Paul Pogba Menganjing Penyokong Yang Mencemuhnya

Paul Pogba dilihat menunjukkan isyarat menganjing kepada para penyokong Manchester United di Old Trafford malam semalam dengan beliau turut teruk kena boo sepanjang perlawanan.

Walau berjaya membantu United mencatatkan kemenangan bertemu Norwich City, namun para peminat sepertinya masih tetap marah dan menunjukkan rasa tak puas hati mereka pada Pogba.

Hat-trick dari Cristiano Ronaldo membantu Man Utd untuk menewaskan Norwich City dengan keputusan 3-2 malam semalam.

Menjelang aksi perlawanan bertemu pasukan di zon penyingkiran itu, para penyokong terlebih dahulu mengadakan sesi tunjuk perasaan bagi menentang pemilik kelab.

Selepas Man Utd mendahului 2-0, mereka sepertinya sudah mula melupakan hal tunjuk perasaan itu dan bergembira meraikan kebangkitan skuad.

Walau bagaimanapun, selepas setan merah memberikan dua gol kepada pasukan pelawat untuk mengikat kedudukan menjadi 2-2, para penyokong sepertinya kembali beremosi.

Chanting ‘Kau tak sesuai pakai baju itu’ telah dinyanyikan oleh para penyokong dan ditujukan terus kepada pemain Manchester United.

Paul Pogba sementara itu teruk berdepan cemuhan dan kecaman dari para peminat selepas mempamerkan aksi persembahan yang mengecewakan.

Pemain kebangsaan Perancis itu terpaksa dikeluarkan pada aksi babak kedua permainan dengan penyokong bersorak riang ketika beliau berjalan keluar meninggalkan padang.

Segelintir penyokong turut chanting dengan menggunakan kata-kata kesat dan ditujukan terus kepada Paul Pogba.

Pogba yang ketika ini dilaporkan berkemungkinan akan meninggalkan kelab pada musim panas ini jelas sekali mendengar chanting berunsur hinaan terhadapnya itu.

Selepas tamat perlawanan, Pogba sekali lagi kena boo dengan para penyokong, ketika beliau sedang berjalan meninggalkan padang menuju ke terowong.

Beliau kemudiannya dilihat menganjing semula para penyokong yang mencemuh beliau dengan menunjukkan isyarat telinga ala Hulk Hogan.

Ketika ditanya tentang chanting tersebut, pengurus interim kelab, Ralf Rangnick menyatakan bahawa:

“Saya tak dengar, tapi saya telah diberitahu selepas tamat perlawanan.”

“Saya jelas sekali boleh faham kekecewaan penonton, tapi saya tak fikir mereka patut menyasarkan kepada pemain secara individu. Ini memang tak betul dan tak adil.”

Pogba Kecewa Bukan Kepalang Terkena Libasan Penyu Maguire

Harry Maguire telah melakukan aksi ala scorpion kick yang terkena telinga Pogba. Ianya sangat menyakitkan. Jika di Amerika orang sebut gerakan itu Sweet Chin Music yang popular dengan nama penggusti WWE Shawn Michaels.

Di mana Sweet Chin Music meruju kepada satu gerakan dengan tendangan ala karate yang dilepaskan secara mengejut ke atas dagu lawannya oleh Shawn Michaels.

Gerakan itu kemudian disenaraikan sebagai salah satu gerakan paling bahaya dalam gusti. Ini memerlukan dua penggusti berada di kedudukan yang tepat untuk mengelakkan kecederaan serius.

Tetapi di Malaysia kita ada Manaf Mamat yang pernah melakukan libasan ekor penyu. Itulah istilah yang diberikan kepada gol pemain itu ketika menentang Selangor satu ketika dulu.

Dalam aksi berdepan dengan Pukki dan rakan rakannya. Maguire tidak mahu melepaskan peluang melakukan libasan ke arah lawannya ehh, rakannya sendiri.

Insiden itu berlaku pada minit ke-60. Ketika pemain pemain sama sama melonjak cuba memenangi bola. Secara tak sengaja, Maguire melakukan aksi mengait telinga Pogba.

Pogba yang terkena libasan itu benar benar marah dan kecewa. Jelas sekali Pogba kecewa dan menepuk nepuk tanah ataupun permukaan padang dengan sekuat hatinya.

Sememangnya ianya insiden yang sukar dielakkan. Cuma persoalannya, kenapa mesti Maguire dan selalunya dia? Malah ada peminat United sendiri menyatakan, sahlah Si Maguire ni double agent atau ejen talam dua muka.

Pogba menahan kesakitan di telinganya.

Ada juga yang menyakat bahawa sebenarnya Maguire sudah berlatih gerakan itu. Cuma menunggu masa untuk melepaskannya pada masa sesuai.

Namun begitu, insiden itu tidak mengubah hakikat bahawa Manchester United baru sahaja melakukan kebangkitan paling dramatik musim ini dalam Liga Perdana Inggeris.

Pasukan juara 20 kali Liga Inggeris itu mendahului 2-0 dan kemudian diikat 2-2.

Namun United yang terkenal dengan label Raja Kepulangan Semula ataupun King Of Comeback itu membuktikan bahawa mereka masih rajanya.

United berjaya menang dengan 3-2. Membuatkan penyokong lawan tergamam kerana sudah sedia menunggu United kehilangan mata.

Ronaldo mencatatkan angka luar biasa musim ini. 21 gol untuk Manchester United dalam semua pertandingan.

BACA:  Ronaldo Kembali Ke Man Utd dan Paul Pogba Jadi Tukaran?