Paul Pogba Pamer Kemuliaan Hatinya Walau Penyokong Wolves Gelarnya Penipu

Paul Pogba memberikan jersi kemenangannya kepada salah seorang penyokong Wolves selepas tamat perlawanan, walau beliau baru sahaja digelar penipu oleh kumpulan penyokong yang sama.

Pemain midfield kebangsaan Perancis itu melakukan terjahan ke atas Ruben Neves ketika build up gol kemenangan Manchester United, dan insiden tersebut telah mencetuskan kontroversi di Molineux Stadium.

Tidak lama selepas Mason Greenwood meledak gol kemenangan, Neves terus meluru ke arah pengadil keempat untuk menunjukkan ketingnya yang dikatakan telah dikasari oleh Pogba.

Pengurus Wolves, Bruno Lage turut bengang kerana pengadil tetap meneruskan permainan, walau Pogba sudah melakukan terjahan tersebut.

Para penyokong juga turut mencetuskan suasana bising kerana meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap keputusan pengadil perlawanan.

Berbanding merujuk VAR dan membatalkan gol tersebut, pengadil memilih untuk tidak melayan tuntutan dari pemain Wolves dan meneruskan permainan seperti biasa.

United berjaya mengutip tiga mata penuh hasil dari gol tersebut dan hal itu sama sekali tidak boleh diterima oleh para pemain, pengurus dan penyokong Wolves.

Penyokong Wolves kemudiannya meluahkan kemarahan mereka pada Pogba selepas wisel penamat dibunyikan dengan mereka chanting โ€œmenipu, menipu, menipu.โ€

Menurut Samuel Luckhurst, penulis dari Manchester Evening News, para penyokong Wolves chanting nama Pogba ketika pemain midfield Perancis itu sedang berjalan untuk meninggalkan padang.

Walaupun dihentam sebegitu, Pogba walau bagaimanapun memilih untuk memberikan jersinya kepada salah seorang penyokong pasukan tuan rumah, yang ada di belakangnya.

Selepas beliau menyerahkan jersi tersebut, seluruh stadium kemudiannya memberi tepukan gemuruh untuk Pogba atas kemuliaan hati yang ditunjukkan.

Selepas wisel penamat, Pogba kekal dengan keputusannya yang beliau tidak melakukan kekasaran tersebut.

โ€œSaya tidak menyentuh dia (Ruben Neves). Ini merupakan premier league, situasi 50/50 macam itu memang berlaku setiap minggu.โ€

Jelasnya kepada Sky Sports.

โ€œKami memenangi bola itu dan kami menjaringkan gol.โ€

Neves sementara itu tidak gembira dengan keputusan Mike Dean yang tidak memperdulikan bantahan pemain Wolves atas kekasaran yang Pogba lakukan ketika build up gol tersebut.

โ€œSemua orang nampak itu.โ€

Jelas pemain kebangsaan Portugal itu.

โ€œSemua orang nampak kaki saya. Saya tak tahu mengapa, jujur saya kata dengan kamu. Kami selalu adakan perbincangan tentang semua hal berkait pengadil dan VAR, saya tak tahu kenapa.โ€

โ€œMereka kata sebelum bermula musim ini, mereka akan lihat pada sentuhan. Jika sentuhan itu kuat maka mereka akan anggap ia foul.โ€

โ€œSaya siap tunjukkan kaki saya pada mereka. Semua terletak pada mereka.โ€

Ia tidak memerlukan masa yang lama untuk Graeme Souness masuk campur dalam hal tersebut, dengan beliau turut mengeluarkan kenyataan yang menyatakan:

โ€œIa merupakan kekasaran yang boleh mematahkan kaki.โ€

Jelas Souness selepas tamat perlawanan.

โ€œSaya sendiri pernah melakukan kerja kotor dan kejam. Ia memang kes klasik yang sering dilakukan oleh seseorang. Saya tak kata Paul Pogba sengaja untuk lakukan itu, tapi ia adalah bagaimana kita melihat situasi itu.โ€

โ€œKamu boleh kata yang Neves agak naif kerana menyepak bola dengan kuat ketika ada seseorang yang datang ke arahnya dari bawah seperti itu. Dia sebenarnya orang yang paling hampir dengan bola. Bagaimana pengadil boleh anggap itu bukan foul?โ€

โ€œBagi saya, ia lebih dari membimbangkan. Ia satu petanda apabila seorang berlagak seolah-olah senior, pengadil yang bagus yang tak nampak itu sebagai satu kekasaran.โ€

Manchester United berjaya mengutip tiga mata penuh dari perlawanan ini, seterusnya membawa mereka ke kedudukan ketiga dalam carta liga ketika ini.

United mengumpul tujuh mata, berkongsi kutipan mata yang sama dengan Liverpool, Chelsea, Everton dan West Ham.

Sementara Wolves pula berada di kedudukan ke-18, dengan mereka masih gagal mengutip sebarang mata dari tiga perlawanan awal saingan musim ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:ย  Scholes Anggap Pogba Budak Bermasalah Dan Tak Layak Main Untuk Man Utd