasil umpanan dari Paul Pogba.

Paul Pogba kemudiannya berjaya mencipta sejarah dengan mencatatkan assists ketujuh beliau pada musim ini, selepas terlibat dengan gol keempat United yang dijaringkan oleh Jesse Lingard.

Peminat teruja melihat Pogba kembali menari ketika meraikan gol bersama Lingard dengan beliau selama ini nampak sugul tanpa guru tarinya itu di atas padang.

United berjaya menewaskan Newcastle United 4-1 seterusnya mendaki ke kedudukan pertama dalam carta liga, dengan mengumpul 10 mata dari empat perlawanan.

Newcastle sementara itu jatuh ke kedudukan ke-19 liga, dengan mereka hanya mengumpul satu mata sahaja dari empat perlawanan awal liga.

Pada 19 September nanti, skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer bakal berkunjung ke London Stadium untuk beraksi bertemu West Ham.

Paul Pogba dijangka akan terus menjadi ancaman untuk pasukan lawan, dengan United ketika ini sangat ghairah mengutip mata demi mata, dalam usaha mereka untuk menjulang kejuaraan pertama di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer.

Skuad setan merah dilihat sedang berada di jalan yang benar untuk sampai ke arah matlamat mereka, dengan kesemua pemain sedang berada di tahap persembahan terbaik masing-masing.

Sumber: Opta

BACA:Β  6 Kesilapan Jendela Perpindahan Termahal Dunia